Sambung cerita kami di New Zealand untuk hari ke3. Hihi, masih mood New Zealand lagi nampaknya...:)
Hari ke-3 kami bangun seawal pukul 5 pagi, sarapan pagi kami hari itu adalah spageti tuna. Sambil saya menyiapkan sarapan, en.suami membantu buat sandwich sardin.
Kami bertolak ke Milford sound pada pukul 7 pagi, 7 pagi di Te-Anau masih gelap. Perjalanan dari T-Anau ke Milford Sound adalah 2 jam perjalanan. Perjalanan ke sana melalui kawasan pergunungan bersalji di atas. Sayang sgt sebab kami tak berhenti mengambil gambar di kawasan ini sebab ingin mengejar cruise pada pukul 9.55 pagi ( tiket dah beli awal), so kami tak boleh lewat.
Sampai di Milford sound lebih kurang pukul 9 pagi dan suhu di sana sangat sejuk, kami semua kena pakai sarung tangan lagi di sini. Semasa di dalam cruise kami dibenarkan membuat coffee dan tea secara percuma. Sekali lagi kami bersarapan di dalam cruise dengan roti sandwich yg kami bawa.
Pengalaman menaiki cruise merupakan pengalaman yg menarik buat anak2 kami, sepanjang perjalanan kami dapat melihat beberapa air terjun, gunung ganang yg cantik dan beberapa ekor dolphin. Saya dan Amna merasa sedikit pening semasa berada di dalam cruise, masa ni ketika dah sampai di laut dan ombak besar membuatkan cruise bergoyang2. Tetapi selepas berpatah balik, alhamdulillah keadaan kami berdua bertambah baik. Kami turun dari cruise lebih kurang pukul 11.30 pagi dan meneruskan perjalanan ke Dunedin pula.
Perjalanan dari Milford sound ke Dunedin mengambil masa 6~7 jam
perjalanan. Makan tengah hari, kami berhenti di Te-Anau lagi. Selesai
makan anak2 boleh bermain di taman permainan di situ. Sampai di Dunedin,
sudah pukul 7 malam, Motel di Dunedin juga sangat cantik, mempunyai
satu bilik tidur seperti di Te-Anau juga, dan mempunyai katil double
decker untuk anak2. Malam itu, saya masak sayur labu masak lemak putih
dan telur dadar sahaja.
Jom layan gambar ...:)
Ni kat tempat beli tiket
Ka depan kapal yg kami naik "Jucy Cruize"
Milford sound di kelilingi gunung, atas tu pun dah bersalji, sgt dekat dgn kami...sebab tu la sejuk sgt
Di dlm cruise, tgh sarapan...sebenarnya tak ramai org sgt pun, cuma tu diorg tgh beratur nak buat air..so, nmpk ramai. Kerusi tak penuh pun...:)
Mama dgn aisya, belakang tu air terjun.
Ayah dgn Hafiz dan aisya
Lagi gmbr sekitar Milford Sound
Dolphin..:)
Amna dan Hafiz, seronok naik cruise
Ni gambar Milford Sound sebelum sampai jeti
Mirror lake, semasa perjalanan dari Milford sound ke Dunedin
Masa kat park Te-Anau utk mkn tgh hari
Hafiz
Kakak pulak
Sebelum sampai Dunedin, dapat snap pemandangan cantik dari dlm kereta.
*** Akan cerita hari ke4 dan terakhir semasa kami di New Zealand utk post seterusnya...:)
0 Responses to "Cuti2 New Zealand Day 3"
Post a Comment