Pengalaman manis sepanjang bercuti di Melbourne dan Malaysia
Author: Nazariah // Category:Assalamualaikum w.b.t
Lama rasanya blog ni tak berupdate. Sepanjang berada di rumah Ila kat Melbourne dan Malaysia, rasa betul2 tak sempat nak menghadap laptop lama2. Kalau nak bukak facebook pun sekejap jek. Lepas baca apa yang patut je terus logout semula. Tak tahulah kenapa macam tu, tapi kami rasa betul2 seronok sepanjang percutian kami untuk kali pertama ini. Harap2 lepas ni adalah percutian buat kali kedua sebelum balik betul2 masa tahun ketiga nanti.
Sepanjang kami di Melbourne, kami tak pergi berjalan sangat sbb jaga Ila yg baru je selamat melahirkan puteri sulong yang diberi nama Sufia Az-zahra. Ingatkan bolehlah nak bagi nama Sufia tu kat anak perempuan kami lepas ni tapi tak sangka Ila pun minat nama yg sama. Hihi...kenalah fikir nama lain plak lepas ni. Berangan jek, takde apa2 pun lagi sebenarnya. Masa kat rumah Ila, tugas aku adalah masak untuk Ila yang dalam pantang dan untuk kami sekeluarga makan. Macam biasa kalau masak dalam pantang tu menu wajib adalah sawi dan carrot masak air, ikan masak singgang, ikan bakar dan sambal halia. Selain tu, tolong pakaikan ila bengkung. Ada jugak Aren ajak kami ke Preston market, dapatlah tengok suasana pasar kat sana. Al-maklumlah kat Sydney kami berbelanja di Woolworth je. Selain tu kami ada jugak pegi Coles, jalan kaki je sebab tak berapa jauh pun dari rumah Ila.
Akhirnya masa untuk bertolak ke Malaysia telah tiba, kami bertolak dari rumah Ila dalam pukul 10 malam hari Isnin, 12hb Julai. Yg tak syoknya kebetulan Hafiz plak tak sihat time tu, demam selsema. Huahh...aku dah agak apa yg bakal berlaku di airport dan dlm flight kalau keadaan hafiz camtu. Yg tak bestnya masa nak check in, beratur punyalah panjang sampai dah tak terasa aircond. Hafiz plak dah merengek2 dok gosok2 hidung sebab selsema. Kesian gak kat husbandku itew sebab kena bawak semua beg kami dan aku pulak terpaksa keluar barisan untuk menenangkan Hafiz. Huhu....dugaan betul, menguji kesabaran aku sungguh. Dalam flight pun camtu gak sebab Hafiz sangat2 tak selesa, nak tido pun tak nyenyak, bergilir2lah dengan husbandku memangku Hafiz. Tapi bak kata orang semangat nak balik Malaysia tu lagi kuat, nak tak nak kena juga gagahkan diriku ini melawan segala dugaan yg mendatang. Huahaha....
Sampai di LCCT dalam pukul 8 pagi waktu Malaysia. Sarapan pagi sekejap kat Marrybrown sambil husbandku pergi beli tiket bas ke Melaka pukul 9 pagi. Sampai bandar Melaka kena ambik teksi plak ke rumah mak mertua Ila dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami dijamu kek coklat dan keropok ikan yang sedap. Huhu...hilang je haus, kena bertolak lagi ke rumah mak aku kat Kulai. Pergh, betul2 penat bila sampai Kulai dlm pukul 5 petang dan kami makan tgh hari di kawasan rehat Pagoh. Oleh kerana cuti di Malaysia tinggal 2 minggu sahaja, jadi kami bahagi masa seminggu di rumah mak aku dan seminggu di rumah ibu mertua di Rengit Batu Pahat. Hari2 yang kami lalui di Malaysia terpaksa dipenuhi dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Masa juga sangat2 terhad untuk berbelanja tapi sempat jugalah kami shopping baju raya. Angsana pun tak sempat nak pergi. Aku beli baju siap jek, tak payah nak jahit2 lagi.
