Cuti2 Melbourne dan malaysia (part1)

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum...

Lama sungguh tak update blog, susah betul nak dapat masa lapang sejak dah ada cik aisya ni.. sebelum ni cakap nak update pasal malaysia sikit2 masa kat malaysia nanti. Tapi memang masa kat sana lagila full memanjang dengan macam2 hal lain.. 16 hb Oct, kami pulang buat kali kedua ke Malaysia dengan menaiki Air-asia, macam biasa flight tambang murah...tu je yang mampu. So, kami ke Melbourne dulu singgah rumah Ila. Kami jalan-jalan sekitar city pada 17hb tu kemudian bermalam selama dua malam di Melbourne dan pulang ke Malaysia pada 18hb Oktober.
Sekitar Melbourne city...



Kami tiba lapangan terbang Senai dengan selamatnya pada pukul 11.15 malam setelah berada di flight lebih kurang 10 jam stgh akibat flight terkandas di Subang kerana cuaca buruk, so tak boleh nak mendarat di LCCT.. kemudian flight ke Senai pula ditunda setengah jam... memang macam2 dugaan masa balik ni. Di Senai mak dan adik ipar aku jemput dan bermalam di rumah mak kat Pasir Raja Kulai...sebelah petang keesokan harinya, bertolak pula ke Rengit, rumah ibu mertua. di rengit tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, hanya ke rumah atok mak yang tak jauh dari rumah ibu mertuaku.
Kami di Rengit sehingga hari Sabtu sebab Ahad 22hb tarikh kakak aku bernikah.

Majlis akad nikah

Majlis akad nikah berjalan lancar di Masjid Felda Sungai Sayong. Jadi, kami berada di Kulai selama seminggu hingga majlis kenduri kahwin. Kenduri dan majlis persandingan pula diadakan seminggu kemudian di rumah mak di Pasir raja. Malam sebelum kenduri kahwin kami buat majlis potong jambul baby Aisya dan baby Aina. Masa di Pasir Raja ni masa sangat terhad, nak settle segala urusan bank, pejabat tanah, nak beli baju anak2 sempena kenduri kahwin dan baju2 yang nak dibawa ke Sydney.
Aisya yang tenang semasa majlis potong jambul
Aina (sepupu Aisya)
Suasana majlis potong jambul

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan aku dapat jumpa semua sanak saudara yang dah 2 tahun tak jumpa... alhamdulillah...suka sangat...


Kami sekeluarga di persandingan kakak
Orang kuat bergambar berlatar belakang pengantin...hik..
Amna nak potong kek juga

Oleh kerana masa kami di Malaysia terhad hanya 3 minggu sahaja, masa ni juga kami nak bercuti ke Port Dickson. Kami berada di Port Dickson selama 3 hari dua malam. Anak2 nampak happy dapat main air di Tiara Beach Resort.


Panas masa ni..huk..
Amna dan Hafiz
Ayah bersama anak2...
Kakak memang suka main ni..
Hafiz pun happy

Selepas itu kami pulang semula ke Rengit dan berada di sana sehingga Hari Raya Aidiladha... tak dapat merasa raya puasa kat Malaysia, merasa raya haji pun jadilah.. Petang Raya haji bertolak semula ke Kulai. raya haji kat Malaysia dapatlah makan ketupat daun kelapa, rendang daging, kuah lodeh dan ayam masak merah. Walaupun semua ni aku boleh masak sendiri tapi tentu tak sama dengan air tangan mak sendiri kan.


Ketupat nasi daun kelapa
Lauk pauk ketika raya haji

Hari Rabu, 9 November kami pulang semula ke Australia dan seperti biasa ke Melbourne terlebih dahulu sebelum pulang ke Sydney. kami berada 4 hari di melbourne. Cerita dan jalan2 di Melbourne akan aku ceritakan dlm entry part2 nanti...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...