As-salam semua....
Tak pernah update perkembangan Hafiz kan...dah besar dah anak bujang mama sorang ni. Dah petah berkata2...suka sangat...Actually Hafiz dah pandai cakap dan buat ayat pada usia 2 tahun genap. Sebelum tu cuma pandai ckp sepatah2 je perkataan. Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan ni mmg banyak sangat peningkatan dan Hafiz cakap memang tak pelat langsung. Perkataan yang dia sebut tak berapa betul dia dah pandai betulkan. Contoh kalau sebelum ni Hafiz sebut "hengok" sek dah sebut "tengok".
Contoh2 lain
andai = pandai
akan = makan
andi = mandi
tiduk = duduk
Yang tak tahan dia sebut aming = aiskim... r msh tertinggal tapi oklah dah dengarla sebutannyaandai = pandai
akan = makan
andi = mandi
tiduk = duduk
Perkataan2 yang macam ni sume Hafiz dah betulkan. Sekarang ni Hafiz dah banyak tanya menggunakan perkatan "apa" dan "siapa".....cthnya :
mama tengah buat apa?
mama tengah masak apa?
mama ni lagu siapa?
mama ni apa?
mama tengah masak apa?
mama ni lagu siapa?
mama ni apa?
Kalau tengok flash card, mama tunjuk cth cincin, Hafiz akan sebut ring, roda= wheel, bulan = moon, matahari = sun, hujan = rain, bunga = flower dan banyak lagi gambar lain dan hampir 90% hafiz jawab betul... kalau mengira pulak Hafiz pandai one to twelve, after twelve dia lompat pegi fourteen...sixteen, eighteen...terus twenty..pandai je dia nak cepat. Kalau colour pulak dah pandai juga...colour dalam petak je tak terkeluar... kalau lukis pun dah bolehla cuma tak paham dia lukis apa tapi jadilah bentuk,takla jadi macam2 conteng2 je....ada bakat melukis juga sama macam kakak Amna...hihi...
Dari segi minat, Hafiz suka tgk movie Ben10, Ninja Turtle, Dora dan Thomas. Hafiz pun minat Roary The racing car yg kat TV tu. Setakat ni nampak Hafiz paling minat Ben10...sampai nak baju Ben10, pakai jam Ben10, nak rambut macam Ben10 sampaikan kalau kita tanya siapa hensem, Hafiz akan jawab Ben10...hikhik...lawak je...Kalau pakai baju Ben10 pulak sampai tak nak pakai baju lain...mama dia dok tukang basuh jek...ayah pulak kena beli lagi beberapa helai baju Ben10...tapi sayang juga sebab baju baru buat gi jalan patutnya...ni kat umah pun nak pakai baju baru...ai...Hafiz2...sabar je la....
Kat bawah ni ada video Hafiz nyanyi lagu Dora The Explorer....kalau dulu masa Amna kecik suka nyanyi lagu Barney. Tp Hafiz lebih terdedah pada citer Dora, jadi dia bole nyanyi lagu Dora...cuma lagu dlm bahasa Inggeris memang belum tepat lagi sebutannya...tapi untuk nenek, mak usu, makngah atau maktok yang jarang dengar Hafiz cakap n nyanyi bolehlah dengar lagu ni...hihi...layanzzz....
lps ni nyanyi thomas lak ek..sufia pon suke thomas...:)
Wokey makngah, pasni hafiz nyanyi lagu Thomas lak....nnt sufia pun boleh nyanyi sama...tggu...ngihhi...:)