Happy Birthday buat suami

Author: Herman & Naza // Category:

Salam,

2 hari lepas 25hb Februari merupakan hari lahir en. suami. Tiada majlis potong kek tapi kami sekeluarga keluar makan malam steamboat di Johnny's restaurant kat Aeon Taman Universiti. Last makan kat sini sebelum ke Aussie dulu. Sebelum makan mama sempat carikkan hadiah birthday untuk ayah, kebetulan nenek ada sekali memang rezeki ayah dapat double present tahun ni...hihi...


Semoga tahun ni lebih banyak rezeki utk suami tersayang dan keluarga kita. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja, dapat mencapai apa jua yang telah dirancang dan semoga segala2nya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT hendaknya...Amin.


 Kakak Amna yg moody tak nak bergambar..huhu..

Mama dan Aisya






"Kemas-Kemas"

Author: Herman & Naza // Category:

Salam,

Entry pendek utk hari ni...sekrg ni Aisya suka sgt ckp "kemash-kemash, ayah bayek". Kadang dia sambung lagi, "Apish, kemash ayah bayek." Ok, nak tahu mana dia dpt ayat cmni, haha...tak lain tak bukan dari mama dia lah...selalu kalau pukul 12 atau pukul 6, mama mesti bagi arahan suruh kemas sebab ayah dah nak balik. Ayah memang tak suka rumah bersepah.

Kalau anak-anak buat tak tahu jek, mama la yg jadik bibik kemas rumah. Normally, kalau pukul 12 ayah balik untuk lunch Aisya dgn kakak kat rumah, jadi kakak Amna memang dah pandai kemas senang. Tapi balik waktu petang pukul 6, Aisya kat rumah dgn abg Hafiz. So, nak harapkan Hafiz kemas tu peluang 70% je. Hafiz pun rajin juga tapi berkira sikit sebab bila adik Aisya yang buat sepah dia malas nak kemas. Kalau dia sendiri, yang main biasanya dia akan kemas.

Bila mama dah kemas siap2, mama cuma sebut je "Aisya, ayah dah balik." time ni la Aisya sebok cakap "kemash-kemash, ayah dah bayek". So, cute bila si kecik pandai ckp cmni kan...tp yg bestnya dia mmg kemas juga sikit, dlm waktu yg singkat tu, dia dapat letak pampers yg dia main kat bilik, kemudian letak kereta dia di tempat asal. Oklah tu, yg lain2 mama dah tolong kemaskan.

Tapi kadang2 bila ayah turun nak mkn mlm, rumah dah sepah semula...huhu, tension mak dia wokey. Bila anak dah 3 org mmg x boleh nak harap rumah sentiasa berkemas setiap masa. Mmg akan ada masa rumah bersepah dan biasanya dlm keadaan kemas tu sekejap je. Kalau dapat bertahan dlm keadaan kemas tu biasanya kalau ayah ada kat rumah dan duduk sama2 tengok tv kat ruang tamu bwh. So, diorang takut sikit nak buat sepah. Kalau ayah buat keje kat atas, anak2 mmg main kat bawah...huwaa, susah nak maintain tp takkan tak kasi anak main langsung kan. So, senang cerita bila anak2 pandai kemas after dah main pun dah kira bagus, betul tak...hee, pasni citer pasal coming soon baby plak yek..





Jalan-jalan Hutan Bandar Putra

Author: Nazariah // Category:

Salam, 




Weekend lepas kami ke Hutan Bandar Putra ajak anak-anak berjalan. Seperti biasa kami makan2 dulu di Marrybrown Airport, kemudian terus ke Hutan Bandar Putra. Sebelum ni ku pernah bawa anak-anak ke sini juga masa reunion dgn member satu sekolah.


Anak2 asyik sebut je nak ke sini lagi, so kali ni ajak ayah pulak sebab masa pergi dgn mama diorang tak dapat tengok ikan. So, bila pergi dengan ayah ambik kesempatan tengok ikan kat kolam.


Lepas tengok2 ikan, teman pulak diorang main. Selesa sangat tempatnya sebab besar dan tak ramai sangat budak yang main. So, masing2 main ala2 tak nak balik je. Si kecik Aisya siap nangis kena angkat dengan ayah gara-gara tak puas main. Kalau ikutkan budak2 ni, berjam2 pun diorang tahan. Tapi masa tu, kami nak singgah Econsave untuk belanja mingguan.


Next week nak jln2...tak sabar..:)





Frozen

Author: Herman & Naza // Category:

Salam,

Wahh...lama benar ku x update blog..entah kenapa mozilla ni problem xleh bukak blogger.com ler pulak...ni ku guna Internet Explorer je.. Actually byk je citer yg boleh dikongsi, tp bila sume tertangguh rasa dah basi pula...huhu..

Jumaat lepas kami ke City Square bawa anak2 pergi tengok cerita Frozen, kami dari rumah lepas Maghrib dan kami beli tiket untuk tayangan pukul 9 mlm. Ramai juga org bila hari Jumaat ni mungkin sebab Sabtu keesokkannya tu cuti, so diorang pun ambil kesempatan bawa anak2 menonton juga.

Org yg paling happy tak lain tak bukan pastilah kakak Amna dan abang Hafiz. Kakak memang minat sangat2 cerita kartun mcm ni lagi2 cerita ala2 princess ni. Hafiz pun ok juga layan...Aisya pun memang takde buat hal langsung. Masa tengok tu, kalau dia boring je dia berdiri sambil makan popcorn. Nasibla tempat duduk sebelah tepi, so dia boleh la keluar melayan perasaan kat sebelah ayahnya.

Sebelum cerita mula, adalah iklan kartun mickey n Minnie..yg ni memang favourite Aisya, sakan betul dia gelak sampai satu panggung boleh dengar suara dia. hehe...lucu betul si kecik tu...

Tapi secara keseluruhannya cerita ni best juga, ala2 musical movie memang banyak menyanyi. Budak2 ni pun tak puas tengok siap suruh ayah download lagi. Hehe, ayah sila take note ye..jgn lupa tolong downloadkan movie ni.

Jom layan sikit gambar kami kat sana.

 After beli tiket...sempat bergambar dulu

Tiga beradik...:)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...