Resipi Tomyam Campur

Author: Nazariah // Category:
Rasanya dah banyak kali masak tomyam campur ni. Tapi asyik tak berkesempatan je nak masukkan dalam blog. Untuk sesiapa yang belum mencuba tomyam campur, bolehlah cuba resipi ni yer. Sangat mudah dan sedap.


Inilah rupa tomyam campur setelah siap dihidang. Tapi nampak kurang menyerlah plak ayam dan daging tu tenggelam dek kuah yang banyak. Kira halal je lah...


Bahan-bahan

Ayam dipotong kecil2
Daging

Udang
1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

1 paket rempah tomyam / 3 kiub tomyam

1 inci halia

2 batang serai diketuk
2 sudu perahan lemon / limau kasturi
1 biji buah tomato

1 biji lobak merah

bunga kobis/ bunga jagung


Cara-cara penyediaan


Rebus ayam dan daging sehingga mendidih. Kemudian masukkan rempah @ kiub tomyam.

Masukkan bahan lain iaitu halia, bawang putih dan serai yang diketuk.
Setelah itu, masukkan lobak merah, bunga kobis @ bunga jagung.

Kemudian boleh masukkan bawang merah dan udang. Selepas itu masukkan perahan lemon @ limau kasturi (kat M'sia sy guna limau) dan buah tomato.

Apabila bawang sedikit layu dan udang telah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.


Inilah rempah tomyam yang saya gunakan untuk masak tomyam di Australia ni. Product of Thailand tapi ada logo halal di belakangnya.


Logo halal di belakang paket tomyam


Selain itu, kuah tomyam ini juga boleh divariasikan dengan menjadikannya bihun tomyam. Sesuai dijadikan hidangan makan petang.



Lesen memandu di Sydney/ NSW

Author: Herman // Category:
Lesen memandu Malaysia boleh diterima pakai di NSW. Namun, anda perlu mendapatkan terjemahan lesen ke dalam bahasa Inggeris yang disahkan oleh Pegawai Atase MSD (Konsulat Malaysia). Anda perlu berurusan dengan pihak MSD dengan mengemukakan salinan passport dan lesen kepada Pegawai Atase MSD, Ustaz Zuhir, dengan bayaran AUD5 sahaja. Anda boleh berbuat demikian dengan mengisi borang ini: Borang Alih Bahasa Lesen Memandu Malaysia. Lampirkan bersama:

1. Scanned passport

2. Scanned lesen (depan/ belakang) dan slip pembaharuan jika ada

3. Scanned Kad Pelajar (jika anda pelajar)

Jika anda telah mendaftar dengan Kelab MYPSA (http://mypsa.org.au), anda dikecualikan daripada bayaran yuran proses AUD5.

Hantarkan borang melalui presiden MYPSA (semasa: En Ibrahim Taib, ia_taib@yahoo.com), dan beliau akan forward permohonan kepada Ustaz Zuhir (pegawai konsulat).


Terima kasih. (Sebahagian maklumat dipetik dari website MYPSA).

Resipi kebab

Author: Nazariah // Category:

Inilah gambar kebab yg da siap. Terlupa nak beli salad sbb ni gmbr masa 1st time buat.

Sejak akhir-akhir ni rasanya banyak kali jugalah buat kebab ni. Tak sangka rupanya buat kebab ni taklah sesusah mana dan boleh dicuba di rumah. Tapi harganya menjangkau AUD 8 kalau kat sini. So, untuk sesiapa yang suka makan kebab bolehlah cuba resipi ni yer...


Bahan-bahan untuk perap
Daging dihiris nipis (Kalau boleh daging batang pinang)
Sos tiram
Lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan

Bahan tumis
2 sudu minyak masak
2 biji bawang putih dicicang
Sebiji bawang merah
Sos cili
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan Hiasan
Tomato dihiris nipis
Salad
Mayonis

Cara-cara penyediaan

Perap daging yang dihiris nipis dengan bahan perapan iaitu sos tiram, lada hitam, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. peraplah dalam 1 ~2 jam. Lagi lama lagi sedap.


Panaskan sedikit miyak dalam kuali. Jangan banyak ye. Dalam sesudu jerk. Masukkan daging hingga daging kering. Masa ni, banyak air daging akan keluar dan masak daging hingga betul2 kering. Proses ni boleh dianggap sebagai proses memanggang.

Bila daging dah kering dan telah empuk. Bolehla diangkat dahulu.

