Cuti2 Gold Coast

Author: Nazariah // Category:
Salam n hello all...

Selasa, 2 minggu yang lepas kami memulakan percutian kami ke Gold Coast. Lamanya nak kuar entry ni....dah nak basi pun...tapi takpelah sebab aku dah taip separuh pun sebelum ni, tapi oleh kerana kesihatan yang kurang mengizinkan mggu lepas...post ni ditunda hinggalah ke hari ni.... Kami bertolak dari rumah pada pukul 12.00 tgh hari dengan menaiki bas sampai Marrickville dan meneruskan perjalanan ke airport dengan menaiki teksi. Hafiz n Amna sangat excited sebab dapat naik bas....haha...al-maklumlah memang kami jarang naik bas pun.

Makan kebab after check in sementara tunggu flight


Apa yang hafiz nak buat tuhh???

Sampai di airport kami terus check in guna mesin yg disediakan...senang tak payah beratur panjang2...pastu after selesai kami singgah makan sekejap di kedai kebab dalam airport. Biasanya aktiviti makan ni adalah utk mengisi masa terluang sementara menunggu flight kami yg akan berlepas pukul 2.30 petang. Kalau tggu flight mesti kena duduk tepi tingkap utk memenuhi permintaan Hafiz yg suka sangat tengok kapal terbang..erm...layankan aje asalkan dia tak meragam.

Hafiz yang suka sangat tengok aeroplane....kakak plak tumpang posing jugak...

Dalam flight pun hafiz ok je..tdo sampai la tiba di Gold Coast. Dan kami tiba di Gold Coast pada pukul 3.10 minit ptg waktu Gold Coast. Utk sesiapa yg tak tahu, Gold Coast tak mengaplikasikan Day Light Time Saving spt di Sydney, jd Gold Coast lewat sejam dari Sydney. Sebaik sampai airport Gold Coast, kami terus ke Budget kaunter utk urusan sewa kereta. Sekejap je dah selesai...mmg senang dan berjalan lancar. Kami dapat kereta Toyota Ascent, suka sgt sbb sblm ni kami plan nak sewa Hyundai Getz tapi mgkin kereta tu takde jadi tukar dengan Toyota.

Nilah kereta sewa kami...

Dah sampai Surfer Paradise...yeahhh....

Dapat je kereta kami terus menuju ke aparment yang kami sewa. Apartment yang sangat2 lengkap... 2 bilik dan 2 bilik air. Dapur yang lengkap utk keprluan memasak dan ada washing machine dan dryer juga. Hihi...senang sangat sbb setiap malam basuh baju...lagipun kami byk ke tempat utk mandi jd senang bila dapat basuh baju dan dpt keringkan...takdelah baju kotor yang dibawa balik...nak kemas beg pun senang.

Nilah apartment yang kami sewa kat sana...selesa sangat...

Malam hari pertama kami hanya ke Woolworth yang berdekatan untuk beli barang dapur sbb kami fikir kami akan masak utk dinner manakala lunch pula kenalah cari mana2 restoran halal.

Ni gambar depan Woolworth sementara tunggu ayah yang masih kat kaunter

Keesokkan harinya iaitu hari kedua kami ke Wet n Wild Park. Pukul 10.00 pagi pun dah ramai orang....huh...tempat ni sama lebih kurang mcm Sunway Lagoon tempat untuk mandi sepuas2nya. Anak2 seronok sgt, aku pun tumpang seronok juga... cuma mainan extreme spt roller coaster kami tak naik sbb takut...terasa sgt mengerikan bila tgk landasan dia yang berpusing2...sure pening2 lalat nnt...takpun termuntah2...hihi...Keluar dari Wet n Wild Park lebih kurang pukul 3.00 petang dan kami cari restoran halal di sekitar Surfer Paradise...malangnya tak jumpa pulak. Huahh...sedih sbb dah rugi masa utk cari dan pusing2.. Kami ambil keputusan balik ke apartment dan makan dulu makanan2 segera yg kami bawa. Petang tu dlm pukul 6.00 kami keluar pula untuk ronda2 di sekitar kawasan apartment... tgk pool dan pegi taman permainan.

