Nombor 2

Author: Nazariah // Category:


Dulu sebelum balik Malaysia, perkara yang ku takutkan bila anak susah nak bawak pelajaran kat sini...terutama sekolah agaama. Masa tu Amna cuma tahu basic huruf jawi je.. belum tahu sambungkan huruf, apatah lagi nak membaca dalam jawi. 

2 minggu lepas Amna ada ujian setara Ogos dan minggu lepas cikgu ada bagi semula kertas2 soalan yg dah bertanda. Alhamdulillah, markah boleh dibanggakan. 2 subjek Akhlak dan Sirah Amna dapat 44/50. 

Utk subjek lain, masih boleh dibaiki..bahasa Arab 38/50..dan ada 3 lagi subjek yg masing2 34, 36 dan 38 markah. Hari ni, masuk je kereta masa jemput dari sekolah tadi, mama tanya kakak dapat nombor berapa, dan tak sangka Amna dapat no. 2 dari 39 orang murid...syukur alhamdulillah...Amna cakap macam ni : "kakak dapat no 2, tapi cikgu cakap kakak x baca kitab, pastu takde orang dapat no 1 mama."

Setelah diselidiki rupanya Amna tak dapat no 1 sebab dia masih di kelas ke2, maksudnya percent markah tak mencapai 80%. Kalau dapat 80% baru dapat kelas pertama. Takpelah kakak, kakak memang baca kitab last minute pun...esok nak peksa, hari ni baru dapat jadual. Tapi mama betul2 bersyukur, tak sangka dan teruja. 

Masa ujian setara April, Amna dapat no 13, periksa setgh tahun naik no6, ujian setara Ogos naik no2..walaupun masih tak mencapai target cikgu utk mendapat kelas pertama aku dah rasa cukup baik utk anakku yg baru je belajar jawi 8 bulan. Bukan senang nak dapat percent 80% kan...Ini pun dah syukur. Lepas ni, kakak study betul2 dapatkan kelas pertama tu okay..nanti ayah dengan mama bagi hadiah. 

Perkara paling penting Amna dah pandai baca jawi lepas berapa bulan sahaja masuk sekolah..sekarang, mama dah tak risau lagi. Syukur Alhamdulillah. Untuk sekolah kebangsaan pula, nampak Amna dapat bawak tanpa masalah cuma sekrg sek. keb takde exam, so susah nak tahu sampai mana pencapaian Amna. Yg ku boleh buat cuma memastikan kerja rumah yang cikgu beri dapat disiapkan dgn jawapan yang betul. 

Harap kakak belajar pandai2 utk jadi doktor ok.. (Wah...harapan dari seorang ibu ni)...:)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...