Resipi roti canai

Author: Nazariah // Category:
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa. Lama tak update blog sebab hujung minggu je bz dgn Bazar Ramadhan. Nak cerita pasal bazar pun sampai tak larat sebab penat sgt2. Takpelah, InsyaAllah saya cerita kemudian. 

Hari ni nak cerita pasal roti canai. Sebenarnya dah banyak kali buat roti canai, roti telur dan murtabak tapi asik tak tulis kat blog je. Dah beberapa org tanya resipi roti canai termasuk Lin, ni akak tulis resipi ye..

Bahan-bahan ( 6-8 biji )

  • 2 1/2 cawan tepung gandum (guna cwn measurement) @ 2 cwn tpg
  • 6 1/2 oz air @ 3 1/2 oz air (kalau guna 2 cwn tepung
  • 1 biji telur - size B
  • 1 - 2 Tbsp susu pekat manis
  • 1 tsp garam-6gm
  • 1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli 

Utk yg ada bread maker, boleh masuk terus dalam bread maker hingga siap uli. Kemudian keluarkan dan buat bulat2 hgga menjadi 8 hgga 10 biji. Kemudian rehatkan selama 2 jam. Sedia dicanai. Siap canai boleh digoreng hgga perang.

Ni gambar dah siap, boleh dimakan bersama dalca dan sambal tumis.



 Yg atas ni roti kosong tinggal 2 keping je time ambik gmbr ni..

Yg ni pula, roti telur.

Hari ni dpt buat 2 cawan tepung je sbb dah kehabisan tepung, so dapatlah 6 keping roti kosong dan 3 roti telur.Anak2 makan 3 keping roti kosong sekejap je dah habis. Roti telur pula utk en.suami balik uni nanti. 

Resipi ni mmg menghasilkan roti yg lembut. ( Sama dgn resipi abg saya utk berniaga)..

Selamat Mencuba


*** Resipi murtabak akak masukkan kemudian ye lin..:)






Salam Ramadhan

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun smlm ada kekeliruan berkenaan tarikh bermulanya puasa akhirnya persatuan2 agama disini telah sepakat n tertarik dgn kata2 nie "They have chosen to do so in order to unite with other parts of the Muslim community in Sydney which are fasting on Friday. This decision is not based on moon sighting, rather based on the Hadith of the Messenger of Allah (S) who said, "Fasting is on the day the people fast"


Kalau ikut MSDA, puasa di sini bermula esok (Sabtu). Bila ikut Masjid Lakemba, mereka start berpuasa hari ini dan malam tadi dah start sembahyang terawikh. 

Akhir kata, Selamat Berpuasa buat rakan2 di Sydney, Melbourne dan tak juga rakan2 serta keluarga dan saudara-mara di Malaysia. Kalau tahun lepas saya masih dalam pantang melahirkan anak ke3 (Aisya), alhamdulillah Ramadhan kali ini saya dapat menyambutnya. Moga kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi di Ramadhan berikutnya, Amin Ya Allah..

Semoga kita dapat meningkatkan amal ibadat kita di bulan mulia ini ye kawan2 mudah2han...InsyaAllah..:)


***Walaupun tak dapat sembahyang terawikh di masjid, semoga saya dpt melakukannya bersama suami di rumah seperti tahun2 sebelum...InsyaAllah..


Kek Coklat Indulgence

Author: Nazariah // Category:

Dah lama sebenarnya nak buat kek coklat indulgence ni tapi rasa mcm leceh plak nak buat coklat mousse tu.Kat sini coklat murah, yg 200g tu cuma Aud 2.20 je. Sama je dgn harga cheese, so kalau nak try kek yg byk guna coklat atau byk guna cheese baik try buat kat sini. Balik Malaysia nanti boleh terus masuk kelas, tak payah nak cuba2 lagi, hihi...angan2 nak belajar buat kek dgn lebih mendalam, cehh..InsyaAllah..

Setelah mungumpul kekuatan dan carik2 resipi yg lebih senang terjumpalah satu blog ni..dia kasik bunga2 nak buat coklat mousse dgn mudah. Lepas tu tak yakin try lg carik dan terjumpa lagi satu blog, dia tunjuk step by step tapi tak tunjuk resipi. So, dari dua blog ni dah boleh agak dan paham mcm mana nak buat coklat mousse tu. 

 Ni gambar kek sebelum dipotong, yg tepi tu lelehan coklat dr ats, xperasan plak masa ambik gmbar.

 Ni bahagaian dalam, ada 2 layer coklat putih dan 2 layer coklat hitam..time ni lambat sikit ambik gambar. Potong guna pisau panas, time tu cantik...sekali lambat ambik gambar meleleh la pulak...tp esoknya dah masuk peti ais, coklat mousse tu sgt cantik bila dipotong tp time tu dah malas nak ambik gambar, fikir nak makan je..hihi..