Syoknya mandi kat Wet n wild park

Tengoklah semua pun muka happy jek....

Sempat singgah taman mainan kat belakang apartment...

Hafiz ni bila nak pandai buat peace ni...hihi...

Oleh kerana siang tak dpt mkn kat luar, kami mkn luar utk dinner dan kami jumpa Maharani restaurant betul2 di bandar Surfer Paradise. Retoran org Melayu dan masa ambik order pun mmg cakap melayu je...Restoran tu dibuka dari pukul 5.30 petang hingga pukul 10.30 mlm sahaja....tapi harga dia memang giler mahal, dua kali ganda harga restoran kat Sydney. Aku order nasi goreng kampung pun dah aud13 dolar, husband aku lak order nasi ayam hainan dah aud14 dolar. Rasa pulak biasa2 je... nasi goreng kat Thailand restaurant kat Sydney lagi sedap n lagi byk ayam... huahhh...tak bestnya restoran ni... Harga siap air milo dan laici dah dekat Aud40. Servis pulak lambat giler...45 minit tggu baru smpi...sabo je lah..

Huhh...sabar menanti makanan yang tak kunjung tiba...padahal order nasi ayam jek...

Hari ke-3 awal pagi dah bangun sebab nak mandi kat pool belakang apartment. Kalau kat msia nak mandi pool awal pagi mesti sejuk lagi kan tapi kat sini sebab subuh pukul 3 pagi, pukul 7 tu dah rasa panas dah.... dan yg bestnya takde orang lain pun yang mandi masa tu, jd dapatlah mandi sepuas2nya. Selesai mandi tiba masa utk ke Movie World pulak. Kat sini tak perlu beratur panjang, sekejap je dah dapat masuk. Dah tiba dalam Movie World, kami terlupa nak tengok map, jd kami asik berulang-alik je sampai penat rasanya. Ada beberapa mainan yang tak dapat main sebab Hafiz belum cukup tinggi...hihi...Yg best bila dapat tgk 4D movie...mmg mcm real, kerusi bergerak dan siap ada percikan air lagi...haha...best2... Malam tu kami ke pergi pulak naik Wheel Of Paradise. Kalo kat Msia sebelum ni, Eye On malaysia. Entah macam mana kami boleh dapat VIP seat. Harga tiket yang kami bayar sama je...yg berbeza dari yg lain cuma kat dlm tu ada tv dan cermin gelap. Bolehla dapat tengok pemandangan Surfer Paradise dari atas.

Ni kolam air panas...pagi2 pun dah rasa panas je bila mandi kat sini...kena mandi kat pool sebelah jugak ni...

Hafiz kaki je basah...rambut bila nak basah ni...


Dah sampai Movie World...

Kakak...cuba posing sikit...


Kakak dgn dua orang body guard

Dalam cage...best juga ni...Hafiz suka jekkk....

Antara yang menarik kat Movie World...



Pemandangan ni pun nampak best...macam zaman dolu2...hikhik...

Nilah Wheel Of Paradise yang kami naik...

Ada uncle yang excited nak ambikkan gambar kami...tq lah uncle...

Kat dalam wheel...


Hari ke-4 pula kami ke beach berdekatan...mmg dekat je dari apartment...dlm 2 km. Kami pergi seawal 9.00 pagi. Sempatlah aku buat sarapan nasi goreng sempoi untuk sarapan dan bekalan ke beach. Sampai je sana, cari tempat yang sesuai dan menghabiskan masa melayan amna buat istana pasir...haha...layankan aje...barang2 mainan untuk buat castle sume bawak dari Sydney...cuma baldi comel tu je beli kat sana...pastu apa lagi...terpaksalah tinggal sbb beg tak muat....nasib baik murah....Dah siap mandi2 semua, kami bersedia untuk pulang...tp kat sini mmg best sebab tepi laut ni memang disediakan toilet dan tempat mandi...setakat nak bilas badan tu memang senang sangat tak perlu berebut2....Sampai rumah dalam pukul 11.30 kami berehat sebentar dan sediakan makanan untuk ke Wet & Wild Park sekali lagi...pergi utk kali ke-2 sebab unlimited entry sampai June next year... seronoknya kalo ada sedara kat Gold Coast kan...boleh tumpang bermalam...tiket nak masuk ke park dah tak perlu bayar lagi, cuma sediakan tiket flight je...tapi apakan daya...takde sesapa pun kat sini...hukhuk...Malamnya pula kami ingat nak ke pasar malam yang ada 100 kedai di tepi pantai tapi dlm renovation pulak...jadi untuk tak menghampakan anak2....kami berjalan2 di bandar surfer paradise...dapat tengok orang buat pertunjukan silap mata, ke pasaraya dan ke kedai cenderahati. Balik rumah dah pukul 10 lebih...badan pun dah letih dan masa untuk tidur.

