Wahhh...setelah sekian lama aku tak jenguk blog, hari ni ku nak update pasal rumah baru kami. Selama ni ku memang busy, rasanya mesti semua faham kot macam mana bznya nak masuk rumah baru. Begitu juga dengan kami, hari2 ada je benda yang nak dibuat. Rasa mcm tak siap2...kebetulan dah nak raya plak, kenalah shopping raya, itu pun minggu lepas baru berkesempatan. Bunga dan barang hiasan rumah pun tak sempat nak beli, ingat nak pergi Air Hitam, tapi pun macam tak sempat je..huh...Ok jom kita tengok gambar ruang tamu dulu.
Kami pilih warna kelabu, hitam dan putih untuk warna tema ruang tamu kami. Kami letakkan dua set sofa sebab meja makan kami letakkan di dapur, so ruang tamu kami agak luas dan kosong jika letak hanya satu set sofa sahaja. Langsir pula kami mengekalkan warna kelabu. Sepatutnya langsir tu ku gantung ketepi, tapi penggantungnya tengah jahit, so sepitla dulu kat tengah.
Sepatutnya ada satu je lampu perhiasan kat atas sebelah kipas tu sebab masa wiring buat cornice dah janji yang dia akan tarik point untuk downlight dari salah satu point dari lampu perhiasan tu. Tapi rupanya dia tarik point baru, nasiblah takde penambahan duit untuk cornice cuma penambahan budget untuk lampu hiasan tu je la..Kami guna lampu LED sebagai lampu hiasan.
Sepatutnya ada satu je lampu perhiasan kat atas sebelah kipas tu sebab masa wiring buat cornice dah janji yang dia akan tarik point untuk downlight dari salah satu point dari lampu perhiasan tu. Tapi rupanya dia tarik point baru, nasiblah takde penambahan duit untuk cornice cuma penambahan budget untuk lampu hiasan tu je la..Kami guna lampu LED sebagai lampu hiasan.
Set sofa L diletakkan di depan tv untuk memudahkan anak2 menonton tv, kami tak pilih set sofa 3+2+1 sebab tak nak ada sofa di tengah2 jalan ke dapur. Kabinet TV pula kami pilih wall kabinet 7 kaki panjang. Kebanyakkan rumah tv diletakkan di wall sofa pertama, tapi kami buat sedikit kelainan dan letakkan di wall menghala ke dapur.
Tengah2 antara sofa tu kami letakkan kabinet yang tak berapa tinggi warna putih untuk memisahkan dua ruang tersebut. Sudut pula kami letak lampu yang kami beli di Australia. Aud15 je pun..hehe...
Kabinet putih tu kami letakkan barang2 corningware, tapi letak di bahagian atas je sebab takut anak2 main pula.
Ni pula ruang tangga, simple je kot...1 set kerusi rotan dan meja bulat cermin. Sebelah pintu store kami letak pula cermin panjang. Meja dan kerusi Aisya pun diletakkan di situ sebab budak kecik ni suka sangat main lukis2, kesian pula kalau nak letak di tingkat atas atau di dalam bilik. wall kat tangga tu kami letak 3 keping frame gambar bunga warna putih diselangi dgn warna hitam.
Ok, ni dapur. Kami pilih kabinet warna merah dan hitam. Masa kat Aussie dulu kabinet warna putih, so memang letih, kabinet akan kuning kalau terkena percikan minyak dan sebagainya. Jadi, kami pilihlah warna hitam untuk memudahkan kerja pembersihan.
Meja makan pula kami letak di ruang antara pintu dapur dan kabinet.
Bahagian tingkap dapur pula kami guna roman blind, tak guna langsir pun. Kami menggunakan warna kelabu juga untuk blind tersebut. Grill pula kami memilih warna putih dan ada roses di kedua2 bahagian. Nanti ku cerita lebih lanjut pasal grill.
Ok, sampai sini dulu...nanti ku update lagi untuk part 2 pula.
Lawaaaaaaaa!!!Sukeeee!
Tq la, tapi macam simple je la kan...bunga satu pun xde lagi..entah bila la dpt beli..:(
cantik sgt umah kak naza! nice arrangement~
Thank you Nurrul...idea bersama En.suami ni..:)
Cantik rumah...blh sy tau jenis cat & kod colour soft grey kt living hall tu tak?
sis cat dinding wane kelabu tu cod bepe @ nme cat tu kelabu byk jenis.
sis cat dinding wane kelabu tu cod bepe @ nme cat tu kelabu byk jenis.