Apam balik sedap...:)

Author: Nazariah // Category:

Bila duduk di oz ni, lama betul tak makan apam balik. Kalau dulu kat Malaysia beli dua keping pun tak abis. Melayan tekak aku yg puasa Isnin lepas teringin sgt nak makan apam balik, so aku pun cuba resipi ni.

Tak susah pun sebenarnya, ada bahan nak buat, jadilah dia kan...hihi..

Sumber : Dari blog Almari Resipi
Hasil : 6 keping

Bahan2
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2: Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1 jam.

Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn

* resepi Creamcorn

Bahan2:

1 tin sweetcorn
1/2 cawan freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard

Cara2: Campurkan semua bahan dlm sauce pan & masak sambil pecah2kan jagung tu.

Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. (sesenduk dah cukup). Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat.

Maka, inilah hasilnya..:)

Ambik gambar yg belum dipotong je sebab masa memang dah suntuk nak buka puasa, sekali tgk jam...dah satu minit masuk waktu berbuka.


Malam tu, aku berbuka apam balik je, memang tak sentuh nasi sebab dah kekenyangan. Bila dah potong, dah malas nak ambik gambar lagi sekali untuk tunjuk inti dalam plak...haishh...

Kesimpulan yg dapat dibuat, apam balik buat sendiri memang sgt sedap, manis, kacang dan jagung byk...memang sgt2 nyummm...en.suami ckp, kalau berniaga rugi ni sbb byk sgt inti...lor, mcm tu pulak...haha...Apapun, berbanyak terima kasih buat tuan punya resipi...:)

Selamat Mencuba




0 Responses to "Apam balik sedap...:)"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...