Imunisasi pertama buat baby Aisya

Author: Nazariah // Category:

Semalam umur aisya 46 hari dan kami ke klinik untuk imunisasi aisya buat pertama kalinya. Aisya kena cucuk 2 jarum...nasib baik nangis sekejap je. After injection pergi pula ke bahagian timbang dan berat aisya sek adalah 4.4 kg. Berat Aisya naik 1.5 kg after keluar dari hospital setelah turun lebih kurang 200 gram pada minggu pertama.

Baby Aisya tidur je masa menunggu giliran jumpa doktor

Setakat ni memang senang jaga aisya, tidur malam dan tidak mengganggu tidur mama. Kalau siang pula, memang agak kelam-kabut sikit sebab nak tunggu aisya tidur baru mama boleh mandi, mandikan abang Hafiz, masak dan buat kerja rumah yang lain.

Kalau aisya tidur lama waktu siang, sempatlah mama buat kuih atau kek sebagai manisan untuk berbuka puasa ni. Jumaat lepas mama sempat buat kek gula hangus sebagai merasmikan convection oven yang baru...hee...sukalah, senang sangat proses membakar kek. Tak perlu nak guna oven lama yang besar tu...hikhik..Lepas ni boleh cuba kek2 yang lain pula..

Selain tu, sekarang Aisya dah bagi respon bila dihagah dan dia boleh senyum tak henti2...hihi..pastu siap kasi bunyi lagi...ada keluar la bunyi "hehhhh", pastu senyum pastu "hehhhh" lagi... Dari segi kulit pula, nampaknya pun ok, takde ruam lampin. Sebelum ni ada sekejap sebab aku cuci guna wet tissue...actually aku tetap cuci guna air juga walaupun dah pakai wet tissue tu. Tapi mungkin kulit baby tak tahan...nasib baik aku cepat sedar, dalam 2 hari ada ruam, aku terus stop guna wet tissue dan terus guna "sebamed rash cream". Alhamdulillah dua hari selepas tu, baik ruam tu...

Kami belikan Aisya mandian dan cream badan sebamed untuk mengelakkan kulit sensitif. Alhamdulillah memang serasi sangat...kerak kepala pun takde, susahnya kalau ada sebab memang susah sangat nak jaga. Mungkin baby yang mempunyai kulit sensitif tak digalakkan menggunakan produk Gohnson. Midwife pun dah ingatkan masa buat lawatan ke rumah sebelum ni. So, syampoo pun kami terpaksa belikan aisya Sebamed... takpelah, asal serasi dengan si kecil pun dah sangat2 bersyukur.

Setakat ni kesihatan aisya sangat baik, alhamdulillah tiada demam atau selsema. Tapi semalam doktor ada cakap, after injection mungkin baby akan demam dan itu adalah normal...alamak terus risau, jadi kami bagi baby infant panadol untuk mengelakkan demam. Semalam memang baby ada merengek sikit mungkin terasa sengal di kedua2 paha sebab injection tu. Tapi malam tetap tidur nyenyak... pagi ni akan bagi panadol lagi...mudah2han baby ok dan terus sihat hingga besar. Imunisasi ke2 baby aisya adalah ketika usia 4 bulan.

Jom layan picture kat klinik semalam...

Aisya terus tertido after bf...hihi...sonang jaga...:)


Abg Hafiz makan dan main je...nasib baik byk mainan...taklah boring sangat...sejam setengah tu tunggu giliran walaupun dah buat appointment...huk...


***Awaitla berat dah tak turun ni...3 mggu statik dengan berat yang sama...turunlah lagi..:(





Bubur lambuk resipi bonda

Author: Nazariah // Category:


Baru semalam terbaca kat FB pasal bubur lambuk...so, dengan tiba2 teringin pulak nak makan. Kat sini nak makan bubur lambuk kenalah masak sendiri, nasib baik memang dah banyak kali buat, so tak rasa susah mana pun....hihi...kebetulan pulak hari ni Encik suami beli ayam goreng dan burger KFC, jadi bubur hanya dijadikan makanan tambahan sahaja.

Resipi ni dapat dari mak, tak guna rempah kurma tapi guna rempah sup. Aku masak pun tak letak santan takut terlalu lemak, nanti muak dan bubur tak tahan lama...

Inilah bubur lambuk yang telah siap dihidang...

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras
  • 5 cawan air ( boleh kurangkan air mengikut kepekatan yg diingini)
  • 1 biji bawang besar - diblend
  • 2-3 ulas bawang putih- diblend
  • sedikit halia- diblend
  • 1 sudu besar rempah sup
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • carrot dipotong dadu
  • sedikit kacang tanah
  • minyak untuk menumis
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah diblend bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah sup. Masukkan sedikit air & masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Masukkan juga carrot dan kacang tanah. Biarkan bubur merenih sehingga daging lembut dan beras masak.
  4. Bila bubur dah masak, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun sup.
  6. Sedia untuk dihidang



Selamat Hari Lahir Hafiz yang ke-3

Author: Nazariah // Category:

Diam tak diam dah 3 tahun berlalu, masa tu kami masih di Malaysia... seorang bayi lelaki seberat 3.53 kg selamat dilahirkan di hospital Kulai. Bayi tersebut kami namakan Muhammad Hafizuddin. Tak sangka sekarang Hafiz dah ada adik pula....sangat cepat masa berlalu. Masa kami ke Sydney umur Hafiz baru 11 bulan dan belum pandai jalan. Sekarang, Hafiz dah petah berkata2, dah pandai main pelbagai jenis game internet, suka menonton kartun Ben10 di utube, suka dengar lagu Bunkface dan suka menyakat kakak.

Mama dan ayah nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke -3 buat Hafiz, semoga Hafiz diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesar di depan mata mama dan ayah. Sentiasa berada di bawah lindunganNya, semoga Hafiz menjadi anak yang soleh, pintar serta berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat di luar sana suatu hari nanti. InsyaAllah...Amin....

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat ambik malam td...

Cheesecake utk Hafiz

Bergambar sebelum tiup lilin

Kakak semangat tul nyanyi lagu besday utk Hafiz

1,2,3 tiup...hee..



***ke laut la diet aku ni gamaknya...haihh...(tp rugi plak kalo x mkn cheesecake ni...hehe)















Kuih ketayap mudah

Author: Nazariah // Category:


Hari ni teringin nak buat kuih yang manis2 untuk berbuka....kuih senang je...resipi pun guna sendiri punya, simple dan cepat. Setengah jam dah siap, sesuailah untuk orang yang ada anak kecik macam aku...hihi...

Rupa kurang menarik, tapi rasa sedap...hee:p


Bahan2 untuk kulit

1) 2 senduk tepung
2) Air
3) 1/2 sudu teh garam
4) 1 biji telur
5) Perasa pandan


Bahan2 untuk inti

1) Kelapa kering
2) Sedikit gula melaka
3) 2 sudu gula pasir
4) Sedikit air


Cara2 penyediaan


1)Untuk buat kulit, campurkan semua bahan dan kacau sebati macam buat lempeng.
2)Panaskan pan, letakkan sesudu minyak, kemudia masukkan 1 senduk adunan dan buat bentuk bulat...tunggu beberapa minit hingga masak dan angkat.
3)Untuk inti pula, masak kesemua bahan hingga kelapa kering tersebut lembut dan warna kelihatan keperangan.
4) Gulung kulit bersama inti tadi.
5) Sedia unutk dihidang




***Tengah fikir kuih apa lagi yang boleh siap dalam masa setengah jam...erm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...