Salam,
Sempena cuti Deepavali, kami sekeluarga ke Gold Coast Morib utk bercuti dan meluangkan masa bersama anak2. Kami bertolak pada hari Ahad jam 9.30 pagi dan singgah di rumah kawan (Syahida dan Zul) lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lama tak jumpa, hampir setahun lamanya...kami nampak anak2 pun happy bila jumpa kawan lama. Banyak perkara nak dikongsi dan diceritakan, rasa tak nak balik je...hehe..tapi kami perlu cepat utk check in di hotel di GC Morib. So, selepas makan tengah hari dan solat kami teruskan perjalanan ke Morib.
Kredit gambar dari kamera Syahida
Dari rumah Syahida pada pukul 3 dan sampai di GC Morib lebih kurang pukul 5 petang. Petang tu, kami hanya rehatkan diri di hotel dan anak2 cuma main air dalam jakuzzi yang disediakan. Malam tu, kami makan di restoran yang berdekatan, lebih kurang 4km dari GC Morib.
Keesokan harinya, after breakfast anak2 dah tak sabar nak main air. So, kami memperuntukkan 1 hari untuk mandi di water park. Kami berehat utk mkn tgh hari, kami pilih makan di MCD Banting lebih kurang 17km dari GC Morib. Balik makan tengah hari kami berehat dulu, kemudian sambung mandi dalam pukul 5 petang. Pukul 6.15 dah kena naik hotel bersiap2 utk tgk Love U Mr. Arrogant...hehe, rugi kalau terlepas citer ni. Nak tengok kat Tonton selalunya malas kalau dah terlepas.
Happy dapat berendam
Budak kecik yang suka sgt main slide
Aisya, dengan semua orang pun dia kawan...hehe
Malam ke2 kami makan di restoran yang sama, tapi kali ni kami order sate utk anak, ku dan en.suami masih order sup tulang dan sup ekor sama seperti malam sebelum. Tapi sate tu memang sedap, pandai kakak tu buat. Keesokan harinya kami suruh anak2 mandi dalam jakuzzi je sebab nak cepat untuk bertolak ke KL pula. Mula2 fikir nak ke Mid Valley untuk tengok movie, tapi bila fikir balik, better pergi zoo sebab anak2 suka tengok binatang. Takut salah pilih cerita, diorang boring plak duduk dalam panggung tu.
Sebelum balik sempat bergambar di luar bilik
So, kami sampai di Zoo Negara dah dekat pukul 1 petang siap2 beli tiket dan makanan. Punyalah ramai orang sampai pusing2 cari parking. Dan yang tak bestnya, parking tepi jalan pun diorang boleh ambik duit parking, kalau ikut dah luar pagar zoo pun, bengang tak bengang lah kitorang time tu...sabar je la..
Abang Hafiz bergambar dgn penguin
Ayah bersama gegirl
Kami ambil keputusan untuk berjalan kaki je dan tak nak naik train sebab masa di Melaka, banyak tak dapat ambil gambar bila naik train ni. Tapi Zoo Melaka lebih besar compare dengan Zoo Negara, jadi kalau jalan kaki di Zoo Melaka memang kesian kat anak2. Nampaknya di Zoo Negara ni, diorang happy je termasuk Aisya, tak meragam pun alhamdulillah. Kalau tak susahla ayah dan mama kalau asyik nak berdukung je.
Mama dan anak2
Kakak dan abang
Abang dan adik
Keluar dari Zoo lebih kurang pukul 3 petang dan sampai di hotel hampir pukul 4 petang. Rehat2 dan selesai solat kami bersiap2 ke KLCC pula.
Brisdale Hotel
Masa nilah nak tunjukkan pada anak2 KLCC sebenar, kalau tak
diorang tengok dalam gambar je...diorang memang happy dan teruja sebab
1st time pergi kecuali Amna. Tapi masa kami pergi sebelum ni pun Amna
baru je 2 tahun, so dia pun dah lupa. Malam tu kami makan Sizzling yee
mee, manakala untuk Amna pula kami orderkan nasi beriani dan unutk Aisya
dan Hafiz kami beli nasi kerabu. Harga tak mahal sangat pun utk
Sizzling yee mee tu RM7 dan nasi kerabu lauk ayam Rm8 sahaja. Yang tak
boleh blah harga nasi beriani gam Johor RM16...padahal nasi sejemput
je...haishh..awaitla mahal sangat nasi beriani tu pun tak faham
sedangkan org lain boleh je jual murah2..kalau nasi tu banyak oklah
juga, ini sikit je nasi tu, separuh pinggan je, lagi separuh pinggan dia
dah letak ayam, popedem dan acar. Adat orang berniaga yang nak untung
cepat, macam ni lah...
Berderet askar....hehe..
KLCC
Lepas makan kami bawa anak2 tengok air pancut di luar KLCC. Air pancut ni beralun mengikut irama lagu yang dipasang. Bila time air tu dipancut ke tepi, memang basah lenjun masing2 yang duduk berdekatan kolam tu...hehe, kesian sungguh...memang tak sempat lari...Nasib baik kami pilih tempat yang selamat, walaupun masih di tepi kolam tapi jauh sikit dari air pancut tu.
Air pancut di luar KLCC
Abang Hafiz
Adik Aisya
Kami pergi dan balik dari KLCC dengan menaiki teksi sebab hotel kami tak berapa jauh pun di Jalan Tun Hussein Off Jalan Tuanku Abdul Rahman. Masa pergi tu, Teksi minta Rm10, so En.suami pun setuju je tapi baliknya, banyak pemandu yang minta hingga Rm20. Oleh kerana masih awal, kami sanggup tunggu Teksi lain, Tak sampai pun 5 minit menunggu ada satu Teksi Melayu ni dia cakap Rm10, so kami pun naik jelah. Masa tu kami dah tanya 3 teksi semua minta Rm20. Yang pelik, sekarang ni teksi di KL dah tak pakai meter ke ye? Rasanya kalau pakai meter baru berapa ringgit je pun sebab hotel tu memang dekat, dalam 10 minit dah sampai..haishh macam2..Sebelum sampai hotel malam tu sempatla ku sambar seluar palazzo, tudung untuk Amna, tiger untuk Aisya dan baju Superman untuk Hafiz.
Keesokkan harinya, dalam pukul 11
pagi kami turun sekali lagi untuk cuci mata dan shopping sekali lagilah
kononnya, tapi malangnya, hujan turun dengan lebatnya. Memang tak
sempat nak beli apa pun kecuali beli kuih untuk dimakan dalam kereta
ketika dalam perjalanan pulang ke JB. Pukul 12 tu kami check out dan
sampai di Taman Pulai Utama pada pukul 3.20. So, kami ambik keputusan
makan di Beriani Best Pulai Utama, lebih kurang pukul 4 petang baru
sampai rumah.
So, tamatlah percutian kami untuk kali ini.
Syukur,
segalanya berjalan lancar cuma sedih sebab bateri dan charger DSLR kami
tertinggal di hotel GC Morib. Masa sedar dah sejam perjalanan untuk ke
KL. So, memang tak mungkin untuk berpatah balik. Takpelah, lepas ni en.
suami kenalah beli yang baru..terpaksalah berkorban duit sikit
nampaknya..
0 Responses to "Cuti2 Gold Coast Morib & KL"
Post a Comment