Panaskan minyak lagi dalam kuali yang sama. (pun dalam sesudu je). Masukkan bawang putih.
masukkan bawang dan kemudian masukkan daging. (Untuk sesiapa yang suka bawang mentah bolehlah masukkan last sekali yer. )

Kemudian masukkan sos cili, sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Masak dalam 4~5 minit sahaja.

Sediakan roti kebab. Gulung dan masukkan bahan hias beserta mayonis berselang seli dengan daging yang siap dimasak. Setelah siap, letakkan mayonis lagi di bahagian atas kebab sebagai hiasan.

Sedia untuk dihidang.

Panduan beli kereta terpakai di Sydney

Author: Herman // Category:
Pembelian kereta boleh dikatakan menjadi keperluan bila anda belajar di Australia khususnya bagi yang sudah berkeluarga. Ia diperlukan sebagai pengangkutan untuk ke universiti kerana pelajar luar negara tidak mendapat diskaun (consession) untuk menggunakan perkhidmatan bas atau keretapi. Tambang bas adalah terlalu mahal, sebagai contoh untuk perjalanan 2~5 station (lbh kurang 5~15km) perlu bayar AUD3.20 untuk satu perlananan, meant AUD7.40 untuk pergi balik. Maka duit elaun biasiswa anda akan habis untuk sewa rumah dan tambang sahaja (so, takde lar makan). Selain itu, kereta diperlukan untuk pergi membeli barang2 keperluan harian dan bersiar-siar sekali-sekala (takkan nak study jer..kena riadah juga).

Jadi, sebagai alternatif perlulah beli kereta terpakai. Kereta terpakai dijual dengan harga yang agak berpatutan di sini dan boleh dibeli tunai. Harga kereta sekitar 8~15thn adalah sekitar AUD2500~4000. Proses pembelian kereta terpakai adalah amat mudah. Anda hanya perlu berurusan dengan penjual dengan mengisi borang pertukaran nama dan menjelaskan bayaran kepada penjual. Selepas itu anda perlu pergi ke pejabat RTA (JPJ jika di Malaysia) dan menyerahkan borang pertukaran nama tersebut dan membuat bayaran dalam tempoh 14 hari. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada umur dan kapasiti kereta yang dibeli. Sebagai contoh, kereta saya yang berkapasiti 3.0 dan berumur 9 tahun dikenakan bayaran AUD150 untuk urusan di RTA.

Ada 2 cara mudah untuk mendapatkan kereta terpakai. Cara pertama dengan survey sendiri di kedai2 kereta berdekatan dan jika berminat boleh beli. Tempat yang di cadangkan ialah sepanjang "Parramatta Road" kerana di situ memang banyak kedai2 kereta baru dan terpakai. Cara yang lebih mudah ialah dengan survey dulu di website2 seperti di bawah dan pergi kedai tersebut.
http://cars.ozfreeonline.com
http://www.drive.com.au
http://www.carsales.com.au
http://www.carsguide.com.au

Harga minyak di sini dijual pada harga yang berbeza2 setiap stesen mengikut harga pasaran (tak seperti di Malaysia, harga minyak adalah tetap). Harga minyak berlegar dalam lingkungan AUD1.00~1.30 seliter.

TIPS: 1. Pastikan keadaan enjin, tayar dan transmisi dalam keadaan baik kerana upah membaiki kereta disini terlalu mahal. Anda boleh test drive dulu sebelum membeli kereta. Pada kebiasaan kereta perlu diservis 6 bulan sekali (Malaysia 3 bulan sekali)
2. Pastikan REGO (roadtax jika di Malaysia) masih ada seelok2nya setahun atau paling tidak 6 bulan. Kos untuk REGO adalah lebih kurang AUD700~800 setahun.
Kereta saya, Mitsubishi Magna 3.0 Auto tahun 2000 yang berharga AUD3500

Patung untuk Amna dan truck untuk Hafiz

Author: Nazariah // Category: ,
Boring plak rasa sekarang ni. Tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv pun bukan ada citer best pun yang boleh ditonton. Kalau ada pun pukul 9.00 mlm nnt. Nak tempek resipi, asik resipi je plak.

So, eloklah kalau saya citer pasal Amna dan Hafiz. Sebenarnya dah lama Amna mintak patung cat. Sebelum ni dah ada pun kat Malaysia tapi oleh kerana beg kami yang dah penuh masa tu so, tak dapatla bwk. Sampai sini dia mintak plak. Kebetulan ada plak kat dalam katalog K-Mart.