Bestnya mandi laut...syokkk...

Istana pasir Amna...bulat2 jek...kikiki....

Depan Hard Rock cafe...

Anak2 yang seronok berjalan...

Hari ke-5 merupakan hari terakhir di Gold Coast. Kami memilih ke Sea World sebagai destinasi terakhir kami. Seronok juga dekat Sea World ni, luas sangat2 sampai penat berjalan ke sana sini.
Kat sini boleh naik cable car, dapat tengok shark...dari pandangan atas dan dalam laut. Kat sini pemandangan bawah laut memang real tak sama macam kat Langkawi yang dalam akuarium je.
Memang puas hati...seronok sangat. Tapi sayang sebab kami tak dapat naik monorail sebab perkhidmatan dihentikan buat seketika tak tahu kenapa....adus...geram betul sebab kami terpaksa berjalan kaki sampai ke parking...ingat bila dapat naik monorail tu...bolehlah terus sampai stesen dia kat pintu masuk. Kesian husband aku yang terpaksa mendukung Hafiz yang tido sampai lah ke kereta...mahu lenguh2 tangan...berat tuhh...Dan paling tak sangka, rupanya kat sini ada juga taman tema air...huhu...sebab kami tak tahu, kami pun tak bawa baju untuk mandi...lagipun masa tu memang dah tak sempat sebab kami keluar dari sea World pun dah pukul 2 lebih dan kereta yang kami sewa harus dipulangkan sebelum pukul 4.00 petang. Kalau tak rate sewa dah lain... Sampai je airport dah pukul 3.50 ptg...sib baik sempat pulang kereta tepat pada masanya...Tibalah masa untuk pulang ke Sydney...

Ni baru sampai tapi Hafiz syok sampai tak nak ke tempat lain...aduhaii...

Sebelum tgk show

Masa nak tunggu show bermula

Pujuk Hafiz naik horse sebab dia nak naik pentas sama2 ngan Elmo...sabar je la...


Nampak aeroplane nak naik plak....


Ayah...Hafiz nak kejar bird...

Ni shark bay...nmpk juga kalo tgk bwh sebab air dia jernih...


Ni pulak pemandangan dari dalam laut...best kan...

Shark...

Naik cable car...

Pemandangan dari atas...kawasan ni mmg cantik...

Sempat lagi bergambar sebelum balik...Amna dah masam sebab dah penat berjalan...

Kami dah check in tiket balik ni masa guna mesin kat Sydney lagi, jadi tak perlu susah2...just scan beg je...senang...Flight kami pula pukul 5.50 petang... alhamdulillah kami sampai Sydney pada pukul 8.10 malam. Aku rasa, nilah percutian yang paling best setakat ni. Walaupun penat sbb jadual yang penuh setiap hari tapi memang sangat puas hati...suka sangat2...anak2 pun memang tak buat masalah...diorang suka sgt berjalan. pukul 6.30 pagi dah bangun dan ajak mandi nak pegi jalan...Semoga lepas ni kami diberi rezeki lagi untuk bercuti ke New Zealand pulak...hihi...InsyaAllah...

Hafiz yang suka betul tengok aeroplane...sampai sek masih cakap nak naik aeroplane lagi...

Kakak merajuk sebab Hafiz tak kasi tengok aeroplane sesama dengan dia

Nilah aeroplane yang Hafiz tgk tuh...




