Akademi Fantasia 8 - Minggu2

Author: Herman & Naza // Category:
Debaran Konsert 2 (28-Mac-2010)


Konsert 2 (27-Mac-2010)


Diari Minggu 2-Hari 5


Diari Minggu 2-Hari 4


Diari Minggu 2-Hari 3


Diari Minggu 2-Hari 2


Diari Minggu 2-Hari 1


Thanks to www.videoKL.com

Cara2 buat taugeh sendiri

Author: Nazariah // Category:
Salam semua....

N3 kali ni aku nak cerita pasal taugeh. Yer2 ahh...je bunyinya. Actually, semenjak dok kat Oz ni takdelah kerap sangat kami beli taugeh. Kekadang je bila teringin nak dimasukkan dalam mee ke. Tapi kalau takde pun aku masak je mee tu tanpa taugeh. Tak kisah sangat pun kalau takde. Cuma yang aku bengang kalau beli taugeh kat sini cepatlah sangat taugeh tu busuk. Cepat berbau dan cepat bertukar colour. Kekadang teringin nak makan taugeh mentah dengan soto ataupun bihun soto. Tapi macam mana nak makan dengan taugeh kat sini. Cepat sangat dah tak elok.

Oleh kerana itu, aku pun cari alternatif macam mana nak buat taugeh sendiri. Rasanya aku pernah la tengok mak aku buat guna kacang hijau. Letak dalam bekas berlubang dan kemudian jadilah taugeh yang kontot2 tu. Hihi... tapi aku tak nak yang macam tu aku nak taugeh yang panjang2. Setelah puas menggoogle, aku pun jumpa satu blog akak ni, dia duduk kat area timur tengah. Thanks pada akak tu sebab berkongsi bagaimana cara nak buat taugeh sendiri.


Cara-cara


1. Rendam 1/2 cawan kacang hijau hingga kembang.

2. Letakkan kain yg seperti kain guni jarang (Pandai-pandailah ye u all cari kain) di atas bekas yg rata ( Tak perlu guna bekas yang berlubang)

3. Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.

4. Tutup dgn sehelai lagi kain yg sama.

5. Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.

6. Letakkan benda berat diatasnya (Aku letak tupperware isi air). Sebenarnya aku pun tak sure apa motif letak benda berat ni tapi kalau dah buat sendiri, mungkin kita akan terfikir ada kemungkinan untuk taugeh tu berdiri dan panjang2 sebab kalau tak letak benda ni taugeh tu akan jadi bengkok2 dan pendek2.

7. Letakkan di tempat gelap. (Aku letak dlm oven dapur gas sbb aku jarang pun buat kek, so tak guna sangat oven tu)

8. Jirus sedikit air setiap hari supaya kain sentiasa basah. ( Aku buat 2x, pagi dan petang)

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku ambik


Ni selepas direndam semalaman dan telah ditabur di atas kain


Rupa taugeh ni pada hari pertama


Hari ke-2


Hari ke-3


Inilah hasil setelah dituai. Aku tuai hari ke -3 malam.


Setelah dibuang ekornya dan sedia untuk dimasak



Sebagai perasmian, kami sarapan mee goreng pada keesokkan harinya. Dapatlah makan taugeh tanaman sendiri. Hihi...betul ke tanam? Apapun, aku memang excited sebab mmg first time aku buat taugeh sendiri. Kalau kat malaysia memang aku takkan buatlah kot. Kat Malaysia kan taugehnya lebih putih, gemuk2 dan tahan lamalah juga banding taugeh kat sini. Lagipun mungkin taugeh kat sini dia dah dipacking dalam plastik siap2 kot sebab tu tak tahan. Andaian aku jek....



Sarapan pagi mee goreng



Untuk lauk tengahari pula, aku masak taugeh masak lemak. Betul2 makan taugeh je ni. Hihi...
Takpelah yang penting taugeh ni segar dan selamat dimakan. Gerenti halal punya.
Haha...gerenti tiada itu air *******. Lauk2 lain untuk tgh hari, ayam goreng dan sambal goreng
(kentang + tempeh + tauhu + Soo hoon + tauhu kering). Untuk yang tak tahu ni masakan ala2 jawa kot. Orang Johor confirm tahu....orang negeri lain tak sure plak.


Taugeh masak lemak putih



Sambal goreng tapi kali ni tak letak lada kering yang blend cuma lada hiris je....but rasa still sedap sebab memang masakan kegemaranku.



Untuk yang agak susah je nak dapatkan taugeh bolehlah mencuba ya.

Selamat mencuba....