Untuk kek, guna kek span coklat je. So, saya buat kek span yg dah biasa buat tu, dipotong 4. Untuk resipi, saya pun tak berani nak letak kat sini, nanti kena marah konon resipi tu salah (ada org terkena)..hihi..So, u all yg nak try boleh google kat resipi Citerasawan pun ada. Tapi tu resipi yg susah..saya guna resipi senang je..ikut blog yg 1st dia pun ada bukak kelas, betul tak betul resipi ni 1st blog tu dah bukak kelas pun, yg 2nd blog plak dh pegi kelas, lagi pun sendiri nak makan, balik Malaysia kalau nak jual kena berguru dulu. hihi.. 

Tapi terus terang rasanya memang mantop. Siap kek ni pukul 11 malam, jd masa makan mula rasa pening kepala sebab byk sgt coklat dlm tu. 400g coklat hitam dan 200g coklat putih. Tapi bila dah biarkan semalaman dalam peti ais, bila makan keesokan harinya memang sangat2 nyummm...en.suami yg tak minat kek coklat pun cakap sedap..yeehaa...boleh buat lagi lepas ni.



Jalan2 ke Sydney Wildlife

Author: Nazariah // Category:

Ni cerita semalam sebenarnya tapi malam td dah penat pulak nak post entry. Semalam seawal pukul 9 pagi kami bertolak dari rumah ke city dengan menaiki train. Semalam en.suami terpaksa bercuti demi membawa anak2 berjalan. Konon nak ambik tiket selepas 4 ptg, so tengah hari baru bertolak dari rumah. Tapi bila fikir balik, mesti membawa ke malam dengan nak bawa baby maghrib2 rasa tak elok pula.

 
Ni tempat pertama, masuk2 sini je panas sgt mgkin diorg pasang heater utk sesuaikan dengan habitat haiwan yg ada kat sini, ada rama2, burung dan itik kat sini

Oleh kerana kami pergi hari Selasa, so takdelah Sunday Funday tiket yg murah tu. Kami plan nak makan2 di cafe Kasturi, tp cafe Kasturi tutup pula hari Ahad. So, terpaksalah pergi hari biasa.

 
Kakak Amna dan abg Hafiz

Wildlife ni umpama zoo cuma tempatnya agak tertutup, kebanyakan haiwan berada dlm cermin mcm aquarium tu. Tapi utk Koala, Emu dan kangaroo berada di tempat terbuka. Tapi Hafiz tak suka plak sebab ada bau tak best dekat dengan Koala.

 
 Bergambar dengan kangaroo

 Macam biasa, koala tidur je

Mula2 plan nak naik Thomas lagi (kami pernah pergi sblm ni), tapi bila nak booking tiket, tiket dah naik harga dan tak berbaloi rasa. Naik train kecik tu dah smpi Aud 30 lebih. Padahal bukan lama sangat, pasti nanti hafiz tak puas dan kena tambah tiket lagi. Lepas tu nak pergi aquarium sebab Hafiz ada sebut juga,  tapi sebab dah pernah pergi juga, so kami decide untuk ke Wildlife pula.

Ada seekor je buaya kat dalam ni. Tapi dalam air tu banyak ikan

Pukul 12 lebih dah keluar dari Wildlife dan kami ke Cafe Kasturi dengan menaiki bas. Kalau tak kena jalan kaki sejauh 1.7km. Actualy mama dengan ayah tak kisah sangat nak berjalan ni sebab sambil2 tu boleh juga dianggap sebagai senaman. Tapi anak2 ni tak biasa nak berjalan jauh, sedangkan masa pagi dari train station ke Wildlife pun kakak dah mengeluh penat. 

 Kami sekeluarga bergambar dengan Wallaby

Tengok wallaby makan

Alhamdulillah anak2 happy dan tak buat perangai, begitu juga dengan Aisya. Langsung tak menangis, penat dia tertidur sendiri dlm stroller. Kalau dia haus, mama susukan tu je. Dari hafiz kecik sampai Aisya ni memang senang nak berjalan, takde mengaruk atau merengek tak tentu pasal. Of course la mama n ayah suka, senanglah lepas ni nak berjalan kat Malaysia nanti. 

Ayah bersama anak2

 Ayah teman kakak tengok binatang itu

 Ni di kawasan gelap, hafiz sampai mintak handphone ayah utk buat touch light...hihi

 Si comel mama, Aisya yang tak meragam...mood pun baik, senyum plak bila mama ambik gambar dia...

Makan di cafe Kasturi, kami order lunch special (kari), ayam masak merah, sate ayam dan sate daging, air cendol dan fresh orange. Satenya sangat2 sedap...6 cucuk Aud9.80, tapi besar2 juga satenya macam sate kajang. Tapi terlupa pula nak ambik  gambar..uhuhu...






Aisya's 1st birthday

Author: Nazariah // Category:


As-Salam...

Alhamdulillah hari ni genap setahun Aisya dilahirkan. Pantas sangat masa berlalu, diam tak diam dah setahun umur Aisya. Dah byk akal, dah byk ragam si kecik mama ni. Mama doakan Aisya membesar dengan sihat, dipanjangkan umur, menjadi insan berguna bila besar nanti dan semoga jadi anak yg solehah....InsyaAllah.

