Cuti2 Gold Coast
Author: Nazariah // Category:Salam n hello all...
Selasa, 2 minggu yang lepas kami memulakan percutian kami ke Gold Coast. Lamanya nak kuar entry ni....dah nak basi pun...tapi takpelah sebab aku dah taip separuh pun sebelum ni, tapi oleh kerana kesihatan yang kurang mengizinkan mggu lepas...post ni ditunda hinggalah ke hari ni.... Kami bertolak dari rumah pada pukul 12.00 tgh hari dengan menaiki bas sampai Marrickville dan meneruskan perjalanan ke airport dengan menaiki teksi. Hafiz n Amna sangat excited sebab dapat naik bas....haha...al-maklumlah memang kami jarang naik bas pun.
Sampai di airport kami terus check in guna mesin yg disediakan...senang tak payah beratur panjang2...pastu after selesai kami singgah makan sekejap di kedai kebab dalam airport. Biasanya aktiviti makan ni adalah utk mengisi masa terluang sementara menunggu flight kami yg akan berlepas pukul 2.30 petang. Kalau tggu flight mesti kena duduk tepi tingkap utk memenuhi permintaan Hafiz yg suka sangat tengok kapal terbang..erm...layankan aje asalkan dia tak meragam.
Dalam flight pun hafiz ok je..tdo sampai la tiba di Gold Coast. Dan kami tiba di Gold Coast pada pukul 3.10 minit ptg waktu Gold Coast. Utk sesiapa yg tak tahu, Gold Coast tak mengaplikasikan Day Light Time Saving spt di Sydney, jd Gold Coast lewat sejam dari Sydney. Sebaik sampai airport Gold Coast, kami terus ke Budget kaunter utk urusan sewa kereta. Sekejap je dah selesai...mmg senang dan berjalan lancar. Kami dapat kereta Toyota Ascent, suka sgt sbb sblm ni kami plan nak sewa Hyundai Getz tapi mgkin kereta tu takde jadi tukar dengan Toyota.
Dapat je kereta kami terus menuju ke aparment yang kami sewa. Apartment yang sangat2 lengkap... 2 bilik dan 2 bilik air. Dapur yang lengkap utk keprluan memasak dan ada washing machine dan dryer juga. Hihi...senang sangat sbb setiap malam basuh baju...lagipun kami byk ke tempat utk mandi jd senang bila dapat basuh baju dan dpt keringkan...takdelah baju kotor yang dibawa balik...nak kemas beg pun senang.
Malam hari pertama kami hanya ke Woolworth yang berdekatan untuk beli barang dapur sbb kami fikir kami akan masak utk dinner manakala lunch pula kenalah cari mana2 restoran halal.
Keesokkan harinya iaitu hari kedua kami ke Wet n Wild Park. Pukul 10.00 pagi pun dah ramai orang....huh...tempat ni sama lebih kurang mcm Sunway Lagoon tempat untuk mandi sepuas2nya. Anak2 seronok sgt, aku pun tumpang seronok juga... cuma mainan extreme spt roller coaster kami tak naik sbb takut...terasa sgt mengerikan bila tgk landasan dia yang berpusing2...sure pening2 lalat nnt...takpun termuntah2...hihi...Keluar dari Wet n Wild Park lebih kurang pukul 3.00 petang dan kami cari restoran halal di sekitar Surfer Paradise...malangnya tak jumpa pulak. Huahh...sedih sbb dah rugi masa utk cari dan pusing2.. Kami ambil keputusan balik ke apartment dan makan dulu makanan2 segera yg kami bawa. Petang tu dlm pukul 6.00 kami keluar pula untuk ronda2 di sekitar kawasan apartment... tgk pool dan pegi taman permainan.
Syoknya mandi kat Wet n wild park
Tengoklah semua pun muka happy jek....
Sempat singgah taman mainan kat belakang apartment...
Hafiz ni bila nak pandai buat peace ni...hihi...
Tengoklah semua pun muka happy jek....
Sempat singgah taman mainan kat belakang apartment...
Hafiz ni bila nak pandai buat peace ni...hihi...
Oleh kerana siang tak dpt mkn kat luar, kami mkn luar utk dinner dan kami jumpa Maharani restaurant betul2 di bandar Surfer Paradise. Retoran org Melayu dan masa ambik order pun mmg cakap melayu je...Restoran tu dibuka dari pukul 5.30 petang hingga pukul 10.30 mlm sahaja....tapi harga dia memang giler mahal, dua kali ganda harga restoran kat Sydney. Aku order nasi goreng kampung pun dah aud13 dolar, husband aku lak order nasi ayam hainan dah aud14 dolar. Rasa pulak biasa2 je... nasi goreng kat Thailand restaurant kat Sydney lagi sedap n lagi byk ayam... huahhh...tak bestnya restoran ni... Harga siap air milo dan laici dah dekat Aud40. Servis pulak lambat giler...45 minit tggu baru smpi...sabo je lah..