Nak dijadikan cerita kami pun pergilah K-Mart semalam. Kononnya nak carikan Amna cat, yang murah2 je sbb kalau dlm katalog boleh tahan harganya. Kalau ikut katalog harga dari AUD 88 ~ AUD 90.
( mak datuk mahal.... )

Bila sampai je K-Mart, memang kami jumpa patung cat tu. Memanglah comel dah macam cat betul. Bila tersentuh je, dia pun bunyi "Miowww...........". Tapi kami tak pegang sgt pun sbb tahu kalau kami pegang2 confirm Amna nak punyalah. Jadi, kami pun pergi ke tempat patung yang harga AUD 10 ~ AUD 30. Jumpalah patung "donkey" yang berharga AUD 17. Haha... pelik je kan, kalau kat Malaysia macam payah je nak jumpa yang pelik2 ni. Kami ada jumpa juga patung "elephant dan monkey". Tapi Amna macam tak minat jek sebab kecik kot. Actually, dia cakap ni patung "Moo" means "cow". Tapi bila dah sampai rumah baru kami perasan yang ni patung donkey. Hehe... boleh je la, dah terbeli pun. Asalkan jangan patung dog dahla.

Ni lah patung baru Amna. Siap bole diri kat kerusi lagi.

Hafiz plak yang kami perasan dia lebih minat kepada mainan mcm kereta n lori. So, kami pun terjumpalah truck yang berharga AUD 20. Tapi bila dah scan harganya hanya AUD 15 shj. Bagus jugalah, jangan semakin mahal dari harga label sudahla. "Kali ni beli truck lah Hafiz, mungkin lepas ni mama n ayah belikan kereta racing plak. Huhu... tunggulah 2 ~3 bulan lagi Hafiz. " hari2 nak belikan mainan, mahu kering poket ayah.


Tali tu sebenarnya kami ikat kat truck biar Hafiz senang nak tarik. Hehe...........


Terkenang kembali koleksi patung2 Amna kat M'sia. Itulah cat yang terpaksa ditinggalkan. Huhu....sadisnya.....

Mee Hailam

Author: Nazariah // Category:
Inilah mee hailamku....yummy....:D


Mungkin ramai di luar sana yang kurang gemar Mee Hailam. Tapi, berlainan pula dengan kami apabila ia telah menjadi kegemaran kami sekeluarga semenjak dua menjak ni. Apa kata kalau saya berkongsi resipi mee hailam ini. Walaupun rupanya nampak tak menarik (hitam...hehehe...) tapi rasanya sedap tau. Cubalah yer....

Bahan-bahan


1) Minyak untuk menumis
2) 2 mangkuk air untuk dijadikan kuah

3) Mee kuning untuk 2 ~ 3 org mkn

4) 2 biji bawang putih yg ditumbuk
5) 1 sdb lada hitam juga ditumbuk (kalau dpt yg serbuk tu lg mudah)

6) 2 sdb sos tiram

7) 1 sdb sos cili

8) 1 sdb kicap pekat

9) Ayam @ daging dipotong dadu

10) Udang

11) Cendawan hitam

12) Sawi

13) Lobak merah
14) 1Garam

15) Gula

16) Serbuk perasa

17) 1 sudu tepung jagung


Cara-cara penyediaan


1) Tumis bawang putih hingga kekuningan@naik bau. Masukkan air diikuti dengan sos tiram, sos cili dan kicap pekat. Kemudian masukkan lada hitam.

2) Masukkan pula ayam yang telah dipotong dadu. Kemudian, diikuti dengan lobak merah. Setelah ayam telah empuk, masukkan sayur-sayur lain iaitu sawi dan cendawan diikuti dengan udang.

3) Bila sayur seakan layu sedikit, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan pula tepung jagung untuk memekatkan kuah. (tepung jagung kena kacau dengan air dulu supaya tak berketul-ketul).

4) Tunggu sehingga mendidih.
Last sekali masukkan mee. Agak2 sudah masak (Mee jangan sampai terlalu kembang, nanti tak sedap), sedia untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau makan petang.

