Berakhirnya minggu yang bz

Author: Nazariah // Category:

As-salam..

Wah...lama sgt ku bercuti dari mengupdate blog..haishh, bertambah2 malas gamaknya ku sejak akhir2 ni. Cerita pasal minggu yang bz memang minggu ni stress sikit sebab Amna menhadapi final exam untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama serentak. 

Kalau tak silap dari hari Khamis minggu lepas ku dah start suruh Amna study Matematik, hampir setiap hari anak ku tu kena marah. Kesian la pulak tengokkan dia. Kadang2 ku ni yang tak sabar bila ajar dia Math. 

Khamis dan Jumaat kami study Math sama2, kemudian Sabtu dan Ahad untuk subjek Sekolah Agama pula. BIasalah, anak ku ni tak boleh berpisah dgn laptop dan internet, kadang2 tu yang buat mamanya ni hangin satu badan bila dia tak study. Nasib baiklah nenek dia datang hari Ahad lepas, xdelah temperature ku ni naik sgt, malu pulak nak marah2 bagai nak rak kan...so, ku control la juga. 

Mungkin sebab ujian yang lepas Amna dapat no.2 menyebabkan sedikit pressure utk suruh Amna kekalkan prestasinya. Sekolah Kebangsaan pula ku nak dia dapat masuk kelas pertama dari 7 kelas yang ada sekarang ni. Ada kemungkinan juga nak tukarkan Amna ke sekolah baru dan ianya masih dalam pertimbangan. Nanti ku ceritakan kenapa Amna perlu tukar sekolah. 

Hari ni dah hari Khamis, kufikirkan Amna dah habis exam rupanya dia baru dapat info semalam yang menyatakan esok cikgu akan buat penilaian untuk Band 5 bagi Subjek Bahasa Melayu. Haishhh...masih belum berakhir ke? Ku nak pastikan Amna buat yang terbaik. 

Lepas ni baru lah lega dan tak sabar nak pergi bercuti...sesekali kena juga tenangkan fikiran kan...Jom cuti2 Malaysia...:)

 

0 Responses to "Berakhirnya minggu yang bz"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...