Perkembangan Aisya di umur setahun. 
- Belum pandai jalan sepnuhnya, org kata baru lesen L... dah pandai juga 4 ke 5 langkah @ lebih, cuma dia x berani nak jln sendiri..huhu, pelik juga. 
- lambat jln plak si kecik ni tapi dah pandai panjat tangga, panjat meja dan panjat sofa. (mungkit dalam fikiran dia memanjat lebih penting dari berjalan..) hihi..
- Sebelum ni, dia ambik bantal kecik letak bwh, diri kat bantal baru boleh memanjat, sekrg dah terror panjat macam tu je.
-  Suka duduk dalam laci, tgk tv dok dlm laci. Pegi bilik ayah duduk dlm drawer simpan buku kakak pulak.
- Tak suka bergambar, sama mcm abg Hafiz masa kecik. Sgt susah nak ambik gmbr dia dlm keadaan lihat kamera atau senyum.
- Badan masih tembam sebab Aisya suka makan..ehee
- Alhamdulillah jarang sakit. Masa kakak demam, batuk selsema tak jangkit kat Aisya.
- Dah pandai cakap "mama". Jadi ini sebutan pertama aisya la..
- Pandai kalau mama marah nangis, tapi kalau ayah marah selamba pulak dia. Pastu mama cuba marah, nangis tak berhenti dia.
-Suka mengemas buku, habis buku bersepah ke bwh, kadang katalog yg ada dlm laci pun semua dia keluarkan
-Suka main kasut abang
-Dah tumbuh 4 batang gigi, semua gigi atas.
-Pandai berlakon, konon2 penat...tgh2 dia merangkak, tetiba dia baring sambil landing pipi ke carpet..hihi, comel je buat camtu
-Suka sgt geleng2 kepala sambil gerakkan rambut dia..
-Dah pandai main sendiri, kalau mama masak atau sembahyang dah boleh tinggal
-Suka main flash card, suka sangat2..diam je dia main, khusyuk betul
-Suka berjoget, tak kira lah kalau dengar lagu kartun Giggle & Hoot atau Little princess
-Berjoget dlm keaadaan bahaya, atas kerusi, atas car dia, atau car abg Hafiz
-Dah pandai berebut kerusi dgn abg, kalau tak dapat menangis.
-Suka main pen dan kertas, konon2 nak tulis dan yg pelik pegang pencil dgn betul mcm org besar...hihi..
-Suka betul main tekan2 tv, kdg matikan, kdg tukar channel. Kalau sblm ni kea pakai kerusi, tp sekrg dgn berdiri pun boleh tekan, sampai pulak tu..

Kesimpulannya, jaga Aisya selama setahun ni sangat senang alhamdulillah mcm jaga Hafiz juga dulu.Tak sakit, syukur tak pernah demam. Kalau kena selsema pun tak merengek, dua tiga hari dah baik... syukur sgt2 mungkin berkat susu ibu.

Jom layan gambar Aisya siang tadi.

 Kek birthday utk Aisya

 Aisya nangis masa nak potong kek sebab mama paksa pakai hat, ala sian dia

 Bila dah berhenti nangis, Aisya tak tgk camera pulak..
 Abaikan yg comot2 itu sbb kek buat sendiri..tak terror lagi pun..
 Rainbow cake for Aisya
 Nyum3...





Amina terkeluar dari Masterchef Australia

Author: Nazariah // Category:

Selama ni tengok Masterchef Australia sebab ada Amina, satu2nya muslim dalam rancangan ni. Tapi sayangnya Amina terkeluar semalam. Rasanya masih ramai lagi yang tak layak contoh Julia atau Debra untuk terpilih sebagai top10 tapi nak buat macam mana, nasib memang tak menyebelahi beliau. 

Kesian Amina tak terpilih sebagai Top10

Lepas ni dah tak tahu nak sokong siapa dalam Masterchef ni...mungkin Audra dan mungkin Mindy. Ingatkan lah Amina boleh jadi next Australia's Masterchef...tapi tak kesampaian nampaknya. Tunggu dah lihatlah siapakah yg bakal bergelar juara agaknya.


Cuti Sekolah

Author: Nazariah // Category:

Hari ni start cuti sekolah 2 minggu. Hari Selasa 17th July baru naik sekolah semula. Sekolah di Sydney ada 4 semester, habis je satu semester akan cuti 2 minggu. So, maksudnya sekarang baru je habis semester ke2. Bulan 9 nanti akan cuti sekolah 2 minggu lagi dan hujung bulan December cuti lagi sebagai penghujung semester.

Setakat ni, takde lagi planning nak pergi mana2 walaupun cuti sekolah dah bermula. Kesian juga kat Amna, tapi InsyaAllah jika ayahnya ada kelapangan, cuba juga bawa diorang berjalan. Apa yg diorg boleh buat cuma mengadap laptop masing2 je. Hafiz mcm biasalah tgk youtube Power Ranger atau Ben10. Kakak plak tengok Barbie atau main game online. 


 Kakak tgh marah Aisya kacau laptop dia..Hafiz plak excited mama nak ambik gmbo..hihi..



Aisya pulak tahu mengacau je, tak kacau abg, kacau kakak...main tepuk2 laptop masa abg dan kakak tgh khuyuk tgk...mana lah tak kena marah..hihi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...