Sambutan Aidilfitri 2011
Author: Nazariah // Category:Lama tak update blog, ni dah masuk raya ke-11... baru nak masukkan gambar raya. Tadi sebenarnya aku dah tulis dah siap pun post raya ni. tp entah macam mana hilang masa aku nak copy gambar... sangat tension ok.
So, aku cerita yang pendek jelah...raya pertama kat sini jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos, sama dengan Malaysia tapi tak sama dengan Melbourne...pelik kan...satu negara tapi tak sama tarikh raya.. Raya pertama after solat aidilfitri kami mengadakan aktiviti ziarah- ke rumah warga Dulwich Hill dan Marrickville.

Kami mengagihkan menu masakan dan kami kena masak rendang daging, kak Mas masak kuah lodeh, syahida, ayam masak kicap dan Hidayah, kuah kacang. Tapi sempat juga aku masak kuah lodeh dan ayam masak merah untuk juadah berbuka puasa hari sebelum raya. Tak lengkap rasanya raya tanpa ayam masak merah, menu ni request dari En. suami.
Selepas beraya dan makan makanan berat di rumah kami, kami dan teman2 yang lain ke rumah kak Mas, selepas tu ke rumah syahida dan last sekali ke rumah Hidayah. Dapatlah anak2 sedikit duit raya. Kalau nak compare dengan sepupu2 di Malaysia, memang duit raya mereka jauh lebih banyak dari anak2 kami di sini. Tapi takpelah, merasa juga dapat duit raya. InsyaAllah kami akan beraya di Malaysia juga pada raya yang akan datang. Masa ni lah rindu sangat suasana beraya di Malaysia.
Kuih raya pula dikirim oleh bonda tersayang, alhamdulillah dapatlah merasa rempeyek, tat nenas, almond london, kerepek pedas, kerepek pagoda dan kuih2 raya yang lain. Aku buat dua jenis kek iaitu kek gula hangus dan kek marble. Terima kasih buat bonda tersayang.
Sabtu, 3hb Sept kami ke Malaysia Hall pula untuk sambutan Hari Raya di sana. Kami sampai dalam pukul 1 tengah hari...betapa susahnya nak cari parking sebab memang ramai sangat student yang sama2 beraya di Malaysia Hall. Selain itu, kami juga terpaksa beratur untuk mendapatkan juadah nasi minyak. Nasib baik ada kak Nani yang memberi kami laluan ke depan barisan memandangkan kesian pada anak2 yang beratur juga bersama2 kami.

Akhir kata, ucapan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua saudara mara, sahabat handai yang berada di sini mahu pun di Malaysia. Halalkan segala makan minum kami. Semoga dapat bertemu kembali di masa hadapan....InsyaAllah...
eh tema kite same aa tahun ni..hihi
Ila, thn lepas pun bukan sama ke?Warna krim? haha sama lg rupanya...:)