Puding roti

Author: Nazariah // Category:
Puding roti ni buat utk mkn ptg smlm sebenarnya. Rasanya ramai je yg tahu buat puding roti ni. Ianya sedap dimakan bersama sos kastard. Manis2, lemak...memang sedap. Saya buat dengan kaedah kukus tapi takde kismis pun sebab kehabisan stok, asyik lupa je nak beli.

Resipi simple je tapi sedap...:)

Saya guna roti yang tak habis, tapi dah beli roti baru. Selalunya memang buang je kalau tak habis, tapi kali ni sayang plak nak buang. Buat puding ni lagi baik, anak2 pun suka.



Mini pavlova la pulak..

Author: Nazariah // Category:
Baru semalam buat pavlova, hari ni dah buat yg mini la pulak. Bukan apa, sementara buah kiwi dan anggur masih ada lagi dan kebetulan semalam tak puas makan. hihi...Ok, hari ni berserta resipi requested by Puan Dilla.

Kali ni masak pavlova guna oven lama, oven ni guna gas sebab takut bil elektrik melambung...ekeke..Resipi ni mcm biasa dapat dari blog org, tp sayangnya dah tak jumpa la plak bila cari balik. Dah minta izin nak try resipi pavlova dia, pastu tulis lah dlm buku resipiku kemudian dah terclose link blog dia. Kalau  tak silap namnya Ana-Ina, mcm tulah lebih kurang. hihi, mintak halal resipi ni ya..:) Nantilah kalau rajin, saya carik2 la balik. 

Ok, sila lihat resipi di bawah ni :

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung


Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan 
Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Saya gunakan mangkuk kecil saiz lebih kurang 5 inch.
Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. 

Masa membakar :


1- Panaskan oven pada suhu 180' C.
2- Masukkan adunan meringue ke dalam oven dan bakar pada suhu 120'c @ 130'c. (Tukar suhu sebaik adunan dimasukkan). Masak selama 1 jam.

 *** Ada yg bakar pada suhu 100'C dgn masa 1 jam 15 minit utk dapatkan bhg luar yg putih tetapi bhg dalam masih masak. Jadi, ikut mana yg sesuai ye..

Setelah masak, tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :


1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. (saya guna thinckened cream je)
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Siap, bolehlah letak di atas meringue yg dah siap td dan hias dgn buah2 han.



 
Mini pavlova yg pertama
 Yg kedua

 Dapat 3 mini pavlova hari ni dan yg terakhir kecik sikit

 Tak perang sangat banding semalam punya sebab guna suhu 100'C selama satu jam 15 minit

 Ok ni gmbr dalamnya, putih dan lembut

Hafiz dah abiskan sebiji yg kecik tu, mama dgn kakak makan yg 1st dan yg 2nd utk ayah. Hafiz sgt suka rasanya yg chewy tu. Memang nyammm...

Rasanya resipi ni sesuai utk yang baru ingin mencuba sebab kalau lihat di myresipi guna 8 biji telur putih. Takut pula nak cuba kalau guna byk sgt telur, takut tak jadi pulak..hihi..


Selamat mencuba



Pavlova pulak

Author: Nazariah // Category:
Makan2 untuk hari ni adalah pavlova. Ini pun satu benda yg asik bertangguh je, tak terbuat2 sampai ke hari ni. Minggu lepas beli strawberry ingat nak buat pun tak jadi buat. Pavlova ni buatnya mudah je asalkan dapat pukul telur hingga soft peak dan tak boleh terlebih pukul nanti crack bila dah masak. 

Oven pula kena guna suhu 120-140 deg shj. Kalau suhu tinggi sgt, yg luar dah masak tapi dalam masih belum masak. Rasa pavlova ni boleh tahan sedap seandainya kita kurangkan gula. Kalau resipi 1 cawan gula, boleh je kurangkan jadi 1/2 atau 3/4 cawan. Jadi tak lah manis sangat dan sedap bila makan dgn buah yg banyak kat atasnya. Kesimpulannya, sedap juga pavlova ni tp mcm cepat pulak dah abis. Makan berapa potong, kasi kawan sikit dah habis. Lepas ni kena buat lagi nampaknya. Hihi..

 Ok gambar penuh pavlovaku ini, 3 jenis buah. Lepas ni mungkin boleh guna peach ke..

 Gambar tepi. Menarik kan...ehee..

