Mini pavlova la pulak..
Author: Nazariah // Category:
Baru semalam buat pavlova, hari ni dah buat yg mini la pulak. Bukan apa, sementara buah kiwi dan anggur masih ada lagi dan kebetulan semalam tak puas makan. hihi...Ok, hari ni berserta resipi requested by Puan Dilla.
Kali ni masak pavlova guna oven lama, oven ni guna gas sebab takut bil elektrik melambung...ekeke..Resipi ni mcm biasa dapat dari blog org, tp sayangnya dah tak jumpa la plak bila cari balik. Dah minta izin nak try resipi pavlova dia, pastu tulis lah dlm buku resipiku kemudian dah terclose link blog dia. Kalau tak silap namnya Ana-Ina, mcm tulah lebih kurang. hihi, mintak halal resipi ni ya..:) Nantilah kalau rajin, saya carik2 la balik.
Ok, sila lihat resipi di bawah ni :
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan
Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Saya gunakan mangkuk kecil saiz lebih kurang 5 inch.
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Saya gunakan mangkuk kecil saiz lebih kurang 5 inch.
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 180' C.
1- Panaskan oven pada suhu 180' C.
2- Masukkan adunan meringue ke dalam oven dan bakar pada suhu 120'c @ 130'c. (Tukar suhu sebaik adunan dimasukkan). Masak selama 1 jam.
*** Ada yg bakar pada suhu 100'C dgn masa 1 jam 15 minit utk
dapatkan bhg luar yg putih tetapi bhg dalam masih masak. Jadi, ikut mana
yg sesuai ye..
Setelah masak, tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. (saya guna thinckened cream je)
2- Bila whipping
cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3- Siap, bolehlah letak di atas meringue yg dah siap td dan hias dgn buah2 han.
3- Siap, bolehlah letak di atas meringue yg dah siap td dan hias dgn buah2 han.
Mini pavlova yg pertama
Yg kedua
Dapat 3 mini pavlova hari ni dan yg terakhir kecik sikit
Tak perang sangat banding semalam punya sebab guna suhu 100'C selama satu jam 15 minit
Ok ni gmbr dalamnya, putih dan lembut
Rasanya resipi ni sesuai utk yang baru ingin mencuba sebab kalau lihat di myresipi guna 8 biji telur putih. Takut pula nak cuba kalau guna byk sgt telur, takut tak jadi pulak..hihi..
Selamat mencuba
wow.. sedapnya... akak penah cuba sekali buat 2 keping... tp time tu tak suke plak nak amek2 gambo.. hehehhe... amek resepi dr kakak senior sekolah kt dulu.. mmg sedap... akak pon kurangkan gula sbb dah baca komen2 dr org rmi pavlova ni manis... topping dia 1 akak try letak cheese frosting... lebih kan masam2 sket... sbb akak suka cheese jd akak rasa sedap gak rasanya.. masam2 manis... rmi yg ckp letak dlm esbox sekurang2 nya sejam lg sedap.. akak try mmg betul.. chewy campur mcm ada crunchy2 sket rr...
tp tak semapt nak ltk esbox dah nak licin kan.. hehehehe
** baru terpasan yg naza ltk link blog akak.. hehehe... tp akak dah tukar sket nama blog akak la.. dzunnurain akak dah buang.. link baru akak ni.. http://mustasya.blogspot.com/ ...:D
Oh boleh letak cream cheese ae..hihi, nnt kita try. yg letak dlm fridge utk hubby je sbb balik dr uni mlm. yg untuk kita n anak2 mmg dah abis dulu...sekrg ni je rajin ambik gmbr kak nak kumpul resipi...dulu2 kdg ambik gmbr tp x post kat blog pun..hihi..
Aah, dah bukak juga blog akak yg baru tp x tukar lg link yg lama ni. Hari tu kita baca pasal arwah abah akak... sedih teringat arwah ayah kita dec ni dah 10 thn pergi...uhuk, sedih sgt..:)
hehehe... akak sje2 jer ltk krim cheese tu.. tak penah lg dgr org wat pon kan.. sbb krim cheese kan masam2.. akak mmg peminat tegar cheese.. tu yg memandai.... anak2 akak kureng sket ngan pavlova.. dia org mkn topping tu jer.... cheese ker fresh krim diaorg balun... dan buah2 an pon diaorg tak minat... erm... akak je balun... mana tak gemuk... husb akak ngan kuih-muih pon kureng gak... klu nasi2 ni dia laju je... skrg dah tak rajin masak2 nasi.. tgh mood nak wat kuih... tgh tunggu kukus baru.. bila nak dpt ni... nak try wat kuih talam plak.. kunun2 ler.. hehehe.... akak dulu2 pon tak rajin nak post gambo... dah dok melepak kt umah je kan.. x der keje.. sume nak amek gambo... masak singgang pon jadik.. hahahaha..
*** dah nak pose... tu yg terigt kat arwah... ramadhan pertama tanpa arwah... sedih.... baru akak tau yg ayah naza pon dah tak der... al-fatihah utk mereka....