Baru semalam buat pavlova, hari ni dah buat yg mini la pulak. Bukan apa, sementara buah kiwi dan anggur masih ada lagi dan kebetulan semalam tak puas makan. hihi...Ok, hari ni berserta resipi requested by Puan Dilla.
Kali ni masak pavlova guna oven lama, oven ni guna gas sebab takut bil elektrik melambung...ekeke..Resipi ni mcm biasa dapat dari blog org, tp sayangnya dah tak jumpa la plak bila cari balik. Dah minta izin nak try resipi pavlova dia, pastu tulis lah dlm buku resipiku kemudian dah terclose link blog dia. Kalau tak silap namnya Ana-Ina, mcm tulah lebih kurang. hihi, mintak halal resipi ni ya..:) Nantilah kalau rajin, saya carik2 la balik.
Ok, sila lihat resipi di bawah ni :
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan
Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar
menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Saya gunakan mangkuk kecil saiz lebih kurang 5 inch.
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian
tepi lebih tinggi dari tengah.
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 180' C.
2- Masukkan adunan meringue ke dalam oven dan bakar pada suhu 120'c @ 130'c. (Tukar suhu sebaik adunan dimasukkan). Masak selama 1 jam.
*** Ada yg bakar pada suhu 100'C dgn masa 1 jam 15 minit utk
dapatkan bhg luar yg putih tetapi bhg dalam masih masak. Jadi, ikut mana
yg sesuai ye..
Setelah masak, tutup api.
Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari
oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. (saya guna thinckened cream je)
2- Bila whipping
cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3- Siap, bolehlah letak di atas meringue yg dah siap td dan hias dgn buah2 han.
Mini pavlova yg pertama
Yg kedua
Dapat 3 mini pavlova hari ni dan yg terakhir kecik sikit
Tak perang sangat banding semalam punya sebab guna suhu 100'C selama satu jam 15 minit
Ok ni gmbr dalamnya, putih dan lembut
Hafiz dah abiskan sebiji yg kecik tu, mama dgn kakak makan yg 1st dan yg 2nd utk ayah. Hafiz sgt suka rasanya yg chewy tu. Memang nyammm...
Rasanya resipi ni sesuai utk yang baru ingin mencuba sebab kalau lihat di myresipi guna 8 biji telur putih. Takut pula nak cuba kalau guna byk sgt telur, takut tak jadi pulak..hihi..
Selamat mencuba