Salam Aidiladha 2012 / 1433H

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum,

Walaupun esok adalah hari raya tapi tiada persiapan apa2 pun bagi kami di sini. Mungkin esok ku cuma buat nasi ayam je, buat pertama kalinya raya tak makan ketupat dan rendang SIGH. En.suami kata takpe, tak payah masak, ku pun ok je.

 

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat ibu, ibu dan bapa mertua, keluarga dan saudara-mara di Malaysia, Ila sekeluarga di Melbourne, rakan dan sahabat handai baik di Malaysia mahupun di Sydney Australia. Keluarga di Malaysia, makan ketupat tu ingat-ingatlah kami di sini...;)


-Herman, Naza, Amna, Hafiz, Aisya-


Berkat hari raya esok,









Last Shopping

Author: Nazariah // Category:
As-Salam, 

Lama rasanya tak update blog, kebetulan Amna tak sihat sejak Jumaat lepas so mood mamanya pun dah ke laut. Kesian Amna kena demam selsema mungkin sebab cuaca tak menentu kebelakangan ini. Jumaat lepas, Amna ke Taronga Zoo ada lawatan bersama rakan-rakan sekolah. Balik dari zoo, muka dah merah padam mungkin sebab kepanasan. Sabtu pula dah start sejuk dan hujan, terus kena demam dan selsema hingga susah nak bernafas guna hidung sebab hidung tersumbat. Tapi alhamdulillah hari ni dah beransur pulih, InsyaAllah esok bolehlah ke sekolah. 

Sebut pasal last shopping, hari ni kami memborong barang nak bawa pulang ke Malaysia. Itu pun nasib baik Ila bagi email promosi, thanks la.  Kalau tak, tak tahu pun ada promosi, entah kenapa semenjak dua menjak ni dah tak dapat email dari World Kitchen, pelik betul. Dah lah hari ni merupakan hari terakhir utuk October Sale, nasib baik sempat, hehe.. betul- betul last minute ni.

Tahun lepas sempatlah beli 4 set corelle. Tahun ni tak dapatlah nak tunggu Boxing Day, kebetulan ada sale untuk Corning 40%. So, tahun ni berhabis untuk corning ware ler pulak. Hari ni sempatlah merembat 2.3l dan 3.8l oval casserole,  1.4l dan 2.3l round casserole. Yang 2.3l round ni best sangat sebab 60% offer, tapi takde kotaklah. Di rumah, ku dah siap senaraikan apa yang nak dibeli. Ingat nak beli yang 5 pcs terus siap dengan serving cradle tapi set yang ni takde offer lah pulak. Nasib baiklah yang 2.3l tu 60% promosi, aud18 je tuh, murah kan, so taklah lari budget yg ku buat kat rumah. Hehe..

Lain2, just beli Pyrex 2 set yang ini pun takde 30% promosi tu. Urghh, geram tau semua yang ku dah senaraikan kat rumah takde promosi pulak. Nasib baiklah en.suami cakap kalau lebih sikit dia boleh tambah. Yeahh, so takdelah susah-susah nak tukar dan kira-kira kat situ yang mana sesuai dengan budget kan. 

Last sekali, ku beli Corelle living ware just completekan set je. Sebenarnya set bulat utk 16 pcs tu takde Luncheon plate, ku rasa macam tak best pulak. So, ku tambah 2 luncheon plate dan 2 dinner plate untuk 2 set bulat yang ku beli tahun lepas. Masa kat rumah ingat nak beli 4 luncheon plate untuk setiap set sebab dinner plate memang dah ada 4, tapi bila tengok rupanya luncheon plate ni taklah besar sangat so beli 2 jelah, tu yang dinner plate tambah lagi 2 tu. 

Ikutkan hati teringin nak beli Corning Ware Classic Shadow Iris,  bolehlah sama dengan set petak. Tapi dah 40% offer pun still rasa tak mampu. Huh, mahal benor le, 2 pcs 1.5l dengan 3l pun dah aud100, tu harga offer tuh. Kalau tak offer, hehe...boleh tengok-tengok dan cuci mata je lah. Memang tak sampai ke situlah budget yang ada, so yang mampu French white je lah. Itu pun en.suami cakap sila bersyukur ye, hehe...ye baik tuan..syukur alhamdulillah dapat juga apa yang diidam...:)

Ok, nilah hasil jalaan hari ini, yg 2.3l round takde kotak tu kenalah pandai2 wrap sendiri, yang penting berbaloi dengan harganya...hee..:D

Sebut pasal budget, sila jangan ingat kami banyak duit ye...hehe, dah kerana minat terhadap barang-barang ni dan kebetulan di OZ ni murah sikit, ku korbankanlah sedikit duit simpanan. Dan seperti tahun lepas, separuh dari harga semua ini disponsor oleh en.suami. Yeahh, tq lah abang kerana memahami, ngeh3, bukan selalu pun nak shopping macam ni, 2 kali je sepanjang menetap di Sydney. Barang- barang tu dah siap masuk kotak pun. Tinggal balance 8 kotak sahaja lagi untuk diisi, janganlah sampai tak cukup kotak hendaknya.









