Ni cerita semalam sebenarnya tapi malam td dah penat pulak nak post entry. Semalam seawal pukul 9 pagi kami bertolak dari rumah ke city dengan menaiki train. Semalam en.suami terpaksa bercuti demi membawa anak2 berjalan. Konon nak ambik tiket selepas 4 ptg, so tengah hari baru bertolak dari rumah. Tapi bila fikir balik, mesti membawa ke malam dengan nak bawa baby maghrib2 rasa tak elok pula.
Ni tempat pertama, masuk2 sini je panas sgt mgkin diorg pasang heater utk sesuaikan dengan habitat haiwan yg ada kat sini, ada rama2, burung dan itik kat sini
Oleh kerana kami pergi hari Selasa, so takdelah Sunday Funday tiket yg murah tu. Kami plan nak makan2 di cafe Kasturi, tp cafe Kasturi tutup pula hari Ahad. So, terpaksalah pergi hari biasa.
Kakak Amna dan abg Hafiz
Wildlife ni umpama zoo cuma tempatnya agak tertutup, kebanyakan haiwan berada dlm cermin mcm aquarium tu. Tapi utk Koala, Emu dan kangaroo berada di tempat terbuka. Tapi Hafiz tak suka plak sebab ada bau tak best dekat dengan Koala.
Bergambar dengan kangaroo
Macam biasa, koala tidur je
Mula2 plan nak naik Thomas lagi (kami pernah pergi sblm ni), tapi bila nak booking tiket, tiket dah naik harga dan tak berbaloi rasa. Naik train kecik tu dah smpi Aud 30 lebih. Padahal bukan lama sangat, pasti nanti hafiz tak puas dan kena tambah tiket lagi. Lepas tu nak pergi aquarium sebab Hafiz ada sebut juga, tapi sebab dah pernah pergi juga, so kami decide untuk ke Wildlife pula.
Ada seekor je buaya kat dalam ni. Tapi dalam air tu banyak ikan
Pukul 12 lebih dah keluar dari Wildlife dan kami ke Cafe Kasturi dengan menaiki bas. Kalau tak kena jalan kaki sejauh 1.7km. Actualy mama dengan ayah tak kisah sangat nak berjalan ni sebab sambil2 tu boleh juga dianggap sebagai senaman. Tapi anak2 ni tak biasa nak berjalan jauh, sedangkan masa pagi dari train station ke Wildlife pun kakak dah mengeluh penat.
Kami sekeluarga bergambar dengan Wallaby
Tengok wallaby makan
Alhamdulillah anak2 happy dan tak buat perangai, begitu juga dengan Aisya. Langsung tak menangis, penat dia tertidur sendiri dlm stroller. Kalau dia haus, mama susukan tu je. Dari hafiz kecik sampai Aisya ni memang senang nak berjalan, takde mengaruk atau merengek tak tentu pasal. Of course la mama n ayah suka, senanglah lepas ni nak berjalan kat Malaysia nanti.
Ayah bersama anak2
Ayah teman kakak tengok binatang itu
Ni di kawasan gelap, hafiz sampai mintak handphone ayah utk buat touch light...hihi
Si comel mama, Aisya yang tak meragam...mood pun baik, senyum plak bila mama ambik gambar dia...
Makan di cafe Kasturi, kami order lunch special (kari), ayam masak merah, sate ayam dan sate daging, air cendol dan fresh orange. Satenya sangat2 sedap...6 cucuk Aud9.80, tapi besar2 juga satenya macam sate kajang. Tapi terlupa pula nak ambik gambar..uhuhu...
0 Responses to "Jalan2 ke Sydney Wildlife"
Post a Comment