Rasanya dah banyak kali masak tomyam campur ni. Tapi asyik tak berkesempatan je nak masukkan dalam blog. Untuk sesiapa yang belum mencuba tomyam campur, bolehlah cuba resipi ni yer. Sangat mudah dan sedap.
Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil2
Daging
Udang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 paket rempah tomyam / 3 kiub tomyam
1 inci halia
2 batang serai diketuk 2 sudu perahan lemon / limau kasturi
1 biji buah tomato
1 biji lobak merah
bunga kobis/ bunga jagung
Cara-cara penyediaan
Rebus ayam dan daging sehingga mendidih. Kemudian masukkan rempah @ kiub tomyam.
Masukkan bahan lain iaitu halia, bawang putih dan serai yang diketuk. Setelah itu, masukkan lobak merah, bunga kobis @ bunga jagung.
Kemudian boleh masukkan bawang merah dan udang. Selepas itu masukkan perahan lemon @ limau kasturi (kat M'sia sy guna limau) dan buah tomato.
Apabila bawang sedikit layu dan udang telah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.
Inilah rupa tomyam campur setelah siap dihidang. Tapi nampak kurang menyerlah plak ayam dan daging tu tenggelam dek kuah yang banyak. Kira halal je lah...
Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil2
Daging
Udang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 paket rempah tomyam / 3 kiub tomyam
1 inci halia
2 batang serai diketuk 2 sudu perahan lemon / limau kasturi
1 biji buah tomato
1 biji lobak merah
bunga kobis/ bunga jagung
Cara-cara penyediaan
Rebus ayam dan daging sehingga mendidih. Kemudian masukkan rempah @ kiub tomyam.
Masukkan bahan lain iaitu halia, bawang putih dan serai yang diketuk. Setelah itu, masukkan lobak merah, bunga kobis @ bunga jagung.
Kemudian boleh masukkan bawang merah dan udang. Selepas itu masukkan perahan lemon @ limau kasturi (kat M'sia sy guna limau) dan buah tomato.
Apabila bawang sedikit layu dan udang telah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.
Inilah rempah tomyam yang saya gunakan untuk masak tomyam di Australia ni. Product of Thailand tapi ada logo halal di belakangnya.
Logo halal di belakang paket tomyam
Selain itu, kuah tomyam ini juga boleh divariasikan dengan menjadikannya bihun tomyam. Sesuai dijadikan hidangan makan petang.
Logo halal di belakang paket tomyam
Selain itu, kuah tomyam ini juga boleh divariasikan dengan menjadikannya bihun tomyam. Sesuai dijadikan hidangan makan petang.
woww..barulah rasa tomyam yang sebenarnye..tomyam thai terus..~
Kami baru cuba yg ni la. Tp oklah rasa dia sedap gak. Tp, abg ckp nk try lain plak lepas ni. Hehe...tunggu....