Picnic di Royal Botanic Garden

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Ahad lepas kami berpicnic di Royal Botanic Garden dekat dengan Opera House. Kami ke sini dengan menaiki train sahaja memandangkan tempat parking agak sukar dicari. Untuk pengetahuan semua, harga tiket naik train di hujung mggu ni sgt murah iaitu hanya Aud 2.50 seorang. Ia juga dikenali sbg Family Sunday Funday ticket. Kerajaan Australia sgt menggalakkan penggunaan public transport pada hari minggu. Bertolak dari rumah selepas Zohor dengan membawa bekal spaghetti ayam, kentang goreng bersama ikan dan roti. Simple je bekalan kami kan...hihi, asalkan anak2 makan bila kat sana nanti oklah.

Sampai je last station, kami perlu berjalan kaki hingga ke Opera house dan kami beli tiket utk naik satu lagi train kecik. Masa naik train tu, kami dibawa ke bahagian tengah taman yang keadaanya seperti hutan kecil di Malaysia. Menarik juga kawasan ni untuk penduduk bandar Sydney sebenarnya... sejuk mata memandang.

Turun sahaja dari train kami cari tempat sesuai utk picnic. Actually hampir semua kawasan di sini cantik cuma kami cari tempat yg berlatar belakangkan opera house dan kawasan yg tak berapa ramai org utk anak2 merasai keselesaan berpicnic dan bermain.

Selesai makan, bergambar dan layan anak2 main, kami ambil keputusan utk pulang. Masa balik kami hanya berjalan kaki ke Opera house dan ke train station. Agak jauh sebenarnya dari tempat kami picnic ke train station, lebih dari satu kilometer. Penat juga berjalan, tapi yg penting adalah melihat anak2 gembira mengisi masa terluang cuti sekolah.

Ok, jom layan gambar...

Ni masa jln kaki ke Botanic Garden, lalu jln atas...

Time ni tgh tggu ayh beli tiket naik train merah...so, ank2 posing dulu...

Dah naik...hihi..


Nilah train yg kami naik tu...


Pilih tempat yg sesuai...


Kakak Amna senyum simpul...:)

Aisya dgn bolanya

Ayah, kakak Amna dan abg Hafiz

Mama dia pun nak juga...hihi...

Peace..:)

Bersama salah satu memorial kat sini...

Balik dah...tp ni lalu jalan lain..huh...jauh...

9 Responses to "Picnic di Royal Botanic Garden"

Babyone a.k.a Fa Says :
May 3, 2012 at 2:22 PM

Salam.. sy fareha.. terjumpe blog ni while google for info in sydney...nice blog.
En.Herman n Pn.naza skrg tinggal kt sydney ye..
Sy akan bercuti ke sydney by nexwik.. Boleh x nk minta tolong for more info pasal sydney kt en.heman n pn.naza.. coz dis is my first time nk g sane.. or can i add u on FB.. thank u..

Herman & Naza Says :
May 7, 2012 at 4:59 PM

Maaf sebab lambat reply. Kami tiada di sydney dari 3hb hingga 9hb.

Babyone a.k.a Fa Says :
May 7, 2012 at 6:06 PM

owh its ok.. sorry..juz nk tny pasal cuace kt sane skrg ni..n betul ke xboleh bwk any food drpd msia.. tq..

Nazariah Says :
May 7, 2012 at 8:34 PM

Sekrg ni musim luruh di sydney, better bwk baju sejuk sbb cuaca da agak sejuk dan kdg2 hujan. Kalau nk bwk food jgn lupa declare dlm borang custom nnt. Susu, brg berasaskn daging, aym buah, semua x boleh. Takut u kena fine ratus dolar nnt.

Nazariah Says :
May 7, 2012 at 8:35 PM

Sekrg ni musim luruh di sydney, better bwk baju sejuk sbb cuaca da agak sejuk dan kdg2 hujan. Kalau nk bwk food jgn lupa declare dlm borang custom nnt. Susu, brg berasaskn daging, aym buah, semua x boleh. Takut u kena fine ratus dolar nnt.

Babyone a.k.a Fa Says :
May 8, 2012 at 12:07 PM

tq puan nazariah 4 d info.. better xbwk pape food kot..tkot kene fine lak nnt.. MCD n KFC kt sydney halal ke..sbb bc blog ni fmly puan slalu mkn kt MCD kan.. :)

Nazariah Says :
May 8, 2012 at 7:44 PM

Ya betul, sini ada mcd dan kfc halal di punchbowl. 7 km dari rumah kami. Erm, better xpyh bwk makanan, sbb sini mudah dpt makanan halal. Kebab kat kedai pak arab biasanya halal. Kedai indo pun ada. No worries k.

Babyone a.k.a Fa Says :
May 9, 2012 at 6:45 PM

tqvm!! will fly tonite to sydney :)

Nazariah Says :
May 9, 2012 at 7:20 PM

U are welcome fareha, semoga selamat smpi...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...