Resipi Japanese Cheese Cake

Author: Nazariah // Category:


Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni kenapa la aku suka sgt buat kek yg berasaskan cheese. Unbake cheese cake, red velvet cake la dan malam tadi cuba buat Japanese cheese cake pulak...resipi ni dah lama aku nak cuba, cuma tunggu masa je nak buat. Kebetulan lepas Maghrib semalam macam boring xde apa nak buat...Aisya pulak xnak tdo, sambil tunggu encik suami balik sempatlah buat kek ni.

Kek ni sgt lembut dan gebu mcm kapas...hihi..sedap tp kurang manis, so utk sesiapa yg suka manis boleh makan dgn maple syrup.

Jom tengok resipinya. Mudah sgt2 tak perlu guna cream cheese pun. Just guna cheddar cheese yg keping2 tu je. Bahan2 pun memang pasti ada kat rumah. Resipi ni aku dapat dari blog kak Ita. Tq pada tuan punya resipi.

Bahan2

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur

70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter


masa penyediaan: 20min

masa membakar: 1jam

Cara penyediaan :

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.


2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).


3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.


4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.


5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

*teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Inilah hasilnya....:)


Agak2 boring dok rumah tak tahu nak buat apa, bolehlah cuba ya...



0 Responses to "Resipi Japanese Cheese Cake"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...