Pavlova pulak
Author: Nazariah // Category:
Makan2 untuk hari ni adalah pavlova. Ini pun satu benda yg asik bertangguh je, tak terbuat2 sampai ke hari ni. Minggu lepas beli strawberry ingat nak buat pun tak jadi buat. Pavlova ni buatnya mudah je asalkan dapat pukul telur hingga soft peak dan tak boleh terlebih pukul nanti crack bila dah masak.
Oven pula kena guna suhu 120-140 deg shj. Kalau suhu tinggi sgt, yg luar dah masak tapi dalam masih belum masak. Rasa pavlova ni boleh tahan sedap seandainya kita kurangkan gula. Kalau resipi 1 cawan gula, boleh je kurangkan jadi 1/2 atau 3/4 cawan. Jadi tak lah manis sangat dan sedap bila makan dgn buah yg banyak kat atasnya. Kesimpulannya, sedap juga pavlova ni tp mcm cepat pulak dah abis. Makan berapa potong, kasi kawan sikit dah habis. Lepas ni kena buat lagi nampaknya. Hihi..
Ok gambar penuh pavlovaku ini, 3 jenis buah. Lepas ni mungkin boleh guna peach ke..
Gambar tepi. Menarik kan...ehee..
Ni plak gmbar dalamnya...sedap tau...:p
kak, sila share link resepi ni dengan tiramisu tu ye..nak buat biler tu lain citer hahaha harap maklum..
Haha, link pavlova sudah tak dpt dikesan,mintak izin ambik resipi tulis dlm buku, pastu dah terclose.
Link tiramisu plak adalah resipi in jar tp akak tukar ke kek, jd nak hias kek tepi tu teringat masa baca resipi kat blog lain plak. Jadi, sume dah bercampur2. hihi...
Nantilah kalau akak rajin nak taip balik akak share. Bila time rajin tu kena tunggu la..hihi.