Terkilan dan terkilan....

Author: Nazariah // Category:
Salam petang Jumaat...

Saje nak luahkan isi hati terhadap seorang hamba Allah ni. Terkilan dengan sikap beliau yg sedikit sebanyak memang menyentuh hati ini. Pelik masa terima sms dari beliau...tak sangka tergamak dia menulis begitu sebab kami ok je selama ni, tiada sebarang masalah....

Agaknya kalau orang sakit yang perlukan bantuan pun kena ada notis 2 hari ...kesian bila sesama insan ada mentaliti macam ni...

Semoga Allah membukakan hatinya untuk lebih mempunyai rasa simpati terhadap sedara sesama Islam yang berada di dalam kesusahan. Peristiwa ini menjadikan aku lebih matang dalam mengenal hati budi manusia. Tak semestinya orang yang kita sangka baik itu baik....dan tak semestinya orang yang kita anggap jahat itu jahat....

Ya Allah...Semoga aku diberi kekuatan menghadapi situasi sebegini lagi di lain ketika. Semoga kita sama2 bermuhasabah diri... dan mudah-mudahan kita menjadi lebih baik dari hari ini dan cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati sesama insan.....


~ sedih sangat sbb ni dah kali ke3 terkena dan kali ni mmg lebih perit...lagipun aku tak pernah lakukan benda mcm ni kat org, tp bila org buat kat aku....mmg terasa sgt2 ~

0 Responses to "Terkilan dan terkilan...."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...