Di rengit pula, sempat juga kami pergi ke Carefour Batu Pahat saje jalan2 bawak Amna dan hafiz bersama maktok dan kawan maktok. Belanja maktok makan kat KFC, itu je yang kami jumpa dan kebetulan perut pun dah lapar, KFC pun KFC lah.
Cepat betul masa berlalu, sekejap je dah nak balik. Tiba pula masa untuk pulangkan kereta makngah kat Melaka. kami bertolak ke Melaka pada pagi Sabtu dan kebetulan mak andak balik mlm Jumaat tu. Dapatlah jumpa mak andak sekejap n dapat ambik2 gambar ngan mak andak.
Sampai di Melaka lebih kurang pukul 12.30 tgh hari, kami ke taman buaya dulu sementara nak tunggu masa untuk check in hotel pukul 2 petang. Dah sampai taman buaya baru perasan signboard Taman Tema Air dan tak perlu lah pegi ke Waterworld Melaka. Jadi kami decide untuk ke taman tema pada keesokkannya pula. Kami nampak Hafiz sangat suka bila sekali sekala dapat bercuti dan menginap di hotel. Memang nampak Hafiz happy sangat, suka tul bila tengok Hafiz suka sebab kuranglah sikit merengek2 manja dia tu. Lagipun mungkin masa ni Hafiz dah sihat, gatal2 kat kaki dan tangan Hafiz pun dah beransur pulih.
Esoknya sekali lagi ke taman buaya untuk ke taman tema air bermandi manda dengan Amna dan Hafiz. Kalau dulu kami rajin membawa anak2 kami ke Tiara Beach Resort Port Dickson, Lost World Of Tambun untuk main air. Tapi bila dah duduk di Oz, kami cuma pernah bawak Amna ke Jamberoo dan The Entrance je. Itupun tak tidur, jadi kepuasan bermain air agak kurang di situ. Yerla, kat OZ ni kan ada 4 musim, jadi nak main2 air ni dah tentulah masa musim panas. Huhu... Bila dah lama tak main air, Hafiz punya suka sampai tak nak naik walaupun dah kesejukkan. At last kami terpaksa juga ajak Hafiz naik walaupun hafiz menangis nak mandi lagi.
Nenek, mak long dan mak usu datang jemput kami di Melaka. jadi, bila dah pulangkan kereta makngah kami ke Kulai semula. Selepas mandi2 kami singgah sebentar ke Taman mini Malaysia untuk makan tengah hari. Seperti biasa, mak aku kalo pegi mana2 mesti bawak bekal. Bagus juga jimat belanja. Hihi... Selesai pulangkan kereta dan solat zohor di rumah mak mertua Ila, kami bertolak balik ke Kulai. Sampai rumah pukul 5 petang, terasa letih badan. Tinggal hari Isnin je nak rehat sebab Selasa tu dah nak bertolak ke Singapore.
Kami naik flight di Changi airport pukul 10 malam. Isnin tu masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan lagi. Adus, tak settle2 lagi sampai kami dah nak balik Aussie dah. Harap2 lepas ni takdelah ape2 masalah lagi dan semoga lepas ni ia akan berjalan seperti yang dirancang. Amin. Masa untuk pulang telah tiba. Rasa sekejap sangat, rasa tak puas. Huahh...nak lagi, nak cuti lama2. Takpelah, mungkin lepas ni mana tahu ada lagi rezeki boleh balik lagi ke tahun depan. Saper tahu? Mudah2han begitulah...:D
Bertolak dari Changi Airport pukul 10 malam dan transit di darwin. Rupanya kat Darwin tu dah kena lalu kastam. Huhu...terpaksalah, pastu kena plak tunggu 3 jam untuk flight ke Sydney pulak. Huh...dugaan lagi, yerlah mana taknya kul 4 pagi sampai Darwin nak tggu pukul 7 pagi baru fly semula. Lotih betul badan ni. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai di Sydney pada pukul 12.30 tgh hari dan kami mintak tolong Shah untuk menjemput kami di airport. Terima kasih banyak2 Shah dan Su.