Hari ke-3 awal pagi dah bangun sebab nak mandi kat pool belakang apartment. Kalau kat msia nak mandi pool awal pagi mesti sejuk lagi kan tapi kat sini sebab subuh pukul 3 pagi, pukul 7 tu dah rasa panas dah.... dan yg bestnya takde orang lain pun yang mandi masa tu, jd dapatlah mandi sepuas2nya. Selesai mandi tiba masa utk ke Movie World pulak. Kat sini tak perlu beratur panjang, sekejap je dah dapat masuk. Dah tiba dalam Movie World, kami terlupa nak tengok map, jd kami asik berulang-alik je sampai penat rasanya. Ada beberapa mainan yang tak dapat main sebab Hafiz belum cukup tinggi...hihi...Yg best bila dapat tgk 4D movie...mmg mcm real, kerusi bergerak dan siap ada percikan air lagi...haha...best2... Malam tu kami ke pergi pulak naik Wheel Of Paradise. Kalo kat Msia sebelum ni, Eye On malaysia. Entah macam mana kami boleh dapat VIP seat. Harga tiket yang kami bayar sama je...yg berbeza dari yg lain cuma kat dlm tu ada tv dan cermin gelap. Bolehla dapat tengok pemandangan Surfer Paradise dari atas.
Ni kolam air panas...pagi2 pun dah rasa panas je bila mandi kat sini...kena mandi kat pool sebelah jugak ni...
Hafiz kaki je basah...rambut bila nak basah ni...
Dah sampai Movie World...
Kakak...cuba posing sikit...
Kakak dgn dua orang body guard
Dalam cage...best juga ni...Hafiz suka jekkk....
Antara yang menarik kat Movie World...
Pemandangan ni pun nampak best...macam zaman dolu2...hikhik...
Nilah Wheel Of Paradise yang kami naik...
Ada uncle yang excited nak ambikkan gambar kami...tq lah uncle...
Kat dalam wheel...
Dah sampai Movie World...
Kakak...cuba posing sikit...
Kakak dgn dua orang body guard
Dalam cage...best juga ni...Hafiz suka jekkk....
Antara yang menarik kat Movie World...
Pemandangan ni pun nampak best...macam zaman dolu2...hikhik...
Nilah Wheel Of Paradise yang kami naik...
Ada uncle yang excited nak ambikkan gambar kami...tq lah uncle...
Kat dalam wheel...
Hari ke-4 pula kami ke beach berdekatan...mmg dekat je dari apartment...dlm 2 km. Kami pergi seawal 9.00 pagi. Sempatlah aku buat sarapan nasi goreng sempoi untuk sarapan dan bekalan ke beach. Sampai je sana, cari tempat yang sesuai dan menghabiskan masa melayan amna buat istana pasir...haha...layankan aje...barang2 mainan untuk buat castle sume bawak dari Sydney...cuma baldi comel tu je beli kat sana...pastu apa lagi...terpaksalah tinggal sbb beg tak muat....nasib baik murah....Dah siap mandi2 semua, kami bersedia untuk pulang...tp kat sini mmg best sebab tepi laut ni memang disediakan toilet dan tempat mandi...setakat nak bilas badan tu memang senang sangat tak perlu berebut2....Sampai rumah dalam pukul 11.30 kami berehat sebentar dan sediakan makanan untuk ke Wet & Wild Park sekali lagi...pergi utk kali ke-2 sebab unlimited entry sampai June next year... seronoknya kalo ada sedara kat Gold Coast kan...boleh tumpang bermalam...tiket nak masuk ke park dah tak perlu bayar lagi, cuma sediakan tiket flight je...tapi apakan daya...takde sesapa pun kat sini...hukhuk...Malamnya pula kami ingat nak ke pasar malam yang ada 100 kedai di tepi pantai tapi dlm renovation pulak...jadi untuk tak menghampakan anak2....kami berjalan2 di bandar surfer paradise...dapat tengok orang buat pertunjukan silap mata, ke pasaraya dan ke kedai cenderahati. Balik rumah dah pukul 10 lebih...badan pun dah letih dan masa untuk tidur.
Bestnya mandi laut...syokkk...
Istana pasir Amna...bulat2 jek...kikiki....
Depan Hard Rock cafe...
Anak2 yang seronok berjalan...
Istana pasir Amna...bulat2 jek...kikiki....