Ni plak gmbar dalamnya...sedap tau...:p








Tiramisu cake

Author: Nazariah // Category:

As-salam...Dah lama nak buat tiramisu kek tapi asik tak kesampaian je. Tapi hari ni ambik kesempatan juga utk buat kek ni. Aku buat ni sebelum masak tgh hari dan siap je buat, masuk dlm peti ais pukul 1.30 sambung pulak masak. Adeh, penat la sikit...hihi.

Nak buat kek ni boleh je kalau nak guna biskut, tapi utk kali ni guna kek jelah. So, buat kek span biasa je. Rasa tiramisu ni boleh tahan sedap sebab ada rasa coffee dan koko, kemudian ditambah pula dengan rasa cream cheese, pastilah sedap kan. Yang tukang buat pulak memang peminat tegar cheese, erm...mahu asik buat je kek ni nanti lepas2 ni..

Dah 3 entry berturut2 cerita pasal kek je, bukannya apa kami memang tak pergi berjalan bila tengah musim winter macam ni. Lagi pun cuaca tak berapa menentu, kadang2 mendung, sekejap hujan. Jadi memang duduk rumah je sekarang ni. 

Jom layan gambar tiramisu kek ni..:)

 En.suami cakap sedap...hihi

Gambar lepas potong, yang tepi tu coklat buat bentuk pagar...:)

 
Bila potong, koko kat atas tu terikut pisau pulak, nampak comot sikit...haishh..




Selamat Hari Bapa

Author: Nazariah // Category:

Selamat Hari Bapa ditujukan khas buat En.suami, semoga menjadi bapa yang soleh, baik, bertanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Tiada hadiah dari isterimu cuma dapat buatkan kek yang tak seberapa ni. 

Sebenarnya nak buat tiramisu dari kek span ni, tapi sebab kakak demam, ayah pun dah start seram sejuk, Hafiz plak batuk, so tak jadi lah buat tiramisu ( sebab ada nescafe, kena tuang kat kek). Sekarang, nak elak minum nescafe dulu. So, minum teh o je. hihi..

Nilah rupa kek ku yang tak seberapa itu...

Kek span koko dengan fresh cream frosting. Actually, saya belum cukup tools untuk buat kek, semua tools dah beli cuma belum sampai...kalau boleh nak cukupkan segala tools utk buat kek sebelum balik Malaysia sebab mesti harga di Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan di sini. 

 
Tak ambil gambar penuh kek sebab semua org dah tak sabar nak makan. So, tunjuk gambar kek yang dah separuh ni je la..ehee...

 Alat utk ratakan cream pun takde, Tapi ok juga ye rupanya..:p, (perasan...haha)

Rupa tak cantik, tapi rasa boleh tahan, luluslah nak buatkan kek birthday utk anak masa kat Msia nanti, tak payah belilah, mahal...;p



*** kalau dulu suka masak mcm2 nasi, sekarang suka buat macam kuih dan kek pulak. haishh...




Kek coklat kukus

Author: Nazariah // Category:
 Assalamualaikum...
 Actually, ni dah kali ke2 cuba resipi kek coklat ni. Resipi simple, tak banyak guna minyak dan yang penting struktur kek sangat moist, lembut dan gebu. Hafiz sangat suka kek coklat ni dan ini percubaan mengukus guna kuali...haha.


Di rumah ni ada pengukus elektrik sebenarnya tapi sangat comel utk memasukkan loyang 8 inch. Tu yang try guna dapur je...hihi, tapi semestinya kek saya menjadi..wee..like 100x...



Resipi ni dapat dari FB "Jom Masak" dan terima kasih buat JM kerana sudi berkongsi resipi. Kalau nak tengok, type je Jom Masak search kat FB.


