Ucapan Selamat Ulang Tahun Buat Abang

Author: Nazariah // Category:

Hari ini bertarikh 25 Februari 2011 bersamaan dengan 22 Rabiul Awal 1432 hijrah merupakan hari ulang tahun kelahiran suamiku tercinta yang ke 33. Erm, nampaknya bertambahlah lagi usiamu abang....:)



Kepada suamiku tersayang En. Herman...selamat ulang tahun yang ke 33, semoga di panjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga melimpah -ruah idea2 untuk terus berjuang di dalam menamatkan PHD mu...Tidak mudah putus asa dalam mencapai impianmu ....diberi rahmat dan kebahagiaan dalam kehidupan dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak...
Moga-moga kasih sayang kita tetap akan utuh sehingga ke hujung nyawa.......dan moga-moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga. Amin....

Sekuntum bunga rose untuk abg...hihi...kasi gambar je lah ek...hadiah pun tak dapat nak bagi selama menjadi surirumah sepenuh masa ni...kena tggu kerja bila balik Malaysia nanti...esok saya belanja makan ae...


Perkembangan Hafiz di usia 2 tahun 6 bulan

Author: Nazariah // Category:
As-salam semua....

Tak pernah update perkembangan Hafiz kan...dah besar dah anak bujang mama sorang ni. Dah petah berkata2...suka sangat...Actually Hafiz dah pandai cakap dan buat ayat pada usia 2 tahun genap. Sebelum tu cuma pandai ckp sepatah2 je perkataan. Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan ni mmg banyak sangat peningkatan dan Hafiz cakap memang tak pelat langsung. Perkataan yang dia sebut tak berapa betul dia dah pandai betulkan. Contoh kalau sebelum ni Hafiz sebut "hengok" sek dah sebut "tengok".


Contoh2 lain
andai = pandai
akan = makan
andi = mandi
tiduk = duduk

Yang tak tahan dia sebut aming = aiskim... r msh tertinggal tapi oklah dah dengarla sebutannya

Perkataan2 yang macam ni sume Hafiz dah betulkan. Sekarang ni Hafiz dah banyak tanya menggunakan perkatan "apa" dan "siapa".....cthnya :


mama tengah buat apa?
mama tengah masak apa?
mama ni lagu siapa?
mama ni apa?

Kalau tengok flash card, mama tunjuk cth cincin, Hafiz akan sebut ring, roda= wheel, bulan = moon, matahari = sun, hujan = rain, bunga = flower dan banyak lagi gambar lain dan hampir 90% hafiz jawab betul... kalau mengira pulak Hafiz pandai one to twelve, after twelve dia lompat pegi fourteen...sixteen, eighteen...terus twenty..pandai je dia nak cepat. Kalau colour pulak dah pandai juga...colour dalam petak je tak terkeluar... kalau lukis pun dah bolehla cuma tak paham dia lukis apa tapi jadilah bentuk,takla jadi macam2 conteng2 je....ada bakat melukis juga sama macam kakak Amna...hihi...

Dari segi minat, Hafiz suka tgk movie Ben10, Ninja Turtle, Dora dan Thomas. Hafiz pun minat Roary The racing car yg kat TV tu. Setakat ni nampak Hafiz paling minat Ben10...sampai nak baju Ben10, pakai jam Ben10, nak rambut macam Ben10 sampaikan kalau kita tanya siapa hensem, Hafiz akan jawab Ben10...hikhik...lawak je...Kalau pakai baju Ben10 pulak sampai tak nak pakai baju lain...mama dia dok tukang basuh jek...ayah pulak kena beli lagi beberapa helai baju Ben10...tapi sayang juga sebab baju baru buat gi jalan patutnya...ni kat umah pun nak pakai baju baru...ai...Hafiz2...sabar je la....

Kat bawah ni ada video Hafiz nyanyi lagu Dora The Explorer....kalau dulu masa Amna kecik suka nyanyi lagu Barney. Tp Hafiz lebih terdedah pada citer Dora, jadi dia bole nyanyi lagu Dora...cuma lagu dlm bahasa Inggeris memang belum tepat lagi sebutannya...tapi untuk nenek, mak usu, makngah atau maktok yang jarang dengar Hafiz cakap n nyanyi bolehlah dengar lagu ni...hihi...layanzzz....

