Cuti2 New Zealand day 1

Author: Nazariah // Category:
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke Sydney pada pukul 9 pagi tadi. Bertolak dari Christchurch New Zealand seawal 6.30 pagi waktu sana (cepat dua jam banding oz). Jadi kami bangun tidur sebelum pukul 4 pagi...uhuk, mahu tak penat...:p

Ok, nak cerita percutian kami ke New Zealand, percutian yang pada pendapat saya sgt2 berbaloi. Berbaloi sebab pemandangan di sana memang sangat2 cantik. So, sesiapa yang ada plan nak pergi bercuti, New Zealand adalah tempat yang paling sesuai..Kami bertolak dari Sydney pada pukul 5.15 petang 3hbMei dan sampai pukul 10 mlm waktu New Zealand. Selesai laluan kastam, cepat2 call Motor Lodge Motel utk pick up kami di Airport dan sampai ke motel lebih kurang pukul 11 mlm.

Penginapan kami utk malam pertama, best...ada dua bilik tidur dan dilengkapi dgn dapur. Tapi tak dapat masak sbb belum sempat belanja. 

Hafiz di biliknya

Malam pertama agak susah nak lelapkan mata sebab jarak masa dua jam. Dalam pukul 2 pagi rasanya baru dpt tidur (sebab selalu tidur pukul 12 kat oz). Keesokkan harinya, en. husband ambik kereta yg kami sewa dan kami terus ke supermarket berdekatan utk membeli2 barang2 selama 6hari kami di NZ. Barang2 di New Zealand agak mahal berbanding di OZ. 

Sayang tak dapat guna dapur ni...huhu..

Kakak di luar motel

Selesai berbelanja, pada pukul 11 lbh baru kami memulakan perjalanan ke Queenstown. Perjalanan mengambil masa 7  jam sebab berhenti makan, ambil gambar dan sebagainya.

Pemandangan Lake Tekapo dari atas

Tempat menarik pertama adalah Lake Tekapo iaitu 3 jam perjalanan dari Christchurch. Kami hanya makan biskut je tgh hari tu, dan pagi sebelum bertolak dapatlah mkn maggie...NZ mmg susah nak cari makanan halal, so mkn apa je yg ada sebelum dapat masak di Queenstown.

Cantik kan...best sgt2..

 Lagi gambar Lake Tekapo

Air yang sgt2 jernih..

  Best sangat2...

 Anak2 pun suka main air..hihi, sejuk sgt airnya...

 Ayah dan anak2..aisya mmg suka lentok2 bila org panggil dia...hihi...

 Kakak Amna...:)

Sampai di Queenstown pada pukul 7 mlm. Makan malam tu, saya masak udang msk sambal dan sayur kobis masak air. Sebab satu hari tak makan nasi, masak simple pun rasa sedap..hihi..

Keesokan harinya, kami sarapan nasi goreng dan kentang goreng sebelum ke Skyline utk aktiviti seterusnya.

***tggu update utk hari berikutnya ya...***

8 Responses to "Cuti2 New Zealand day 1"

Anonymous Says :
May 5, 2013 at 6:24 PM

hye
name sy linda.. nk tanye la, sbb sy xpernah ke n.z tp berminat.. erm klo nk ke sane dlm tmpoh 1-2 mgu as normal tourist, perlu visa x? & brape rate kt motel ni ye?

Anonymous Says :
May 15, 2013 at 5:36 PM

Linda,
saya tahu pasal New Zealand ni...Insyallah, saya boleh bantu. call saya 2692 4313

Herman & Naza Says :
May 21, 2013 at 6:14 PM

Hai Linda, sorry for late reply...lama x jenguk blog. Pegi ke NZ tak perlu visa..Rate plak lbh kurang NZD 120 -NZD 180. Ini rate utk 5 org..dua adult 3 child...

Queenstown 120
Te Anau 140
Dunedin 121
Wanak 130
Christchurch 180

harap membantu...:)




Anonymous Says :
June 29, 2013 at 11:51 PM

salam..akak, sewa kereta kt mn ye..bpe rate die? :)

Herman & Naza Says :
June 30, 2013 at 2:41 PM

wsalam,
kami sewa di "budget.com"... 6 hari NZD350.

Unknown Says :
August 18, 2013 at 1:36 AM

salam..ada tak flight direct dr sabah ke NZ?

Herman & Naza Says :
August 22, 2013 at 9:50 PM

wsalam, rasanya takde flight dr Sabah. Sekrg ni cuma ada MAS je dari KL ke NZ. Sblm ni ada Air Asia ke Christchurch pun dah cancel.

Unknown Says :
January 26, 2014 at 12:20 AM

salam. sesiapa nak ke perth atau NZ contact mahira holiday homes and car rental pty ltd (australia) . i pernah ke perth pakai service diaorg. they have well equipped bungalow dengan semua fasiliti tersedia. memang bagus dan selasa. boleh masak dan ada garden dan tempat bermain untuk anak2.kami pernah menginap di holiday homes mereka. subhannallah mereka sgt baik dan peramah. org islam malaysia yang bermastautin di sana. so baru2 ni we went to south island NZ yg diorganized oleh mereka. Ya Allah sesungguhnya NZ memang antara negara tercantik didunia. mereka buat road trip yang sgt menarik. i pernah tanya dengan travel agent, mereka caj ground arrangement sahaja sudah cecah RM9000+ . tapi pakej 10hari 9 mlm ke NZ memang sgt berbaloi dengan mahira holiday homes. i surely recommend pada my friends and family dan pada sesiapa yg ingin ke perth dan NZ. anak owner ada di KL. 0123360098.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...