Jalan-jalan cari makan

Author: Nazariah // Category:
As-salam ....

Semalam kami sekeluarga merubah selera ke restoran indonesia di Kensington. Nama restoran tersebut adalah "Pondok Buyung ". Sebenarnya, nak dijadikan cerita ternampak Lin sekeluarga ke restoran tersebut di blog Lin. Al-maklumlah, keinginan ibu mengandungla katakan... tak boleh nampak makanan.... lagipun memang kami belum pernah ke mana2 restoran Malaysia atau Indonesia sekitar Sydney lagi...selalu kami hanya ke KFC, Mcd, Nando's, makan pizza, kebab atau burger di restoran pak arab...memang dah tak lalu nak mkn western food lagi...adus, bayangkan setiap mggu cuma ulang makanan yang sama je.....

Ni dia restoran tu

Pandangan dari luar....masih ramai orang datang berkunjung...

Bak kata Lin, kalau ikut suasana dalam restoran memang saling tak tumpah dengan restoran di Malaysia...sekurang2nya dapat juga mengubat rindu makanan dan suasana makan di Malaysia. Dari segi lauk pauk juga banyak menu yang dihidangkan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu...dan pilihan aku adalah nasi putih bersama, nangka masak lemak, ikan sambal, tempe goreng berlada dan telur masin. Manakala suami pula ambil nasi putih, juga bersama nangka masak lemak, daging rendang dan ikan kering. Dari segi rasa pula boleh tahan, macam org Malaysia juga yang masak...oklah...sodapla jugak...

Untuk mama dan Amna...(makan bersuap)

Untuk ayah dan Hafiz

Sebenarnya memang aku bernasib baik sebab semalam ada masak lemak nangka...dah lama aku teringin ni cuma tak terjumpa nangka je...cari kat kedai asia pun takde...alhamdulillah terubat juga semalam... Pastu, baru je kami cerita cara buat cendol semasa dalam kereta dan kebetulan ada juga jual cendol. Yummy....memang sedap sebab betul2 dah lama tak pekena cendol... tapi anak2 yang lebih banyak minum sebab diorang pun tak pernah minum...hihi...kesian kan...seingat aku masa kat Malaysia beli cendol pasar malam je...Amna dapatlah rasa...Hafiz pulak datang sini umur baru sebelas bulan, confirmla tak pernah minum...

Nampak sedap kan...yummy...mmg sedap pun

Air kotak laici untuk Amna n Hafiz...kalau lain2 perisa, berebutla pulak nanti...so, belikan sama, senang cerita...hihi...

Antara lauk pauk yang ada

Bergedil pun ada

Lagi....

Dan lagi....

Kalau di Malaysia, harga sepinggan RM10 mesti kita cakap mahal kan...hihi...kat sini harga sepinggan Aud 10 tu kira boleh tahan murah sebab banyak lauk...oklah kalau compare dengan harga masa kami makan di Gold Coast....mahal dan kurang plak rasanya...



***Lepas ni bolehla pergi lagi...hihi...***






Perkembangan Amna selepas sebulan ke sekolah

Author: Nazariah // Category:

As-salam semua....

Wah...cepat betul masa berlalu...diam tak diam dah sebulan lebih Amna ke sekolah. Pada hari Rabu yang lepas, ibu bapa untuk pelajar kindy dijemput datang ke school utk melihat sendiri anak2 belajar di dalam kelas. Di samping dapat cara melihat cara guru mengajar, kami juga dapat melihat reaksi Amna ketika di kelas.

Meja Amna kat kelas

Amna tulis nombor 2 kat white board

Nampaknya Amna seperti kawan2nya yang lain... dia dah tak takut untuk angkat tangan kalau cikgu suruh tulis nombor atau huruf di white board. Mereka juga akan diajar membaca di "reading room" dan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan......untuk kumpulan Amna ada 4 orang. Kawan2 Amna yang sama dalam satu kumpulan ialah Geisani, Mason dan Fred. Setakat ni Amna belum pandai membaca lagi...memang ambik masa walaupun Amna dah kenal huruf...mama dia pulak yang risau selagi Amna belum pandai membaca.

Amna belajar membaca bersama 3 kawan yang lain

Khusyuk mendengar cikgu mengajar

Setiap hari Amna akan membawa pulang buku untuk dibaca di rumah. Setiap buku diberi masa selama dua hari...masa nilah peranan ibu penting untuk memastikan anak2 membaca buku yg dibawa setiap hari. Takde masalah buat Amna sebab dia memang rajin membaca....yang aku perasan untuk perkataan yang simple Amna memang dah bole baca sambil lihat gambar dan ingat apa yang cikgu ajar di kelas. "Ya Allah...permudahkanlah anakku dalam proses pebelajaran beliau di sekolah...Amin..."

Masa balik dari ambik Amna hari yang sama Amna cakap ada supprise untuk mama...dalam hati ni, ingat dia nak tunjuk lukisan yang dia buat di sekolah. Pastu masa dalam kereta pun Amna masih sebut benda yang sama....sampai je rumah, Amna terus bukak beg dan cakap "mama, supprise"....rupanya Amna pulang bawa award...wah, mama memang teruja sebab Amna dah dapat award walaupun baru sebulan ke sekolah....Walaupun ini award untuk tulisan kemas, tapi secara tak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat Amna untuk belajar bersungguh2 supaya dapat award yang lain pula. Mama dan ayah hadiahkan Amna baju "Dora The Explorer" utk 1st award ni....Kami dah janji dengan Amna, kalau Amna dapat award lagi ada hadiah lain bakal menyusul....

Gambar Amna kat stage masa ambik award...gambar ni dapat dari auntie Mas...tq buat auntie Mas

Nilah award yang Amna dapat...yeahh....:)

Jom tengok beberapa keping lagi gambar Amna yang sempat mama snap semasa lawatan kami ke sekolah pada rabu yang lepas.

Cuba cari kat mana Amna...

Lunch time...masa ni mama bekalkan sausage

Kawan2 yang lain...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...