Bertambah lagi...:)

Author: Nazariah // Category:
As-Salam, 

Entry kali ni dua dalam satu sebenarnya.. hihi...benda yang ditunggu telah tiba, apakah itu...ehee, carton sebenarnya. Ye, memang dah tak sabar nak packing barang-barang ni. Rasanya sejak semalam, alhamdulillah ada je berita baik yg daku terima selain birthdayku jua semalam 111012. Walaupun ada sedikit kekalutan yang berlaku semalam tapi kekalutan tu dah tertutup dgn berita gembira itu, ditambah pula dgn carton yang sampai hari ni.

Ni dia carton dan bubble pack

Yeah, dah boleh start kemas2, jual apa yang patut, buang apa yg tak nak, packing mana yang perlu. Ye, memang really excited rupanya nak balik for good kan..walaupun baliknya bulan December nanti tapi tempiasnya dah mula terasa. 

Semoga En.suami dapat melalui hari2 terakhir sebagai PHD student ni dgn tenang hendaknya. Itulah doa yang sentiasa mengiringi En.suami selama ini. 

Semalam genaplah umurku 31 tahun, Alhamdulillah bertambah lagi usia, bersyukur sgt masih dapat bernafas di bumi Allah ni, tapi apalah yang ada pada angka kan..(ececeh, ayat penyedap hati)...Semoga Allah memanjangkan lagi usiaku untuk membesarkan anak2, diberi kesihatan yang baik supaya dapat memperbanyak lagi ibadat, tidak terlalu mementingkan dunia, menjadi isteri dan ibu yang solehah. Yg penting, ku memang tak sabar nak melalui kehidupan baru di Malaysia nanti. Duduk tanah air sendiri mana nak sama duduk di tempat orang kan. Semoga semua impianku tercapai hendaknya...Amin..

Simple kek je utk birthdayku. tak sempat dah nak hias, nak hantar rumah kawan dah pukul 9 malam, ambik gambar pun guna handphone je....uhuu..
 

Ni gambar kek after potong, nampak macam kering ke? ehee...tak kering pun sebenarnya, tapi ni coklat moist guna kaedah bakar bukan kukus. Tapi bakar dalam suhu rendah, 150 deg je, hasilnya..best, dah buat 2 kali guna resipi ni. Resipi yg kukus tu en.suami kurang gemar pulak sebab keknya padat dan melekat sgt kat tekak..hihi..yang resipi ni memang anak pun suka, dah habis pun keknya. Tak guna coklat ganache pun, just guna koko,susu segar, sedikit susu pekat manis dan minyak sebagai topping. Tapi terasa kelainan banding guna coklat ganache. Macam sedap yang ni pula sebab tak manis sangat dan ada rasa pahit2 koko...sukalah, sedap.






Carrot cupcake with cream cheese frosting

Author: Nazariah // Category:
As-salam,


Bila dah hampir 3-4 minggu  tak membaking, ku mula rasa tak keruan...hihi..tekak teringin, hati pun teringin, macam- macam idea nak buat kek itu dan ini. Tapi sape pulak yang nak makan banyak2 kan. So, ku cuba semula buat carrot cake cuma kali ni versi cupcake sebab anak2 asyik mintak cupcake je.

 Ok nilah hasilnya, dapat dalam 22 biji juga rasanya.


Resipi kali ni, ku ambil dari Jom Masak juga. Sedap, menajadi, gebu je dan langsung tak berminyak sebab cuma guna secawan minyak je. En. suami pun cakap sedap. Yeahh, boleh simpan resipi ni. Siapa2 yang belum jumpa resipi kek carrot yang sedap, bolehlah cuba resipi ni, gerenti puas hati. Senang pun senang, main kacau-kacau je. 

Utk cream cheese frosting tu ku main buat ikut red velvet punya resipi. Just letak butter sikit, cream cheese 100g, gula icing ikut manis yang dikehendaki dan thick cream. Putar je hingga sebati. Untuk penyediaan kek, sila lihat caranya di bawah.

