Trip to Canberra and Snowy Mountain
Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t
Ahad
lepas 23hb, kami sekeluarga bercuti ke Canberra. Di samping itu, kami
mengambil kesempatan untuk ke Snowy Mountain juga memandangkan ini
merupakan tahun akhir kami di bumi Aussie.
Tulip merah yang cantik
Peach colour pun ada
Kami
bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi dan sampai di Canberra lebih
kurang pukul 11.30 pagi, perjalanan memakan masa selama 3 jam dan
kebetulan orang pun dah ramai di Floriade Festival, kami terpaksa
parking jauh dari floriade tersebut. Cuaca hari Ahad tu memang cukup
baik tak sama macam tahun lepas, sejuk sangat masa tu. Kali ni tak perlu
pakai jacket pun, alhamdulillah senang kami berjalan bersama
anak-anak.
Dah dapat aiskrim barulah nak bergambar
Ayah, Hafiz dan Aisya, time ni Aisya dah ngantuk sangat sambil2 nak tertidur
Kami
makan tengah hari di meja dekat dengan bunga sakura kerana ditakuti
tiada lagi meja disediakan di floriade itu nanti. Bekalan kami pagi itu
adalah lontong bersama kuah lodeh, sambal udang dan telur rebus. Sempat
juga ku masak sebelum bertolak.
Bunga sakura
Selesai
makan kami ke kawasan pameran bunga, tapi anak-anak agak kepenatan
terutama Aisya sebab dia hanya tidur sejam sahaja semasa perjalanan.
Nasiblah cepat juga Aisya tertidur di strollernya, dapatlah ambil gambar
banyak. Kalau tak, nak melayan kerenah Aisya yang mengantuk, mahu tak
pening kepalaku..hihi..
Sekitar Floriade Festival 2012
Ni pun cantik
Orange colour dah nak kembang sikit
erm, sedapnya..
Spiderman Hafiz tak tinggal
Snap gambar air pancut belakang tu
Selesai
ambil gambar, kami bertolak ke cabin tempat untuk kami bermalam, tempat
yang sama dengan tahun lepas cuma jenis sahaja berbeza. Kali ni kami
memilih cabin yang besar sedikit berbanding tahun lalu. Cabin ni ada
double bed dan satu bilik tidur dengan bunk bed untuk Amna dan Hafiz.
Selain itu, cabin ini juga menyediakan full kitchenette membuatkan kami mudah untuk memasak
semasa berada di sini. Makan malam kami adalah ayam masak kicap yang
telah ku masak juga pagi sebelum bertolak, so malam tu ku cuma masak
nasi je.
Di luar cabin, Aisya sorang2 je kat situ..hehe..
Keesokkan
harinya, kami ke Snowy Mountain pula dan bertolak dari Canberra pada
pukul 9.30 pagi dan sampai di Snowy Mountain pada pukul 12.30 tengah
hari. 3 jam juga perjalanan. Aktiviti di Snowy Mountain sudah tentulah
bermain Toboggan, operasi membuat snowman dan anak2 yang happy bermain
snowball. Bekalan kami pagi itu adalah nasi lemak sambal udang dan roti
John. Kami makan dan main hingga pukul 3 petang memandangkan anak2 yang
tak berapa tahan sejuk bila lama2 di sana. Sampai semula di Canberra
pada pukul 6.00 petang, dan syukur alhamdulillah perjalanan kami
berjalan lancar.
Masih di parking
Kakak dan abang semangat nak main toboggan
Aisya main snow je la, bawa juga Aisya main toboggan sama2 tapi beberapa kali je.
Snowman yang ayah buat
Kakak jadi model mama...ekeke
Budak kecik makan nasi lemak tak siap2, lama betul dia makan tapi sebelum tu mama dah suapkan dulu
Ayah dan Hafiz tengah main toboggan
Mama dan Hafiz pulak
Malam tu simple menu sahaja yang sempat ku sediakan, kobis masak air bersama ayam goreng dan sambal tumis. Suhu di Canberra tak sama dengan di Sydney, siang suhu mencapai 23 deg dan malam suhu turun hingga -1 deg. Walaupun cabin kami menyediakan reverse cycle aircond, tapi anak2 tak tahan dengan perubahan suhu yang drastik begini. Kalau di Sydney, malam suhu hanya sekitar 10 deg hingga 15 degree sahaja. Disebabkan itu, anak-anak kena selsema dan batuk ketika di sana.
Hari ke-3 di Canberra kami ke Australian War Memorial Park, kami pernah pergi 2 tahun lepas tetapi tak masuk di pameran dalam bangunan tersebut. Kali ni, kami tak melepaskan peluang untuk masuk dan mengambil gambar. Selesai berjalan di War Memorial Park, kami sempat makan tengah hari di sana dan kami hanya bawa bekal spaghetti bolognese, maggie dan kentang goreng. Cukuplah untuk mengisi perut sebelum memulakan perjalanan pulang ke Sydney.
Baru sampai
Belakang tu Parliament House Canberra
Dalam bangunan War Memorial
Pandai dia buat, cantik
Di bahagian Aircarft Hall
Masa ni Aisya tidur juga, so kakak dan abang je bergambar..kesian betulla Aisya ni
4 beranak, nasib baik Aisya dah bangun time ni
Mama dan kakak
Lagi mama dan gegirl
Kami selamat sampai rumah pada pukul 3 petang.Walaupun hanya menggunakan kereta sendiri dan tanpa kawan-kawan lain yang turut serta, alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar, syukur sangat-sangat.
0 Responses to "Trip to Canberra and Snowy Mountain"
Post a Comment