Makan2 sempena kepulangan rakan

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum,

Lama tak update blog, laptopku rosak...huh, baru 3 tahun guna laptop tu...sedih sangat..tapi apakan daya dah nak rosak, nak buat macam mana kan. But a new laptop is on the way...ehee...tq buat en.suami...:)

Semalam petang kami ke rumah Syahida untuk majlis makan2 khusus buat Lin dan anak2 yang akan pulang ke Malaysia pada 3hb Jun ini. Semoga Lin dan anak2 dapat survive hidup di Malaysia tanpa suaminya.

Kami bawa red velvet cake dan murtabak daging. Minggu lepas murtabak merupakan best dish di dalam rancangan Masterchef Australia. Kalau Mindy, minah salleh boleh buat murtabak, kenapa kita orang melayu tak boleh buat kan...hihi..Actually sebelum ni, saya dah banyak kali juga cuba buat murtabak ni tapi untuk makan sendiri dan ini 1st time menjamu kawan2.

Hari ni, Lin minta resipi murtabak tu, ok...InsyaAllah saya akan masukkan resipi selepas ini. Punya dah banyak kali buat Murtabak atau roti canai, tapi asyik lupa nak ambil gambar....haishh, masalah betul. Ok, makanan lain hari ni adalah Laksa Terengganu oleh Syahida, Macaroni bakar oleh Lin dan brownies coklat oleh Hakimi.

 Antara menu petang semalam..

 Antara yang hadir

 Inilah murtabak itu, sudah tinggal separuh

Anak2 makan di tengah2...hihi..


*** Hari ni jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa, yeah...diorang cakap saya sudah kurus, alhamdulillah usaha selama ni berjaya. *51*



0 Responses to "Makan2 sempena kepulangan rakan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...