Resipi unbaked cheese cake

Author: Nazariah // Category:

Atas permintaan Nadeeya dan Dillaila, aku share resipi cheese cake mudah ni...sila2 lah cuba..kos dalam 6 dlr je...hik3..kat M'sia tak tahulah berapa ye..sure murah buat sendiri banding nak beli...:)


Bahan Base:

14 keping biskut marie yang dikisar halus (nak guna oreo pun boleh tp buang krim dia dulu)
100 gram marjerin (dicairkan guna microwave)
2 sudu besar caster sugar (sekiranya guna biskut kurang manis)


Bahan cream:

500 gram cream cheese (beli WW brand je..hihi 250g, baru 2 dlr)
300 g sour cream (nak guna whipped cream pun bole)
1 camt esen vanilla
150 gram caster sugar
(tak perlu guna gelatin halal sbb tu guna 500gram cream cheese, susah nak cari kat sini)

Untuk perasa blueberry tadi pula, masukkan 3 sudu teh gula, (agak2 sendiri manisnya) dan masak bersama buah blueberry guna microwave...kemudian tapis dan tggu sejuk untuk kelihatan likat...(yg ni, nak guna jem pun boleh tapi sgtla manis)...ikut suka masing2...


Cara-cara

1)untuk base, kisar biskut marie hgga hancur, kemudian masukkan didalam bekas...kacau bersama mentega dan caster sugar td...
2)Ratakan dalam loyang yang di alas alumunium foil...tekan2 sehingga padat
3) masukkan di dalam frige 10 hgga 15 minit
4)Untuk cream pula, putar kesemua bahan hgga betul2 gebu, bila sebati dan gebu curah ke atas biskut marie tadi..kemudian ratakan
5) Curahkan blueberry yg telah sejuk tadi ke atas kek
6)Masukkan kek dalam fridge selama 4 jam dan sedia utk dimakan

Nilah hasilnya...ni baru 2 jam dlm fridge si anak dah tak sabar nak mkn...tu yg nmpk belum betul2 cantik....kalau dibiar semalaman, mmg cantik je bila dipotong..hihi..:)

~ Selamat mencuba ~




3 Responses to "Resipi unbaked cheese cake"

DiLLaiLa Says :
January 12, 2012 at 11:43 PM

ooo yeah..boley try ni..tapi saye selalu confuse..cream, sour cream, thick cream..adoi..tak xsure nak cari kat bhgn mane sebenrnye kat kedai tu..sebab penah nampak thick cream kat bhgn kering2..

Herman Says :
January 13, 2012 at 12:46 AM

mmm...nyam3, da jadi makanan mingguan plak mende ni, separuh loyang confirm utk Amna. Ayah dpt 2, 3 potong jer..

Herman Says :
January 13, 2012 at 10:52 AM

Guna sour cream atau whipped cream kat bahagaian susu kat Aldi. Pakai sour cream sebab malas nak letak lemon....hehe pesanan K Naza

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...