~ Selamat Mencuba ~

Ayam masak merah

Author: Nazariah // Category:
Ayam masak merah yang telah siap dihidang


Bahan-bahan

1) Minyak untuk menumis
2) 1 ekor ayam yang siap digoreng (goreng dengan kunyit dan garam)

3) 2 biji bawang besar ( 1 biji diblender, 1 biji pula dimayang)
4) 10 tangkai cili kering diblender

5) 1 inci halia diblender

6) 3 biji bawang putih diblender

7) 2 biji buah tomato dipotong dadu
8) 3 sudu besar sos cili / sos tomato

9) 2 sudu besar madu

10) Garam
11) Gula

12) Serbuk perasa


Cara-cara penyediaan

1) Panaskan
minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblender.

2) Masukkan buah tomato yang telah dipotong dadu.

3) sos cili atau sos tomato ( Kalau tak suka masam, gunalah sos cili sebab buah tomato tu dah masam).

4) Masukkan pula madu, garam, gula dan serbuk perasa. ( Ini sume kena agak2 sendirilah ye)

5) Masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkan pula ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan masukkan bawang yang telah dimayang.

6) Masak lagi sehingga bawang sedikit layu. Apa
bila bawang dah layu dan nampak bahan tumis dah serap ke ayam bolehlah ditutup api.

7) Sedia untuk dihidang. Boleh letak kacang peas untuk hiasan.


~SELAMAT MENCUBA~






Nasi tomato

Author: Nazariah // Category:
Inila dia rupa nasi tomato saya yang telah dihias dengan bawang goreng. Agak kabur sikit la....

Semenjak berada di Australia ni kerap pulak mencuba reipi baru. Kali ni masak Nasi tomato pulak. Malah ia dah menjadi menu mingguan kami di sini. Al-maklumlah, bila dok kat negara orang ni semua menu kita kena masak sendiri. Kalau tak mencuba memang kempunanlah jawabnya. So, jom layan resipi ni yer.Untuk yang belum pernah mencuba, silalah cuba yer. InsyaAllah tak mengecewakan.....

Bahan-bahan
3 cawan beras
2 sudu butter @ marjerin
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos tomato
1 cawan susu segar
1 inci halia ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji bunga lawang
1/2 kayu manis
2 biji buah pelaga
Air untuk masak nasi

Cara-cara

Panaskan butter @ marjerin di dalam periuk nasi, apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama halia dan bawang putih.

Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar dan buah tomato. Tumis bahan tersebut hingga layu. Kemudian masukkan pula sos tomato. (Sos ni boleh disukat menggunakan cawan beras tadi dan dikacau dengan air menjadi satu cawan). Masukkan sos dan kacau.

Kemudian, masukkan pula susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).
Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).

Masukkan pula air mengikut sukatan biasa. Ditolak dengan secawan susu dan secawan sos tomato tadi. (Jika tidak, nasi akan lembik).Selepas masukkan air, boleh pindahkan periuk nasi tadi ke tempatnya dan masak seperti biasa.

Selepas nasi masak, bolehlah dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan rojak nenas.Untuk resipi ayam masak merah pula, tunggu di post yang akan datang yer...

Ini pula, menu lain yang boleh dimakan bersama nasi tomato ni. Oleh kerana belum jumpa kacang dal lagi, jadi masak kari daging jek.

Open House di Eastlake

Author: Herman & Naza // Category:
Dah lama rasanya tak update blog ni. Biasalah, kekadang nak menaip ni pun nak tggu anak2 tidur dulu. Ish kalau tak, diorang plak yang menaip bukan kita. Kali ni, saya nak citer pasal open house di Australia. Kalau dulu selalu pergi open house kt Malaysia saje sekarang ada la pengalaman baru bila pergi ke open house kat sini. Tak banyak pun bezanya berbanding dengan di Malaysia kalau dari segi makanan yang dihidangkan. Suasa pun agak sama saje. Cuma kita rasala suasana raya setelah seminggu duduk di rumah. Kalau di Malaysia, cuti raya pun dah memang seminggu. Masa tu semua rumah saudara kita pergi .Kat sini cuti pun 2 hari. Raya plak masa raya pertama aje. Jadi, excited jugalah bila dpt jemputan ke open house.

Sebenarnya, kami sekeluarga dijemput ke open house kawan suami di Eastlake pada hari Ahad yang lepas. Open House ni adalah perkongsian tiga sekeluarga. Salah seorang dari mereka merupakan student UTS (Universti yang sama dengan suami). Manakala seorang lagi merupakan President MYPSA. Sebenarnya kami dah kenal sejak awal menjejakkan kaki ke Australia ni. Dialah yang menghantar kami ke kedai kereta. Kalau tidak, terpaksalah kami menaiki bas dengan mengendong 2 orang anak. Fuhh... mesti letih punyalah sebab masa ni Hafiz belum pandai jalan.