Maulidur Rasul 1432H

Author: Nazariah // Category:
Hari ini, 12 Rabiul Awal 1432H merupakan hari Maulidur Rasul. Marilah sama2 kita imbas sejenak maksud di sebalik Maulidur Rasul dan kelebihan apabila kita menyambutnya. Masa nilah teringat bila kat Malaysia, ada perarakan ke masjid, dengar ceramah agama, seronok dan aku akan cuba menghadirkan diri jika ianya disambut di masjid Felda Pasir Raja setiap tahun... suka sangat masa tu bila dpt sambut Maulidur Rasul... :)





Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Hari pertama Amna di sekolah

Author: Nazariah // Category:

Salam n hello all,

Khamis lepas, 3 Feb 2011 merupakan hari pertama Amna ke school. Amna memang bersemangat nak ke school, bangun awal pagi ingatkan pegi school pukul 9.20 pagi mcm kawan2 yg lain tapi untuk hari pertama budak kindy kena berkumpul di dewan pada pukul 10.00 pagi. Jadi, kami bertolak dari rumah pukul 9.45 pagi.

Sempat bergambar sebelum masuk kereta

Hafiz pun nak tumpang bergambar sama dengan kakak

Sampai je school, duduk2 sekejap sambil tunggu teacher masuk ke dewan. Sempat juga principal bagi ucapan... kemudian sessi pembahagian kelas bermula dan Amna ditempatkan di kelas Mrs Massiness. Amna dah tak takut dgn teacher sebab Selasa lepas, Amna dah kena interview selama sejam dgn Mrs. Massiness.

Sempat duduk2 dulu sebelum masuk hall

Hafiz pun semangat juga, siap bawak beg lagi...

Principal bagi ucapan ringkas

Suasana dalam hall

Masa tu, Amna ditanya pasal huruf, number, tulis nama sendiri, disuruh mengira, menyebut warna dan pelbagai ujian lain.... Masa ni teacher ckp Amna work hard utk jawab semua soalan yg teacher tanya n teacher puji Amna is great... dan aku percaya Amna dapat jawab semua soalan dengan baik sebab Amna dah kenal semua huruf dan dapat mengira hingga one hundred..(suruh kira bahasa Melayu, sampai tujuh je...) huhu...kesiannya. Mama dia pun asyik ajar in english sampai lupa nak ajar in Malay..takpelah, budak cepat belajar n hopefully Amna cepat catchup masa belajar kat Malaysia nanti.

Sambung balik cerita...hihi....selepas kelas dibahagikan, Amna ikut teacher masuk ke kelas, masa ni sempat lambai Amna sebelum ayah n mama balik. Hari pertama memang Amna tak nangis, walaupun mama nampak mata Amna berair masa kat Hall...


Amna duduk bersama Aiman, (anak Sarah)...sambil menunggu nama disebut

Amna yang nampak cool...

Mama harap Amna cepat dapat kawan lepas ni...tak malu2 untuk menegur kawan yang lain. Mama nampak Amna lebih mudah merapatkan diri dengan teacher berbanding dengan kawan tak tahu kenapa.... mungkin juga kelas Amna lebih ramai budak lelaki berbanding perempuan. Satu kelas cuma belas2 je murid...sikit sangat berbanding kat Malaysia. Ini kerana, sekolah di sini banyak dan dekat2 je dari satu sekolah ke sekolah yang lain.

Antara rakan sekelas Amna

Amna menuju ke kelas bersama Mrs. Massiness

Amna sempat melambai tangan sebelum masuk ke kelas...

Untuk hari pertama, Mama bawakkan Amna sandwich tuna, buah orange, juice & plain water. Balik rumah, mama check lunch box Amna cuma tinggal sandwich 2 keping...Amna makan 2 keping je. Buah orange habis...plain water n juice pun habis...tak sangka Amna berjaya habiskan plain water...hihi...mungkin sebab cuaca panas...kena banyak minum air...





***Pasni akan cuba update perkembangan Amna selepas bersekolah***




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...