Sate oh sate

Author: Nazariah // Category:
As-salam, 

Dah dekat setahun rasanya tak makan sate, oleh kerana masing-masing dah teringin sangat, maka bermulalah projek sate petang semalam. Semalam en.suami beli daging sekilo, hampir 700g juga guna untuk sate ni. ehee, tak habiskan pun sebab takut terbanyak pulak. 

Diam tak diam dekat sejam juga ku berkampung di dapur untuk potong daging. Siap2 potong terus perap, dah dua jam tu ku saje lah try bakar 3 cucuk je. Terasa sedaplah pulak, mula-mula kakak mintak nak lagi. Pastu, Hafiz pulak mintak, tak boleh jadi ni kena juga bakar malam tu juga. Pukul 8 lebih macam tu baru start masak kuah kacang, en.suami pula tolong bakar. Tapi untuk dinner tak sempat nak makan dengan nasi impit sebab ku baru je start masak nasi impit tu. Sekarang nasi impit pun buat sendiri, nak senang kan.

Ni yang untuk dinner..:)

Siap-siap bakar dapatlah dalam 19 cucuk. Hehe...ku tak cukupkan pun sampai 20 cucuk sebab ku buat besar-besar, takut tak cukup pula balance yang bakal ditinggalkan unutk lunch esok. So, dapatlah sorang 5 cucuk, ku je dapat 4 cucuk, alhamdulillah kenyang juga sebab satenya besar. Terkejut bila kakak dan Hafiz pun boleh makan sampai 5 cucuk sate, mungkin sebab takde nasi impit kot.Kesian kat Aisya je sebab dia tak pandai makan lagi. Mama dah kunyahkan pun masih dibuang. Takpelah dik.

Hari ni sambung membakar lagi, ku buat macam pasar malam je tak besar sangat. So, dapatlah 30 cucuk dan dapat sorang 7 cucuk lebih kurang. Untuk lunch dah ada nasi impit, memang puas makan sate buat sendiri. Kalau kat sini nak makan sate, 6 cucuk dah Aud10. Harga sekilo daging pun baru 11 dolar. Tengoklah dah dapat berapa cucuk, itupun ku tak habiskan sekilo daging tu. Banyak boleh dapat kan. 

Kesimpulannya, sate yg ku buat kali ni memang sedap en suami yang cakap ye, ku pun ckp juga...ekeke. Satenya memang lembut dan rasa memang yg macam sate pasar malam tu dan lebih hebat lagi sama macam sate senai. haha..Bukan apa, memang kami dah banyak kali cuba buat sate sendiri dari duduk Senai sampai duduk OZ 3 tahun lebih pun dah berapa kali cuba, rasa tak seperti yang diharapkan.Tak sangka ni dah nak balik Msia cuba lagi  baru menjadi. Lepas2 ni mungkin boleh buat lagi, sate ayam pulak ke, hihi...:)


Ni pula untuk lunch siang tadi.








0 Responses to "Sate oh sate"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...