Bahan-bahan

- 2cwn gandum ayak bersama
- 1sdt baking powder

- 1/2sdt soda bikarbonat
- 1sdt serbuk kayu manis

- 3biji telur A

- 1sdt esen vanila
- 1cwn gula kastor
- pewarna kuning kalo suka

- 200g carrot parut kasar...1/2 sy perah air

- 1/2cwn ssu cair
- 2sdb ssu pekat
- 1/2cwn walnut cincang...(sangan walnut dlm pan...cincang)
- 1cwn minyak masak


Cara cara

1) Dalam mangkuk...masukkan telur, esen, pewarna kuning, gula, susu cair  dan susu pekat....guna whisk...godek hingga berbuih kembang

2) Masukkan minyak masak, carrot, walnut...kacau sebati  

3) Masukkan tepung yg diayak...kacau sebati...tuang dlm loyang yg dah digriss & dilapik kertas
4) Bakar dlm oven yg dah dipanaskan pada suhu 170 deg selama 40min atau hingga masak...api atas bawah


Di atas ni cara kalau buat kek sebuku, kalau buat cupcake takde beza pun, cuma masuk dlm cup je. Ok, Selamat Mencuba
 
 
 
 
 
 

Dalam ingatan cuti2 New Zealand Day 4

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update blog sebab kami berkurung je dalam rumah kerana anak2 batuk dan selsema tapi alhamdulillah sekarang dah beransur pulih. Tak tahu nak update apa, nak masuk resipi pun tuan punya badan tengah dalam mood berdiet, so no more kek dan makanan-makanan sedap. Kakak Amna pulak tengah cuti sekolah 2 minggu dan akan kemballi ke sekolah Isnin depan, so takdelah cerita di sekolah. Bila tak tahu nak update apa, mulalah teringat yg daku belum cerita trip ke New Zealand untuk day 4 dan day 5. 

Jadi entry kali ni, ku nak cerita lagi pasal New Zealand walaupun dah hampir 5 bulan berlalu, boring2 boleh baca semula kat blog kan sebab entah dapat ke tidak nak jejakkan kaki ke sana lagi. Kami sekeluarga sampai di Dunedin pada pukul 6.00 petang waktu New Zealand, tapi 6 ptg tu dah gelap sama je macam OZ. 

Kali ni kami sekeluarga menginap di motel, motel ni antara yang terbest dan tercantik juga. Macam biasa ada satu bilik, ruang tamu lengkap dgn tv, heater, katil double decker untuk kakak Amna dan abang Hafiz, katil Queen size serta dilengkapi dengan dapur untuk memasak. Malam tu, ku masak labu masak lemak kuning dan telur dadar sahaja.  Keesokkan harinya kami bersiap untuk berjalan2 sekitar bandar Dunedin pula. Kelebihan di bandar Dunedin ini adalah senireka bangunannya yang menarik dan cantik. Pagi tu, ku buat sarapan laksa. Kami keluar dari motel pada pukul 9 pagi.

Gambar di luar motel sebelum bertolak.

Jom layan gambar di sekitar bandar Dunedin dulu. 

 Antara bangunan yang unik di bandar Dunedin

 Masa jalan2 di bandar Dunedin, ayah, kakak Amna dan Aisya

 Lagi bangunan unik

 Ayah, Hafiz dan Aisya

 Mama, kakak dan Aisya

 Lagi ku 4 beranak

 
 Ni pun cantik juga

 Masa singgah toilet...hihi, no worries, toilet di NZ bersih je walaupun dari luar nampak seperti toilet lama

Lepas pusing Dunedin, kami bertolak ke Wanaka pula. Pendapat dari kawan-kawan kami yang sudah pergi ke New Zealand,Wanaka merupakan antara tempat tercantik di sana. Amat sayang kalau tak ke sana. Perjalanan ke Dunedin memakan masa lebih kurang 5 jam juga termasuk rehat. Tengah hari tu, kami singgah sebentar di park untuk makan tengah hari. Selain makan, sempat juga kami melayan anak2 bermain.Kemudian kami singgah di tepi sungai yang cantik untuk ambil gambar.

Sepanjang perjalanan, Gunung ganang dan bukit bukau

Hafiz ketika di Park

 Kakak Amna pula

 
 Kami lalu jambatan kat sana tu sebelum turun ambil gambar

 
Anak-anak seronok main batu 

 Sempat berhenti sekejap, snap gambar ni...sangatlah cantiknya

Sampai di Wanaka dalam pukul 5 petang tapi kami ke hotel dulu untuk berehat dan kemudian keluar semula untuk mengambil gambar sunset di sana.

Malam tu ku masak sayur kobis dengan udang dan sambal tumis sahaja. Nanti, akan ku ceritakan day 5 pula ye.

 Di Wanaka, macam kat tepi pantai kan...ombak pun kuat..sebenarnya tasik je.

 Ayah dan anak2...sejuk sangat masa ni.

 Abang Hafiz

 Pemandangan di waktu senja, tak nampak pun sunset..ehm..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...