As-salam...Dah lama nak buat tiramisu kek tapi asik tak kesampaian je. Tapi hari ni ambik kesempatan juga utk buat kek ni. Aku buat ni sebelum masak tgh hari dan siap je buat, masuk dlm peti ais pukul 1.30 sambung pulak masak. Adeh, penat la sikit...hihi.
Nak buat kek ni boleh je kalau nak guna biskut, tapi utk kali ni guna kek jelah. So, buat kek span biasa je. Rasa tiramisu ni boleh tahan sedap sebab ada rasa coffee dan koko, kemudian ditambah pula dengan rasa cream cheese, pastilah sedap kan. Yang tukang buat pulak memang peminat tegar cheese, erm...mahu asik buat je kek ni nanti lepas2 ni..
Dah 3 entry berturut2 cerita pasal kek je, bukannya apa kami memang tak pergi berjalan bila tengah musim winter macam ni. Lagi pun cuaca tak berapa menentu, kadang2 mendung, sekejap hujan. Jadi memang duduk rumah je sekarang ni.
Jom layan gambar tiramisu kek ni..:)
En.suami cakap sedap...hihi
Gambar lepas potong, yang tepi tu coklat buat bentuk pagar...:)
Bila potong, koko kat atas tu terikut pisau pulak, nampak comot sikit...haishh..
0 Responses to "Tiramisu cake"
Post a Comment