Last Shopping
Author: Nazariah // Category:
As-Salam,
Lama rasanya tak update blog, kebetulan Amna tak sihat sejak Jumaat lepas so mood mamanya pun dah ke laut. Kesian Amna kena demam selsema mungkin sebab cuaca tak menentu kebelakangan ini. Jumaat lepas, Amna ke Taronga Zoo ada lawatan bersama rakan-rakan sekolah. Balik dari zoo, muka dah merah padam mungkin sebab kepanasan. Sabtu pula dah start sejuk dan hujan, terus kena demam dan selsema hingga susah nak bernafas guna hidung sebab hidung tersumbat. Tapi alhamdulillah hari ni dah beransur pulih, InsyaAllah esok bolehlah ke sekolah.
Sebut pasal last shopping, hari ni kami memborong barang nak bawa pulang ke Malaysia. Itu pun nasib baik Ila bagi email promosi, thanks la. Kalau tak, tak tahu pun ada promosi, entah kenapa semenjak dua menjak ni dah tak dapat email dari World Kitchen, pelik betul. Dah lah hari ni merupakan hari terakhir utuk October Sale, nasib baik sempat, hehe.. betul- betul last minute ni.
Tahun lepas sempatlah beli 4 set corelle. Tahun ni tak dapatlah nak tunggu Boxing Day, kebetulan ada sale untuk Corning 40%. So, tahun ni berhabis untuk corning ware ler pulak. Hari ni sempatlah merembat 2.3l dan 3.8l oval casserole, 1.4l dan 2.3l round casserole. Yang 2.3l round ni best sangat sebab 60% offer, tapi takde kotaklah. Di rumah, ku dah siap senaraikan apa yang nak dibeli. Ingat nak beli yang 5 pcs terus siap dengan serving cradle tapi set yang ni takde offer lah pulak. Nasib baiklah yang 2.3l tu 60% promosi, aud18 je tuh, murah kan, so taklah lari budget yg ku buat kat rumah. Hehe..
Lain2, just beli Pyrex 2 set yang ini pun takde 30% promosi tu. Urghh, geram tau semua yang ku dah senaraikan kat rumah takde promosi pulak. Nasib baiklah en.suami cakap kalau lebih sikit dia boleh tambah. Yeahh, so takdelah susah-susah nak tukar dan kira-kira kat situ yang mana sesuai dengan budget kan.
Last sekali, ku beli Corelle living ware just completekan set je. Sebenarnya set bulat utk 16 pcs tu takde Luncheon plate, ku rasa macam tak best pulak. So, ku tambah 2 luncheon plate dan 2 dinner plate untuk 2 set bulat yang ku beli tahun lepas. Masa kat rumah ingat nak beli 4 luncheon plate untuk setiap set sebab dinner plate memang dah ada 4, tapi bila tengok rupanya luncheon plate ni taklah besar sangat so beli 2 jelah, tu yang dinner plate tambah lagi 2 tu.
Ikutkan hati teringin nak beli Corning Ware Classic Shadow Iris, bolehlah sama dengan set petak. Tapi dah 40% offer pun still rasa tak mampu. Huh, mahal benor le, 2 pcs 1.5l dengan 3l pun dah aud100, tu harga offer tuh. Kalau tak offer, hehe...boleh tengok-tengok dan cuci mata je lah. Memang tak sampai ke situlah budget yang ada, so yang mampu French white je lah. Itu pun en.suami cakap sila bersyukur ye, hehe...ye baik tuan..syukur alhamdulillah dapat juga apa yang diidam...:)
Ok, nilah hasil jalaan hari ini, yg 2.3l round takde kotak tu kenalah pandai2 wrap sendiri, yang penting berbaloi dengan harganya...hee..:D
Sebut pasal budget, sila jangan ingat kami banyak duit ye...hehe, dah kerana minat terhadap barang-barang ni dan kebetulan di OZ ni murah sikit, ku korbankanlah sedikit duit simpanan. Dan seperti tahun lepas, separuh dari harga semua ini disponsor oleh en.suami. Yeahh, tq lah abang kerana memahami, ngeh3, bukan selalu pun nak shopping macam ni, 2 kali je sepanjang menetap di Sydney. Barang- barang tu dah siap masuk kotak pun. Tinggal balance 8 kotak sahaja lagi untuk diisi, janganlah sampai tak cukup kotak hendaknya.
8 Best Ways to Get Free Money from 8 Best Baccarat Casinos
While they are a fairly new concept, 8.8 casino is still among the most popular 카지노사이트 online casinos for players to worrione wager on. 온카지노