Jalan2 Kuantan sempena school holiday

Author: Herman & Naza // Category:
As-Salam..

Wah...lama benor daku tak menulis apa2 kat blog yek.. sejak dua menjak ni Cik Aisya suka benar menghadap laptop mamanya, tak kira lah nak beryoutube ke, nak tgk gambar cat ke duck ke.. pantang mamanya duduk depan laptop sekejap dia sama2 nak join, pastu sebut la duck..maksudnya nak tgk youtube "Duck Song" ler tu. Ni Cuti sekolah, try juga update blog nak citer sikit pasal percutian kami ke Kuantan baru2 ni.

Kami bertolak dari rumah mak pada pukul 9.00 pagi dan sampai ke Teluk Cempedak dalam pukul 3.00 petang. Itu pun selepas beberapa kali berhenti. Kemudian, traffic jam pula di Bandar Kuantan nak ke Teluk Cempedak. Wah, penatnya jalan bandar Kuantan...jam sangat tu...tak suka ...huhu.. 

Sampai Teluk Cempedak kena carik parking dulu...1st parking tu dah penuh...nasib 2nd parking tu masih belum ramai lagi...tp agak jauh juga nak bawa barang2 makanan ke tepi pantai.. Petang tu kami makan bekalan yang dibawa sahaja. Mak masak ayam kicap, sambal goreng dengan nasi impit, kakak plak order sate ayam dan daging. So, masing2 memang dah kelaparan...siap2 makan anak2 dah tak sabar ke tepi laut...tapi kami tak izinkan anak2 mandi sebab agak susah nak mengangkut barang makanan  dgn baju bajan lagi, nak settlekan diorang after mandi pula, sedangkan hari dah petang, kami pula belum jumpa lagi homestay. Kami berada di Teluk Cempedak hanya hingga pukul 5 sahaja, kemudian kami bersiap2 ke homestay. 





Malam tu, tiada aktiviti pun, just menonton tv je...kebetulan Amna tak sihat, dah seminggu demam, muntah2, dan batuk2...doktor pulak detect Amna dah ada tanda2 nak kena asma..mmg ikut jejak neneknya la kot... Tapi masa kami bertolak, demam dah kebah, cuma tggl batuk je... tapi batuk memang kuat, asyik nak muntah je sebab makan ubat kahak.

Ahad, keesokan harinya, kami ke Bukit Gambang Water Park pula, kali ni anak2 memang happy sebab pergi tempat kegemaran diorang. Sampai sana pukul 10 pagi, bertolak balik pukul 3 petang. Wah...lama kan, tapi serius tak rasa lama pun.. mandi2 kat temppat yg berombak, kemudian kat river tu 2 kali round, dah lapar makan tgh hari pula sepinggan Nasi Rm10 tu...hoho, patut tak kasi bawa makanan. Siap makan, kami mandi lagi sekali round, dah siap2 nak balik. 






Malam tu kami jalan2 dekat Berjaya MegaMall  Kuantan...banyak sgt traffic light sampai nak ke situ pun sampai 45 minit, sedangkan 11km je dari homestay...hai, sabo je la..takde yang menarik sangat pun cuma ada sale utk baju budak2...dapat lah 2 helai baju Hafiz dan Amna dan sehelai baju Aisya. Pastu baliknya kami plan nak makan luar, kebetulan hujan lebat pulak, singgah la satu kedai makan ni...tempias plak, dgn Amna plak sakit perut...bukan setakat tempias, bahagian bawah meja pula basah...pastu order ayam goreng kunyit ayam plak dah habis, ikan pun takde ...haha, malang betul nasib...sobo je kan... Sampai2 rumah dah pukul 11 lebih. 

Isnin, keesokannya sebelum pulang kami singgah pula di Air terjun Sg Pandan. Air terjun yang sangat cantik...walaupun tengok air terjun tu macam dalam je, tapi sebenarnya paras pinggang je nak mandi bawah air terjun tu...tak takut pun, best...cuma anak2 je takut sebab kena lalu percikan air, kebetulan air pula sejuk diorang tak biasa dan tak pernah mandi air terjun. Jadi, mamanya terpaksalah jaga anak2 jauh dari air terjun tu..huhu, sangat tak puas ok.. hehe.. 






Selesai mandi, kami bergegas meneruskan perjalanan pulang... sampai rumah mak di Kulai pukul 6.50 petang. Maka, tamatlah percutian kami kali ni.. 

Pasni ku cerita pulak pasal nak masuk rumah, sekrg tgh renovate bahagian belakang. Nanti senang2 i cerita kat blog. Banyak gak dugaan pasal rumah ni...hehe..









0 Responses to "Jalan2 Kuantan sempena school holiday"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...