Ok, lagi sorang tu, kami tak kenal pun. Tapi secara kebetulan kami pernah berjumpa si isteri di kedai Oriental di Randwick. Tak sangka ye, kecil betul dunia ni.Boleh plak gi open house rumah dia.Kalau ikutkan dah beberapa orang yang kami bertemu secara kebetulan tetapi bertemu semula di open house yang sama. Ada satu pasangan suami isteri ni kami pernah jumpa di McD halal. Dia turut menjemput kami ke Open House rumah mereka pada hari Isnin lepas. Tapi kami tak dapat pergi.

Walaupun rumah mereka sebesar rumah kami sahaja, tapi dapat juga memuatkan lebih 20 orang. Fuhh... masa mula2 masuk tu, rasa nak duduk kat mana ni yek. nasib baiklah ada yang faham dan mereka mengundurkan diri (balik) masa kami sampai tu. Hehe... ramai juga yang makan sambil berdiri. Tapi terasa kemeriahannya dan memang seronok (Terasa seperti kat Malaysia pulak).

Untuk hidangan pula, mereka menghidangkan kami berbagai jenis lauk dan kuih muih. Ada nasi himpit, sambal tumis, sambal kacang, kuah lodeng, rendang daging, ayam masak merah dan mee kari. Manakala kuih muih pula seperti dodol, biskut almond london dan puding.

Lusa ada open house lagi. Kali ni merupakan open house oleh Mypsa. Ia diadakan di Malaysia Hall. Dengar citer ada kambing panggang. Kali ni kami akan cuba untuk ambil gambar supaya dapat dijadikan kenangan di dalam blog ini nanti.Tungguuuu.....

Panduan mencari rumah di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:
Anda perlu mencari rumah sewa dengan segera sementara anda menetap di kediaman sementara (cth Malaysia Hall). Pada kebiasaanya, cara termudah 'survey' rumah ialah merujuk laman web seperti di bawah:

www.domain.com.au
www.realestate.com.au

www.homehound.com.au
www.tradingpost.com.au

atau melalui akhbar contohnya Southern Courier dan Trading Post.

Apabila anda berminat dengan mana-mana unit apartment atau rumah, anda perlu mengisi borang permohonan dan menghubungi agen rumah tersebut untuk menetapkan tarikh dan masa appointment untuk pemeriksaan rumah (house inspection). Contoh agensi perumahan yang popular adalah Raine&Horne, MGM Property, Laing&Simmons, AJ Duffy, LJ Hooker dll.

Anda dinasihatkan untuk mencari beberapa alternatif dan meletakkan beberapa permohonan. Keputusan akan dibuat oleh tuan rumah (landlord). Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu membayar bond untuk tempoh sewaan rumah biasanya selama sebulan (4 minggu). Kadar sewa rumah di Sydney adalah berdasarkan sewa mingguan iaitu purata 4.35 minggu untuk sebulan (52 minggu setahun). Walau bagaimapun, anda boleh memilih untuk membayar secara mingguan sebagai contoh (setiap minggu, 2 minggu sekali atau pun 4 minggu sekali)

Kebanyakan pelajar University of New South Wales (UNSW), University of Sydney (UniSyd) dan University of Technology Sydney (UTS) tinggal di kawasan Eastlakes kerana sewa rumah yang agak murah berbanding kawasan lain. Kawasan lain berdekatan dengan UNSW adalah seperti di Kensington, Randwick dan Kingsford. Manakala pelajar universiti yang lain seperti University of Wollongong, Macquarie University dan University of Western Sydney selalunya menyewa rumah berdekatan dengan universiti masing-masing.

Memandangkan keadaan sekarang yang mana agak sukar untuk mendapatkan rumah sewa di Sydney, dan kos sewa rumah yang agak tinggi iaitu sekitar AUD270-AUD350 seminggu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal dari tempoh pendaftaran supaya mempunyai masa untuk mendapatkan rumah yang sesuai dan berpatutan.

Sila klik untuk mendapatkan tips dan panduan tambahan untuk mendapatkan rumah sewa. Terima kasih.