Amna keletihan main basikal dengan Hafiz

Gambar kat umah maktok. Time ni Hafiz semangat plak nak bergambar, mama apalagi semangat jugalah nak snap. Hihi....
Smile...:)
Sampai di Melaka lebih kurang pukul 12.30 tgh hari, kami ke taman buaya dulu sementara nak tunggu masa untuk check in hotel pukul 2 petang. Dah sampai taman buaya baru perasan signboard Taman Tema Air dan tak perlu lah pegi ke Waterworld Melaka. Jadi kami decide untuk ke taman tema pada keesokkannya pula. Kami nampak Hafiz sangat suka bila sekali sekala dapat bercuti dan menginap di hotel. Memang nampak Hafiz happy sangat, suka tul bila tengok Hafiz suka sebab kuranglah sikit merengek2 manja dia tu. Lagipun mungkin masa ni Hafiz dah sihat, gatal2 kat kaki dan tangan Hafiz pun dah beransur pulih.
Kat kapal di bandar Melaka
Esoknya sekali lagi ke taman buaya untuk ke taman tema air bermandi manda dengan Amna dan Hafiz. Kalau dulu kami rajin membawa anak2 kami ke Tiara Beach Resort Port Dickson, Lost World Of Tambun untuk main air. Tapi bila dah duduk di Oz, kami cuma pernah bawak Amna ke Jamberoo dan The Entrance je. Itupun tak tidur, jadi kepuasan bermain air agak kurang di situ. Yerla, kat OZ ni kan ada 4 musim, jadi nak main2 air ni dah tentulah masa musim panas. Huhu... Bila dah lama tak main air, Hafiz punya suka sampai tak nak naik walaupun dah kesejukkan. At last kami terpaksa juga ajak Hafiz naik walaupun hafiz menangis nak mandi lagi.
Nenek, mak long dan mak usu datang jemput kami di Melaka. jadi, bila dah pulangkan kereta makngah kami ke Kulai semula. Selepas mandi2 kami singgah sebentar ke Taman mini Malaysia untuk makan tengah hari. Seperti biasa, mak aku kalo pegi mana2 mesti bawak bekal. Bagus juga jimat belanja. Hihi... Selesai pulangkan kereta dan solat zohor di rumah mak mertua Ila, kami bertolak balik ke Kulai. Sampai rumah pukul 5 petang, terasa letih badan. Tinggal hari Isnin je nak rehat sebab Selasa tu dah nak bertolak ke Singapore.
Lunch kat Taman Mini Malaysia, Melaka
Kami naik flight di Changi airport pukul 10 malam. Isnin tu masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan lagi. Adus, tak settle2 lagi sampai kami dah nak balik Aussie dah. Harap2 lepas ni takdelah ape2 masalah lagi dan semoga lepas ni ia akan berjalan seperti yang dirancang. Amin. Masa untuk pulang telah tiba. Rasa sekejap sangat, rasa tak puas. Huahh...nak lagi, nak cuti lama2. Takpelah, mungkin lepas ni mana tahu ada lagi rezeki boleh balik lagi ke tahun depan. Saper tahu? Mudah2han begitulah...:D
Bertolak dari Changi Airport pukul 10 malam dan transit di darwin. Rupanya kat Darwin tu dah kena lalu kastam. Huhu...terpaksalah, pastu kena plak tunggu 3 jam untuk flight ke Sydney pulak. Huh...dugaan lagi, yerlah mana taknya kul 4 pagi sampai Darwin nak tggu pukul 7 pagi baru fly semula. Lotih betul badan ni. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai di Sydney pada pukul 12.30 tgh hari dan kami mintak tolong Shah untuk menjemput kami di airport. Terima kasih banyak2 Shah dan Su.
Sesampainya kami di Sydney maka tamatlah percutian kami di Malaysia. Hari2 yang mendatang bakal dilalui bersama husband dan dua anak tercinta. Tiadalah mak dan adik beradik yang lain. InyaAllah kami akan pulang lagi lepas ni. Doakan kami bahagia dan selamat hidup di perantauan dan pulang membawa seribu kemanisan.
~ Sampai bertemu lagi Malaysia ~