As-Salam,
Adui, berkurun nak keluar entry cuti2 msia
ni...hehe..dah lama type dan save kat draft tapi asik tak sempat nak
upload gambar je. Sabtu 9hb yg lalu, kami pergi bercuti ke Melaka,
percutian 3 hari 2 malam. Kami bertolak pada pukul 9.30 pagi dari rumah
dan sampai pada pukul 2 petang. Lama kan? mahu tak lama, kami terpaksa
mengharungi jem dari tol Skudai sampai Yong Peng. Pergh...hebat betul
jem, memang bawak slow giler dalam 20 ~30km/j. Tapi kadang jadi ok
sekejap, dapat lah bawak 60km/j.
After Yong Peng
barulah perjalanan sedikit lancar bolehlah bawak laju sikit tapi jem
semula di Tangkak tapi yang ni tak lama sangat, alhamdulillah kami
sampai Homestay di Bukit katil lebih kurang pada pukul 2 petang. Mula2
after rehat2 kami plan nak ke taman rama2, tapi mengenangkan kami tak
survey jalan lagi dan masa pun terhad sbb pukul 5.30 dah tutup, kami
plan pergi keesokkan harinya. Malam tu kami bawa anak jalan2 di Mydin
unutk beli makanan dan terus makan malam di McD.
Esoknya
pagi2 lagi kami ke Taman Rama2, taman ni ok juga kalau nak compare
dengan Taman Buaya, anak2 pun lebih happy di sini, mungkin tempatnya
ala2 di Wildlife Sydney menyebabkan diorang happy. Kat sini pun boleh
bagi makan ikan cuma beli je makanan ikan di entrance dengan harga
RM0.50 satu plastik kecil. Pusing2 satu taman dan puas bergambar kami
keluar dan makan tengah hari. Kemudian meneruskan aktiviti ke Melaka
WOnderland tak jauh dari Taman Rama2.
Anak-anak kami
memang suka ke Waterpark, so kali ni kami memilih ke Melaka Wonderland.
Kami mandi lebih kurang 3~4 jam jugalah, kemudian hujan gerimis
menyebabkan kami ambil keputusan untuk pulang. Aisya pula dah satu hari
tak tidur, kemudian Aisya tertidur di tangan ku dengan baju
mandi...hehe, ku minta tolong en.suami pegang Aisya kemudian tukarkan
bajunya ketika tidur. Balik rumah baru mandi semula, sian dia kepenatan
berjalan.
Malam tu kami makan di satu Restoran, lauk
yang diorder macam biasa je, ada puyuh kicap, sup tulang, sayur kailan,
ayam greng kunyit dan beberapa jenis air. Harga sama je dengan restoran
sekitar JB, syukur takdelah kena tekan harga kan.
Keesokkan harinya, kami melawat Zoo Melaka sebab last kami pergi masa Amna berumur setahun, so..ni merupakan pengalaman pertama Hafiz dan Aisya ke sini. Tapi kali ni kami terpaksa menaiki tram al-maklumlah nak berjalan kaki dengan bawa anak2 ni pasti diorang akan mengeluh kepenatan tiba pertengahan jalan nanti. Jadi, dapat tengok binatang dari jauh je la, takpelah yang penting diorang happy kan. Keluar dari zoo kami terus bertolak balik ke Skudai dan kami sampai pukul 2 petang.
Ni masa baru sampai, betul2 depan Taman Rama2
Anak2 suka dapat bagi makan ikan
1 happy family
Lagi bergambar kenangan sekeluarga
Di Melaka Wonderland
Area sini, air sedikit sejuk tapi diorang tetap maintain
Bila mandi kat sini, kalau boleh tak nak naik sebab suka ada ombak
Di zoo
Ayah layan anak2 bagi makan gajah
***Tamatlah cuti2 untuk kali ni..tgh fikir next, nak pegi mana pulak ni..
0 Responses to "Cuti2 Melaka sempena CNY"
Post a Comment