Sebenarnya saya sedaya upaya try buat kek kukus pula, kalau boleh rehat dari guna oven dulu, sebab bil eletrik kami naik sebab i rajin sangat buat kek sampai 2~3 kali seminggu...adeh..
Jom tengok resipi ni

- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas

- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas**
- 1cwn air biasa**
- 4sdb ssu tepung (lagi sedap jika ssu tepung coklat)
- 1cwn minyak masak

***optional..(bahan bertanda** blh jugak ditukar dengan susu cair @ susu segar @ susu coklat & blh abaikan ssu tepung)

**masak sume bahan atas api slow hingga larut

- 2 biji telur A
- 1sdt esen vanila

Cara cara
 
- pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen
- masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati
- masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
- tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
- ttup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
- kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
- tunggu sejuk sebelum dituang topping


Bahan2 utk topping

- 100ml susu cair
- 300g choc masakan dicincang
- 2sdb serbuk koko
- 1sdb butter / marjerin

Cara cara
 
- panaskan ssu cair hingga mendidih tepi...ttup api
- masukkan choc masakan & serbuk koko...kacau hingga larut
- masukkan butter...kacau sebati
- boleh tuang atas kek

**utk deco...simpan beberapa jam hingga pekat...blh guna utk deco






Strain baru flu dijangka merebak ke Australia

Author: Nazariah // Category:

Sumber berita : Malaysia kini


Strain baru flu dari hemisfera utara berkemungkinan merebak ke Australia pada musim sejuk ini.
  
Pengarah Pusat Perlindungan Kesihatan di Sydney Dr Jeremy McAnulty berkata strain dikenali H3N2 itu akan menjadi strain dominan menggantikan H1N1 yang muncul pada 2009.
  
Wanita hamil, warga emas dan pesakit kronik harus diberi suntikan vaksin.
  
"Ini mungkin bermakna kumpulan warga emas mungkin lebih terdedah kepada risiko itu pada musim sejuk ini," kata Dr McAnulty dalam satu kenyataan.
  
Beliau turut menasihati ibu bapa agar memastikan anak mereka yang berusiaenam bulan ke atas diberi vaksin mencegah flu.

- Bernama


* Dulu dtg sini tahun 2009,  sibuk dgn H1N1, ni dah nak balik Msia sibuk virus baru pulak...uwaa..pening2..




Apam balik sedap...:)

Author: Nazariah // Category:

Bila duduk di oz ni, lama betul tak makan apam balik. Kalau dulu kat Malaysia beli dua keping pun tak abis. Melayan tekak aku yg puasa Isnin lepas teringin sgt nak makan apam balik, so aku pun cuba resipi ni.

Tak susah pun sebenarnya, ada bahan nak buat, jadilah dia kan...hihi..

Sumber : Dari blog Almari Resipi
Hasil : 6 keping

Bahan2
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2: Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1 jam.

Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn

* resepi Creamcorn

Bahan2:

1 tin sweetcorn
1/2 cawan freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard

Cara2: Campurkan semua bahan dlm sauce pan & masak sambil pecah2kan jagung tu.

Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. (sesenduk dah cukup). Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat.

Maka, inilah hasilnya..:)

Ambik gambar yg belum dipotong je sebab masa memang dah suntuk nak buka puasa, sekali tgk jam...dah satu minit masuk waktu berbuka.


Malam tu, aku berbuka apam balik je, memang tak sentuh nasi sebab dah kekenyangan. Bila dah potong, dah malas nak ambik gambar lagi sekali untuk tunjuk inti dalam plak...haishh...

Kesimpulan yg dapat dibuat, apam balik buat sendiri memang sgt sedap, manis, kacang dan jagung byk...memang sgt2 nyummm...en.suami ckp, kalau berniaga rugi ni sbb byk sgt inti...lor, mcm tu pulak...haha...Apapun, berbanyak terima kasih buat tuan punya resipi...:)

Selamat Mencuba




Baru...yeahh

Author: Nazariah // Category:

Baru pagi tadi laptop baruku sampai. Sebelum ni aku pakai Compaq Presario CQ40. Yang baru upgrade sikit je ke Compaq Presario CQ60. Yang lama guna AMD processor dan yang baru Intel Dual Core processor. Harap kali ni dapat pakai lebih lama lagi.

Mula2 aku servey laptop Asus sama brand dgn laptop Hafiz, screen agak besar juga 15.4". Tapi en.suami dah terbelikan yang ini. Ingatkan sama dgn laptop yg lama rupanya tidak. So, aku terima dgn hati yg terbuka.


Ni gambar laptop yang lama, screen 14"

 Image dari google


Ni pula yang baru, screen 15.6". Besarkan, hihi...I like...

Juga image dari pakcik google...hihi..


Apapun, terima kasih banyak2, sekali lagi buat en.suami kerana sudi belikan yang baru. Dan sesungguhnya saya sgt2 suka...:)



***Hadiah sempena 8th anniversary...29th May 2012...:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...