Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ni kami menyambut Hari Raya Aidiladha di Oz. Yup, sini raya cepat sehari dari Malaysia. Seperti raya di Malaysia, aku masak makanan hari raya juga seperti nasi himpit, rendang daging, kuah lodeh dan ayam masak merah. Tak rasa seperti Hari Raya sebab tiada kedengaran takbir raya....erm...kurang seronok.
Suamiku mengerjakan solat sunat AidilAdha di Masjid Darul Imaan, Arncliff. Sepatutnya, kami perlu hantar Amna ke school hari ni untuk orientasi minggu ke -4. Tapi, oleh kerana suamiku sampai rumah agak lambat dan kami belum sarapan lagi, jadi kami terpaksa akur dgn kesuntukan masa dan tak dapatlah kami hantar Amna ke school. Actually, Amna dah bersiap untuk ke school pun...tapi kami terpaksa pujuk dia cakap dah tak sempat. Jam pun dah pukul 10....sedangkan program bermula pada pukul 9.40 pagi. Lepas ni, ada dua minggu lagi untuk Amna pergi orientasi....diharap tiada sebarang halangan lagi untuk Amna menghabiskan program tersebut.
Akhir kata, kami sekeluarga di Sydney ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada ibu di Mekah, adik-beradik dan sanak saudara di Malaysia dan tak lupa juga sahabat handai yang berada di Malaysia atau di Australia.
~ Salam sayang dari kami sekeluarga di OZ ~