Cuti2 New Zealand day 2

Author: Nazariah // Category:
Sambung cerita di New Zealand. Hari ke2, kami bersiap2 ke Skyline pada pukul 8.30 pagi. Kami ingatkan perjalanan ke Skyline mengambil masa yang lama, tp tak sangka dekat je dari motel kami. Keluar beberapa minit dah nampak Gondola, cakap dgn en.suami, "eh tu ke Gondola nya...dekatnya"....sekali tgk nama jalan, betul dah sampai...ehee..
 Ni gambar kat depan Motel di Queenstown

Kami dah beli tiket utk naik Godola dan Luge awal2 lagi, so tak perlu beli di sana. Mula2 kami perlu naik Gondola dulu, dan selepas tu perlu naik liftchair. 


Ni kat depan Skyline


Ni gambar dlm Gondola, mcm cable car je...


Gambar pemandangan dari dlm Gondola


Ayah, Hafiz dan Aisya dlm Gondola juga


Lake Wakatipu dari dlm gondola...

After naik Gondola, kami sampai di bhg atas, di sini boleh nampak Lake Wakatipu dari atas, dan pemandangan di sini sgt2 indah dgn gunung ganang di tepi lake dan awan di tepi2 bukit...sgt2 meruntun jiwa...masih terkenang kecantikan di sana..


Lake Wakatipu dari pandangan atas


Lagi Lake Wakatipu


 Mama bersama anak2...mcm berlatarbelakang kan lukisan je kan pemandangan tu...



Ayah dan Aisya

Ada org main payung terjun lagi...hihi..

Naik liftchair tu adalah sgt menggerunkan sbb naik dlm keadaan kaki tergantung dan kita hanya pegang besi kat depan sahaja. Saya naik dengan Amna dan Aisya, nasi baik Aisya duduk diam sambil peluk mamanya. Kalau, Aisya tak duduk diam, saya pun tak dpt byg keadaan ketika tu. En. suami pula naik liftchair dengan Hafiz. 


Ni lah liftchair tu...seram gak ni..



 Ayah dgn hafiz pulak

After naik liftchair, kami sampai di tempat Luge pula. Kami diajar cara mengendalikan luge, kemudian tangan akan dicop menandakan kami dah boleh start naik. Sepatutnya kami naik Luge sebanyak 5 pusingan, tapi oleh kerana Amna agak sukar nak control Luge tu, jadi kami naik sekali sahaja. Actually, handle Luge tu agak berat untuk dibawa oleh kanak2 mcm Amna. kami juga rasa berat bila nak stop Luge tu, sampai merah tangan pegang kuat sangat. Di trek Luge tu, boleh nampak ada ais2 di rumput, ya..pagi di Queenstown tu memang sangat sejuk walaupun matahari dah terpacak. 

 Ni masa main Luge...amna depan sekali...hihi

Siap main luge, kami turun semula dgn Gondola dan bertolak ke Te-Anau. Perjalanan ke Te-Anau akan menyusuri lake wakatipu. lake Wakatipu boleh di lihat semasa kami di atas bukit main Luge. Sangat2 cantik pemandangan Lake Wakatipu. Kami berhenti makan tengah hari sambil mengambil gambar pemandangan. Makanan tengah hari kami adalah nasi goreng bersama telur masak sambal. ehee.. 

 Ni pemandangan Lake Wakatipu masa kami berhenti makan

 Lagi gambar Lake Wakatipu

 Aisya

 Kakak dan hafiz

Sampai di Te-Anau agak awal dlm pukul 3 petang. So, bolehlah kami berehat2 dulu sebelum ke tasik Te-Anau pula untuk mengambil gambar, Motel di Te-Anau juga sangat cantik dan memuaskan hati, tapi tak ambil gambar dlm motel tu pun. Petang tu saya goreng kentang goreng dan basa fillet utk di bawa mkn petang di tasik. 

 3 beradik bergambar di depan motel

Tasik di Te-Anau juga sgt cantik dan sejuk mata memandang. Petang tu cuaca redup dan sangat sejuk. Kami perlu memakai sarung tangan sebab tak tahan sejuk. Selesai ambil gambar kami ke hotel semula dan malam itu saya masak kari ikan dan sardin. Malam itu kami tidur seawal 9.30 malam utk bangun awal pagi esoknya ke Milford Sound pula. Kami beli tiket utk boat pukul 9.55 pagi dan perlu berada di sana 20 minit sebelum boat bertolak. 

 Tasik di Te-Anau
 Siapa lah jejaka itu...ehee..

 Amna dan Hafiz, lepas main batu

Mama, kakak dan aisya..:)


9 Responses to "Cuti2 New Zealand day 2"

DiLLaiLa Says :
May 16, 2012 at 11:36 AM

semua lawo2 kak!huuu xtau lah kami ni merase x pegi NZ..huhuhu

Nazariah Says :
May 16, 2012 at 12:26 PM

Tulah la, rasa x puas plak...kalau ada duit rasa nk pegi lg...InsyaAllah kalau pjg umur..hihi, korg pun boleh kumpul duit, boleh jd reward utk ila dpt PHD nnt. Ni kira reward utk abg juga ni..:)

Anonymous Says :
June 8, 2013 at 11:24 PM

salam..akak, ni g tym musim ape ni..kalo g tym winter menarik x?hee

Herman & Naza Says :
June 11, 2013 at 9:54 PM

Wsalam, akak pergi bulan Mei.. Kalau bulan Jun dah masuk winter...kalau winter dah ada snow..menarik mmg menarik cuma masa tu kami x berani sbb kalau ada snow jln licin nnt tayar kereta kena pakai wheel chain, masa tu kami xde pengalaman lg kebetulan akak, suami dan anak2 je...so, takut juga apa2 jd kat jln sbb dr Christchurch ke Queenstown pun dah 7 jam perjalanan. Lg pun bulan 5 ni dah sejuk juga sbb kat gunung2 dah boleh nmpk snow.

Anonymous Says :
June 19, 2013 at 9:13 PM

assalam, boleh bgtau nama motel kat queenstown.. bajet berapa ya untuk satu malam, tq ya!

Herman & Naza Says :
June 30, 2013 at 2:46 PM

wsalam, dah tak ingat nama motel di Queenstown tp motelnya x berapa bagus berbanding yg lain2...jadi elok cari yg lain yg lbh baik ye.. satu malam NZD120..

Anonymous Says :
February 25, 2014 at 8:46 PM

salam kak...memang best nye.......rasa teruja nak pergi...akak boleh memasak dlm motel ke? rasa confius samada nak sewa motorhome atau motel untuk save budget...mmg duit cukup2 je..

Herman & Naza Says :
February 27, 2014 at 11:22 AM

Iya, akak masak kat motel mmg pilih yang siap dgn kelengkapan dapur. Kami peruntukkan dlm Aud 100+ utk 5 hari di sana..kami beli dekat Christchurch sblm bertolak ke Queenstown. Beli makanan yg boleh dibuat sarapan cth kentang goreng, spageti, telur. Selain tu akak bwk rempah sambal, laksa siap yg Berahim punya tu. So..rebus telur je terus masuk dlm sambal. so xpyh beli bawang bagai..Kebanyakkan hrga motel utk 2 dewasa dan 3 anak dlm Nzd120-150 satu malam.

mrspinky Says :
June 25, 2015 at 1:39 PM

salam kak..klo g time summer bawak anak2 kecik sesuai x?antara hjg dec - jan..klo blh nk g time x panas sgt n x sejuk sbb anak x smp setahun lg..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...