Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama blog ni tak berupdate, hari ni aku nak berkongsi kegembiraan apabila aku selamat melahirkan baby girl yang kami beri nama Nur Aisya Dayana Bt. Herman. Aku selamat melahirkan bayi ketiga kami pada 8hb Julai 2011 jam 4.22 pagi di RPA hospital, Sydney.
Cerita pasal pengalaman melahirkan untuk bayi ketiga memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pengalaman bersalin yang jauh berbeza berbanding semasa melahirkan kakak dan abangnya. Aku start rasa contraction pada pukul 12 tgh malam, masa tu aku rasa sakit terus kuat. Rasanya 15 minit dah 3 kali contraction. Aku memang rasa pelik, betul ke sakit nak bersalin atau sakit yo-yo macam sebelum ni sebab masih belum ada keluar sebarang tanda lagi. Tapi hati memang dah rasa nak bersalin, jadi aku pun siapkan apa yang patut sebelum ke hospital. Untuk baju aku dan baby memang dah lama kemas cuma tinggal baju kakak Amna dan abang Hafiz untuk ke rumah auntie Syahida je.
Siap kemas dalam pukul 1 lebih aku rasa contraction semakin kuat. Memang dah tak boleh nak tido, sebab ingat nak tunggu sampai Subuh baru nak ke hospital sebab tak best pulak nak ketuk pintu rumah orang waktu malam. Bila tak dapat tido, badan pun rasa tak sedap asyik nak ke toilet je. Dalam pukul 2 lebih tu baru keluar tanda, ada sedikit darah bercampur lendir. Aku cakap dengan suami memang confirm dah nak bersalin ni sebab dah keluar tanda. So, aku sempat goreng telur mata lembu 2 biji. Walaupun aku cuma mampu makan sebiji telur je, pada aku cukuplah kot utk bagi aku tenaga untuk melahirkan nanti.
Dalam 3.30 pagi, suami call hospital, masa tu aku dah siap makan. Aku sempat salin2 baju sambil suami aku masukkan beg2 dalam kereta. Masa ni aku cakap dengan suami yang sakit aku dah agak kuat dan biasanya kalau sakit macam ni aku dah berada di labour room. Huh...time tu dah seram2 dah sempat ke tak sampai hospital ni. Pukul 3.50 pagi sekali lagi aku ke toilet, dan tak sangka air ketuban pecah masa tu. Start je air ketuban pecah, contraction bertambah kuat memang dah rasa macam baby nak keluar je. Aku terus masuk dalam kereta sambil suami dukung anak2 yang masih tido masuk ke dalam kereta.
Pukul 4 hingga 4.05 kami masih berada di rumah Syahida hantar anak2 dulu. Lepas tu suami terus pecut kereta dan dalam pukul 4.15 kami sampai di hospital. Dalam kereta dua hingga tiga kali contraction kuat, memang rasa nak terbersalin dalam kereta masa tu. Tapi Alhamdulillah masih sempat sampai ke hospital dan baby selamat dilahirkan pada jam 4.22 pagi. Syukur padamu Ya Allah... pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila2...
Baby kami lahir dengan berat 4.21 kg dan panjang 48.5 cm. Setakat ni alhamdulillah aku masih menyusukan badan lagi. Selagi boleh akan kucuba menyusukan sepenuhnya, InsyaAllah selagi ada rezeki untuk baby. Setakat ni aku ambil akar herbanika Nona roguy sebagai penggalak susu. Sebab anak2 sebelum ni susu memang kurang dan mungkin sebelum ni semangat aku untuk menyusukan sangat kurang ditambah pula dengan aku yang bekerja masa tu. Anak2 lain dapat menyusukan hingga sebulan lebih hingga 3 bulan shj. Itupun awal2 dah campur dengan susu formula. Harap untuk anak ketiga ni dapat bertahan mungkin sehingga dia berumur 2 tahun. Harap begitulah hendaknya.
Harapan mama dan ayah agar baby Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila besar kelak. Amin...
0 Responses to "Baby baru kami"
Post a Comment