Hafiz's 4th Birthday

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t..

Semalam 6hb Ogos 2012, genaplah usia Hafiz 4 tahun. Walaupun Hafiz ni banyak kerenahnya, tapi alhamdulillah perangainya dah beransur elok berbanding  setahun yg lepas. Tahun lepas mungkin perangai menjadi2 bila dapat adik tapi sekarang dah dapat terima kehadiran Aisya dan tak buat mama pening..hehe..

Perkembangan Hafiz di usia 4 tahun, 
1) Aktif main laptop, youtube, internet game menjadi hobi Hafiz sekrg ni. 
2) Sgt2 suke super hero mcm spiderman dan power rangers - Selalu tgk aksi2 superhero di Youtube..
3) Imaginasi yg tggi, "Hafiz nak go  to the space naik rocket"..adoi, yg ni pening nak jwb.
4) Lebih rapat dgn kakak berbanding dgn adik Aisya...tp takpe, Aisya nanti mama kasi kawan ae...haha..
5) Cepat marah dan mudah juga menangis
6) Dah boleh cakap BI sebab selalu tgk kartun. ( dah boleh buat ayat)
7) Kartun lain yg Hafiz suka adalah Peppa Pig. 
8) Mengira dah smpi 30 (BI)
9) Suka order power rangers or spiderman toys...uwaa, yg ni mama x suka..uhuk2..
10) Dah pandai main scooter roda 2 (yg ni dah lama sbnrnya)
11) Bukan setakat beryoutube, menggoogle pun dah terror...adeh..
12) Asyik sebut nak pergi sekolah je
13) Minat sgt2 motor dan kereta warna green

Setakat ni, mama happy dgn perkembangan Hafiz, kesihatan Hafiz pun alhamdulillah baik. Mama dan ayah doakan semoga Hafiz menjadi anak yg soleh dunia akhirat, dipanjangkan usia, peroleh akal yg bijak, serta sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya..Amin..

Jom layan gambar Hafiz mlm smlm

Kek pun nak kek spiderman...kenalah buat juga w/pun asal boleh, kalau kat msia beli edible image lg senang..sini,  tak tahu nak cari kat mana...uhuu..

 Bersama kakak Amna

Peace..sebelum tiup lilin...:),



***Aisya pun dah pandai jln di usia 12 bulan 3 mggu, yeahhh...lmbt sikit dr kakak dan abg, tapi takpe, mama tetap bangga dgn kamu anakku Aisya...








0 Responses to "Hafiz's 4th Birthday"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...