Percutian ke Batu Layar

Author: Herman & Naza // Category:


Assalamualaikum w.b.t

Lamanya ku tak update blog, bila hari sekolah memang busy dengan aktiviti harian, hantar, ambik anak sekolah, kemas rumah, masak, layan anak2, memang terkejar2...ku rasa bukan tugas yang mudah. Mungkin orang rasa bestnya duduk rumah tapi ku sendiri pun kadang2 stress menjaga anak 3 orang yang pelbagai ragam. Berapa kali juga ku mohon pada en.suami utk kembali bekerja tapi apakan daya, pelbagai masalah pulak yg mengundang...siapa pula yang nak hantar dan ambil anak sekolah. Dengan sekolah agama, sekolah kebangsaan, sekolah tadika, sedangkan En.suami ada kelas yang perlu diutamakan. Ku kuatkan semangat agar lebih tabah dalam mengharungi kehidupan mendatang dan dalam proses membesarkan anak2... macam mana nak tambah baby lagi ni...aduhai..semoga dipermudahkan hendaknya.

Kembali ke cerita sebenar...hehe.. Ahad lepas kami memulakan percutian ke Batu Layar. Utk ku, ini 1st time pergi Batu Layar, sebelum ni, Tanjung Leman, Desaru, Tanjung Balau ku dah pergi. Menurut kakakku Pantai Batu Layar lebih cantik berbanding pantai yang lain. Bila sampai, ku dapati pantai Batu Layar ni landai, dah jalan jauh ke laut pun air masih paras pinggang, pantainya sangat bersih dah macam kat Pulau..ku memang berpuas hati. 

Sampai je di sana, kaum bapa bertungkus -lumus membakar sate dan ayam utk santapan tengah hari. Mak pula dah sediakan nasi impit, kuah lodeh, dan rendang daging. Sate disponsor oleh kakak, ada 200 cucuk kesemuanya, 100 cucuk sate daging dan 100 cucuk sate ayam, ku pula bawa ayam bbq, dan cupcake, manakala adik pula bawa air dan makanan ringan. Selesai proses membakar, kami makan tengah hari sambil mengambil gambar, kemudian baru mandi. Tapi alhamdulillah cuaca tak berapa terik, ku tak alami sunburn pun...tapi macam biasa kenalah siap2 sapu sunblock cream. 

Selesai mandi, kami menuju ke homestay Beringin di Desaru Utama. Homestay ni ada 4 bilik kesemuanya, so satu keluarga, satu bilik...homestay yangg sangat2 lengkap, banyak tilam extra utk anak saudara yang tidur di luar. Harga pula amat berpatutan. 

Keesokkan harinya, kami singgah ke rumah sepupuku di Sedili Kecil untuk makan tengah hari. Yang bestnya, mestilah ada udang galah sebagai hidangan utama. Terima kasih diucapkan buat kat Ijot sekeluarga. 

Boleh dikatakan percutian keluarga mcm ni sgt best, boleh buat lagi cuma kena fikir tempat lain pula, mungkin ke pulau Tioman atau Pulau Sibu. Percutian keluarga mcm ni, budget pun rendah tu yang suka tu...ehee.. 

Bilala nak update pasal Hafiz ni...dah banyak sangat dia belajar sejak ke Tadika Ihsan UTM. Mengaji pun dah nak kejar kakak... pelbagai doa dah hafal. Mama sangat2 bersyukur...alhamdulillah.. 

Jom layan gambar.





 
 

 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...