Happy Birthday buat suami

Author: Herman & Naza // Category:

Salam,

2 hari lepas 25hb Februari merupakan hari lahir en. suami. Tiada majlis potong kek tapi kami sekeluarga keluar makan malam steamboat di Johnny's restaurant kat Aeon Taman Universiti. Last makan kat sini sebelum ke Aussie dulu. Sebelum makan mama sempat carikkan hadiah birthday untuk ayah, kebetulan nenek ada sekali memang rezeki ayah dapat double present tahun ni...hihi...


Semoga tahun ni lebih banyak rezeki utk suami tersayang dan keluarga kita. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja, dapat mencapai apa jua yang telah dirancang dan semoga segala2nya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT hendaknya...Amin.


 Kakak Amna yg moody tak nak bergambar..huhu..

Mama dan Aisya






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...