Rumah terbuka Masjid Darul Iman

Author: Nazariah // Category:
As-Salam,

Semalam merupakan penutup rumah terbuka sempena Syawal tahun ini. Sepatutnya kami ada 2 open house semalam iaitu di Masjid Darul Iman dan rumpah terbuka anjuran Petronas tetapi kami pergi ke Masjid Darul Iman sahaja. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi dan sampai dalm 15 minit kemudian. 

Masa kat parking, kereta pun tak banyak lagi.

 Amna dah Hafiz, Amna sibuk nak mukanya dilukis, adeh..anak2..

Juadah yang dihidangkan memang pelbagai jenis dan sangatlah banyaknya. Ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, rendang daging, rendang ayam, ayam masak merah, nasi putih, pulut kuning, sambal sotong, kambing golek dan ada lagi beberapa jenis yang ku tak sempat nak tengok pun sebab dah kenyang  makan nasi impit. Itu belum lagi juadah pencuci mulut, ada cupcake, bubur pulut hitam, kek butter, buah oren, kuih dan biskut raya..memang mewah betul makan semalam. Tapi ku tetap ambil dalam kuantiti ssedikit sahaja..ohoo, tak dapatku bayangkan majlis open house di Malaysia pula tahun depan, mesti lebih banyak jemputan, lebih banyak juadah dan lebih banyak makan dari ni...

Mama dan gegirl

Nilah Masjid Darul Iman, masih dalam proses untuk menaik taraf.

 Masa ni orang belum ramai lagi

Majlis jamuan di buat di luar dan seperti biasa anak2 dalam mood yang baik, takde ajak balik dan sebagainya. Aisya pula tidur masa kami sampai sehingga hampir 1 jam baru bangun. Bila dah dapat tidur, bangun takdelah mengaruk, happy je sambil jalan sana sini...mentang2 dah dapat kaki. 

Amna tgh main dgn kawan2nya

Masa balik, yeahh...sempat lagi si kecik ni pungut daun..

Bila dah bertemu kawan2, balik pun dah dekat pukul 1.30 tgh hari, kemudian kami ambil keputusan ke Steel Park memandangkan anak2 tak dapat pergi pada minggu lepas kerana cuaca tak mengizinkan. Masing2 memang pakai t-shirt dan seluar sebelum pakai baju kurung, so senanglah nak main dan kebetulan cuaca dah start panas walaupun masih ada angin sepoi2. 

Jom layan gambar di park. 


 Sama je cara jalan dia, haha...sabo je lah..

 "Let me hide in the bush"said Hafiz

 Org main buai duduk, dia diri2 la pulak

 Ayah sedang melayan anak kecilnya
  Kakak dan abang di tepi sungai

Sempat snap gambar sekitar









4 Responses to "Rumah terbuka Masjid Darul Iman "

DiLLaiLa Says :
September 18, 2012 at 1:57 PM

kak, saya rasa muka amna lama2 macam muke anak org arab sket la..kulit itam manis..bulu mata lentik and hitam pekat..hihi

Nazariah Says :
September 18, 2012 at 5:03 PM

Kwn abg org Pakistan ckp muka Amna mcm org Pakistan..hihi, kalau Arab kulit putihlah la..masa dia kecik2 dulu selain hindustan mmg org ckp mcm anak arab, tp masa tu dia putih lg..hihi..

DiLLaiLa Says :
September 18, 2012 at 8:48 PM

eh yeke kak..rasenye xjuge la kak..sebab saye tgk dulu anak jiran saye mmg kulit lbey kurang cam amna. pastu kalau buat jamuan kat surau uni, and ada anak2 org arab saye tgk mmg xbape putih melepak pon..mak2 nye pon same..hihi kalau yang orang saudi la..

Nazariah Says :
September 19, 2012 at 9:57 AM

ohh ye ae la...hihi, akak ni tgk2 yg muka mcm Arab tu mmg putih tp mgkin diorg dr Turkey ke tu tak tahulah. Lg pun nmpk2 kat school dgn masa mkn kat McD je. Yg kat school pun x pernah tanya diorg asal mana sbb jenis2 yg dah bercucu cicit kat sini. Dah kulit mat saleh pun..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...