RADIO: IKIM FM

Author: Herman & Naza // Category:

RADIO: HOT FM

Author: Herman & Naza // Category:

RADIO: SURIA FM

Author: Herman & Naza // Category:

Panduan: 3 perkara setibanya di Australia

Author: Herman & Naza // Category:
Setelah anda mendapat kediaman sementara (contohnya Malaysia Hall, hotel dsb), berikut adalah 3 perkara utama yang perlu anda lakukan mengikut urutan:

1. Usahakan untuk pergi ke universiti tempat anda akan belajar untuk urusan "Enrolement" dan mendapatkan "Student ID". Mungkin anda keletihan pada hari pertama tiba, jadi boleh pergi keesokan harinya. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak ke universiti, sila dapatkan bantuan senior2. Untuk pengetahuan, bas merupakan pengangkutan utama di Sydney, jadual perjalanan sangat reliable dan boleh percayai. Bas akan tiba setiap 10 minit~20 minit bergantung kepada peak/off peak time. (Sebagai panduan, untuk ke UNSW anda boleh bejalan kaki kira2 10 minit dari Malaysia Hall. Untuk ke UTS dan UniSyd, anda boleh menaiki bas No. 372 untuk ke Railway Square).

2. Setelah and mendapatkan "Student ID", ini akan memudahkan anda untuk membuka akaun bank di sini. Akaun bank perlu dibuka untuk membolehkan biasiswa anda dikreditkan ke akaun tersebut. Antara bank yang popular bagi pelajar Malaysia ialah Commonwealth Bank dan ANZ Bank, kerana kedua-duanya mengecualikan bayaran "service fee" yang dikenakan kepada pengguna biasa. Namun, untuk ANZ anda perlu memaklumkan kepada pihak bank setiap tahun bahawa status anda masih belajar di Australia. Antara dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun bank: passport, ECOE dan student ID. Deposit sebanyak AUD500 diperlukan untuk membuka akaun. Dalam masa 5 hari bekerja, anda akan menerima kad bank dan no. pin.

3. Setelah selesai perkara 1 dan 2, anda boleh teruskan untuk proses pencarian rumah, membuat pemeriksaan rumah, mengisi borang permohonan dsb. Saya akan bagi tips bagi proses ini pada post yang akan datang.

Terima kasih.

RADIO: THR GEGAR

Author: Herman & Naza // Category:

RADIO: SINAR FM

Author: Herman & Naza // Category:

RADIO: ERA FM

Author: Herman & Naza // Category:

Resipi kek coklat

Author: Herman & Naza // Category:
Semalam saya terasa nak makan kek coklat. Kebetulan masa nak raya hari tu ada beli koko, so saya pun terus je buat. Lagipun Amna pun memang suka makan kek ni. Resipi ni sebenarnya dapat dari adik ipar. Thanks Ila bagi resipi best ni. So, cubalah yer....

Inilah rupa kek coklat saya. Boleh dihias dengan choc rice untuk nampak lebih cantik.

Bahan-bahan

2 cawan minyak masak
2 cawan tepung naik sendiri / tepung gandum
1 3/4 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 biji telur
1 tin susu cair / fresh milk (Kat sini saya guna fresh milk)
1 sudu kecil baking powder (kalau guna tepung gandum)
1/2 sudu nescafe
1/4 cawan air panas
1 sudu esen vanilla

Bahan-bahan untuk topping

1/2 cawan minyak masak

1/2 tin susu pekat
1 cawan koko


Cara- cara


Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan gula dan minyak. Kacau rata.
Masukkan pula tepung naik sendiri or tepung gandum bersama2 koko yang telak diayak bersama baking powder. (kalau guna tepung naik sendiri tak payah ayak pun takpe).

Masukkan pula susu cair or fresh milk sambil kacau rata adunan. Masukkan juga esen vanilla. Apabila adunan telah sebati, masukkan nescafe yang telau dicampur air panas. Kacau lagi sehingga betul2 rata.

Setelah siap, letak minyak dalam bekas pembakar dan ratakan. (untuk elakkan dari melekat dengan bekas semasa nak keluarkan kek). Bakar pada suhu 170'c selama satu jam atau sehingga masak.

Cara-cara memasak topping

Masak koko bersama susu pekat manis dan minyak masak sehingga pekat dan berkilat dengan menggunakan api yang kecil. (Kena sentiasa kacau sehingga angkat).

Last sekali, letakkan topping ni diatas kek dan ratakan.

Sedia untuk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...