Depan Hard Rock cafe...
Anak2 yang seronok berjalan...
Hari ke-5 merupakan hari terakhir di Gold Coast. Kami memilih ke Sea World sebagai destinasi terakhir kami. Seronok juga dekat Sea World ni, luas sangat2 sampai penat berjalan ke sana sini.
Kat sini boleh naik cable car, dapat tengok shark...dari pandangan atas dan dalam laut. Kat sini pemandangan bawah laut memang real tak sama macam kat Langkawi yang dalam akuarium je.
Memang puas hati...seronok sangat. Tapi sayang sebab kami tak dapat naik monorail sebab perkhidmatan dihentikan buat seketika tak tahu kenapa....adus...geram betul sebab kami terpaksa berjalan kaki sampai ke parking...ingat bila dapat naik monorail tu...bolehlah terus sampai stesen dia kat pintu masuk. Kesian husband aku yang terpaksa mendukung Hafiz yang tido sampai lah ke kereta...mahu lenguh2 tangan...berat tuhh...Dan paling tak sangka, rupanya kat sini ada juga taman tema air...huhu...sebab kami tak tahu, kami pun tak bawa baju untuk mandi...lagipun masa tu memang dah tak sempat sebab kami keluar dari sea World pun dah pukul 2 lebih dan kereta yang kami sewa harus dipulangkan sebelum pukul 4.00 petang. Kalau tak rate sewa dah lain... Sampai je airport dah pukul 3.50 ptg...sib baik sempat pulang kereta tepat pada masanya...Tibalah masa untuk pulang ke Sydney...
Ni baru sampai tapi Hafiz syok sampai tak nak ke tempat lain...aduhaii...
Sebelum tgk show
Masa nak tunggu show bermula
Pujuk Hafiz naik horse sebab dia nak naik pentas sama2 ngan Elmo...sabar je la...
Nampak aeroplane nak naik plak....
Ayah...Hafiz nak kejar bird...
Ni shark bay...nmpk juga kalo tgk bwh sebab air dia jernih...
Ni pulak pemandangan dari dalam laut...best kan...
Shark...
Naik cable car...
Pemandangan dari atas...kawasan ni mmg cantik...
Sempat lagi bergambar sebelum balik...Amna dah masam sebab dah penat berjalan...
Sebelum tgk show
Masa nak tunggu show bermula
Pujuk Hafiz naik horse sebab dia nak naik pentas sama2 ngan Elmo...sabar je la...
Nampak aeroplane nak naik plak....
Ayah...Hafiz nak kejar bird...
Ni shark bay...nmpk juga kalo tgk bwh sebab air dia jernih...
Ni pulak pemandangan dari dalam laut...best kan...
Shark...
Naik cable car...
Pemandangan dari atas...kawasan ni mmg cantik...
Sempat lagi bergambar sebelum balik...Amna dah masam sebab dah penat berjalan...
Kami dah check in tiket balik ni masa guna mesin kat Sydney lagi, jadi tak perlu susah2...just scan beg je...senang...Flight kami pula pukul 5.50 petang... alhamdulillah kami sampai Sydney pada pukul 8.10 malam. Aku rasa, nilah percutian yang paling best setakat ni. Walaupun penat sbb jadual yang penuh setiap hari tapi memang sangat puas hati...suka sangat2...anak2 pun memang tak buat masalah...diorang suka sgt berjalan. pukul 6.30 pagi dah bangun dan ajak mandi nak pegi jalan...Semoga lepas ni kami diberi rezeki lagi untuk bercuti ke New Zealand pulak...hihi...InsyaAllah...
Hafiz yang suka betul tengok aeroplane...sampai sek masih cakap nak naik aeroplane lagi...
Kakak merajuk sebab Hafiz tak kasi tengok aeroplane sesama dengan dia
Nilah aeroplane yang Hafiz tgk tuh...
Kakak merajuk sebab Hafiz tak kasi tengok aeroplane sesama dengan dia
Nilah aeroplane yang Hafiz tgk tuh...
***Entah bila dapat pegi Gold Coast lagi...
akhirnya br dpt baca cerita yg lgkp..hihi.. mksdnye kitorg ni kena tggu anak bsr sket la kan br best nk jalan sane...uhuhu kalo x byk xleh main...
Nak tunggu 3thn sempat ke lar? Awak kat sini lg 2thn kan? Apiz yg 2thn pun x ckp tggi lagi.
hua3....xnak balikkkkkkkkkkkkkkkk..uhhuhuhuu...
maksd sy tggu sufia tinggi sket la..bkn skrg ni..huhu
hai boleh tau nama apartmnt yg stay dekat gold coast?price?