***Entah bila dapat pegi Gold Coast lagi...


Happy Belated Birthday to Amna

Author: Nazariah // Category:
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

8th Dec 2010
... genaplah umur Amna 5 tahun....dah besar anak mama n ayah. Tapi oleh kerana pada tarikh tersebut ayah menghadiri conference di Singapore, jadi sambutan birthday Amna telah ditunda ke hari ini.

Tak sangka pulak, balik dari Singapore pagi tadi ayah buat kejutan...haha...ayah dah belikan kek Amna masa on the way balik ke rumah. Barulah mama Amna ni sibuk dok pikir, mesti ayah Amna penat nak kuar pegi beli kek pulak sebab baru balik dari Singapore. Rupanya ayah lagi advance...hihi...good2...happy Amna bila tengok ayah balik bawak kek. Pastu, yang bestnya ayah belikan cheese cake...yeahh...hilang kempunan mama....memang yummy lah ayah...hikhik...
Sambutan untuk birthday Amna kali ni hanya potong kek je tak jemput sesiapa pun memandangkan ramai kawan kami yang pulang ke Malaysia sekarang ni. Mungkin boleh cuba buat birthday party Amna utk tahun depan kalau ada rezeki lebih.

Mama dan ayah nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke -5 buat kak Long (Amna), semoga kak Long diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesar di depan mata mama dan ayah. Sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan sentiasa berada di bawah lindunganNya, semoga kak Long menjadi anak yang solehah, cerdik, pintar dan berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat di luar sana suatu hari nanti. Amin.... Jom layan beberapa keping gambar yang sempat mama snap tadi.


Nilah kek amna...ada pulak lilin yg tak dinyalakan...wakaka...bedal sajelah...

Sebelum tiup lilin...peace dulu...:)

Hafiz msh tak pandai buat peace...last2 muka dia yg ditutup dek tangan...

Yeahh...Amna potong ae mama...



Author: Nazariah // Category:
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam pagi Selasa.... sebenarnya ni entry utk Ahad yang lepas tapi hari ni baru berkesempatan nak menghadap laptop dan mengupload gambar. Ahad lepas merupakan End Year Party utk group husbandku. Oleh kerana ni merupakan 1st party yg di organise oleh tuan supervisor untuk para anak buahnya, jadi tiada alasan untu tak pergi...hihi...

Party ni diadakan di Earlwood Park, tak jauh dari rumah kami. Ia bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Party ni hanya dipenuhi dgn aktiviti bbq, makan, bergambar dan pulang. Erm... tapi masa aku lebih banyak tertumpu pada Amna dan Hafiz yang bermain di taman permainan. Syok betul diorang main...sampai tak makan sangat pun. Bila dah tiba time balik, baru diorang tunjukkan muka keletihan.

Untuk bbq, kami bawa ayam sendiri al-maklumla tuan supervisor adalah vietnamise.... jd takkan nak makan sosej yang dia bawa pulak. Selain kami, ada dua orang lagi muslim yang berasal dari Iran dan Pakistan. Selain itu, kami juga ada membawa pelbagai jenis buah dan salad untuk makanan sampingan.

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat di snap ketika berada di sana.

Antara mereka yang hadir

Salah seorang muslim...En. Hamzah, satu bilik dengan my husband

Nak join juga...bakar ayam sorang2...orang lain dah sibuk makan...

Amna n Hafiz yang seronok main gelongsor

Antara aksi yang agak mencemaskan. Amna ok lagi...Hafiz pun nak panjat juga benda ni...

Hafiz yang nampak sangat happy....semalam pun ajak mama gi park lagi...sabar jela

Antara mainan lain yang ada kat sini...

Naik horse...pun suka juga abang Hafiz ni...

Amna tak sabar nak bergambar kat bridge ni...huhu...siap ajak mama lagi suh snapkan gmbr dia

Hafiz main buai sampai tak nak turunla pulak

Bergambar kat atas...huh...tingginya...

Adik beradik muka puas hati je dapat main lama2..kat sini...

Tengoklah betapa tak sabarnya nak main mainan yg lain plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...