Akademi Fantasia 8 - Minggu1

Author: Herman & Naza // Category:
Debaran Konsert 1 (21-Mac-2010)


Konsert 1 (20-Mac-2010)


Diari Minggu 1-Episod 4


Diari Minggu 1-Episod 3


Diari Minggu 1-Episod 2


Diari Minggu 1-Episod 1


Thanks to www.videoKL.com

Nasi Minyak

Author: Nazariah // Category:
Nasi minyak ni nampak kosong sikit sebab aku lupa lagi nak beli kismis dengan gajus



Entry kali ni adalah resipi nasi minyak. Erm... dah lama tak makan nasi minyak kat rumah org kahwin. Sepanjang tempoh 8 bulan kami kat sinila.

So hari ni aku masak nasi minyak untuk menghilangkan rasa rindu nak makan nasi minyak. Kali ni kami makan nasi minyak dengan dalca daging dan ayam masak merah. Rojak nenas je takde sebab tak beli nenas pulak semalam. Terlupa sebab aku tak nampak ada ke tak nenas kat Woolworth masa belanja semalam. Tapi takpe, aku dan suami tetap berselera. Hihi...dia cakap nasi minyak lagi sedap rasanya banding nasi tomato sebab nasi tomato kan ada rasa masam2 sikit rasa buah tomato. Apa pun, pada aku dua2 sedap.

Amna dan Hafiz macam biasalah makan tapi taklah banyak sangat. Suka makan ayam je. So, untuk sesiapa yang ingin mencuba bolehlah lihat resipi di bawah ni ye.


Bahan-bahan


3 cawan beras
2 sudu butter + 2 sudu minyak sapi
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 cawan susu segar
1 inci halia ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji bunga lawang
1/2 kayu manis
2 biji buah pelaga
5 cawan air
Pewarna kuning
Garam dalam 3/4 sudu
Kismis dan gajus sebagai hiasan ( Saya tak letak yer)
Daun pandan (kalau ada)

Cara-cara


1) Panaskan butter dan minyak sapi di dalam periuk nasi,

2) Apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama halia dan bawang putih.

3) Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar. Tumis bawang tersebut hingga layu. Boleh masukkan daun pandan yang telah disimpul (saya tak letak sebab takde).

4) Kemudian, masukkan pula susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).

5) Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).

6) Masukkan pula air dan garam kemudian masak nasi macam biasa.

7) Apabila nasi telah kering, boleh tuangkan pewarna. Aku buat lubang dalam 4 lubang camtu n tuang sikit2 pewarna tu. Pastu tutup semula periuk dan biar kering lagi. Selepas beberapa minit barulah dikacau. Kalau masih nampak banyak nasi yang masih putih, tuang lagi sikit pewarna tu. Sampai colour kelihatan cantik macam nasi saya tu yer. Hihi...perasan lak.

7) Kalau ada kismis bolehlah masukkan masa ni yer. Ok, siap untuk dihidang.

Nasi minyak ni boleh dihidang bersama ayam masak merah dan dalca daging. Lebih sedap kalau ada rojak nenas atau pajeri nenas. Nyum3...memang rasa macam makan kat kenduri kahwin.

Untuk yang di perantauan macam kami ni bolehlah cuba resipi ni yer. Untuk yang ada kat Malaysia pun apa salahnya kalau nak mencuba. Kan elok memahirkan diri dalam bidang masakan ni. Hihi...suami pun makin sayang. Huahaha...yorlah tu.

Selamat mencuba

Penubuhan M-D Club

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum W.B.T

Wahh...lama sungguh tak update blog ni. Dah bersawang tahap gaban ni, mungkin bukan tahap gaban lagi tahap satria baja hitam bole tak? Hihi...teringat pulak zaman budak2 dulu ada cerita Gabanla, Satria Baja Hitam lah dan macam2 lagi lahh...Bukannya apa, sejak akhir2 ni kemalasan aku ni semakin menjadi2. Aku lebih suka membaca berita2 terkini kat Malaysia lah pulak. Takpe, pasni aku akan cuba mengupdate blog ni sekerap yang boleh. Yorla...tu Puan Naza. Hihi....


Itu bukan benda yang aku nak cerita sebenarnya tapi entry kali ni nak bercerita tentang kewujudan M-D Club. Walaupun nama dah seakan McD Club, Hihi....tapi nama tersebut dipilih kerana mewakili tempat tinggal kami iaitu Marrickville dan Dulwich Hill. Kelab ini merupakan kelab untuk penduduk Melayu di sekitar Marrickville dan Dulwich Hill. Ianya ditubuhkan supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti riadah, berkongsi buah fikiran disamping menghilangkan rasa tension selepas penat menjalankan tugas sebagai student.


Sebahagian ahli M-D Club yang sedang menjamu selera


Walaupun ahli kelab sekitar 22 orang merangkumi 11 keluarga tapi pada aku ia amat sesuai sebagai permula
an. Aktiviti pertama M-D Club adalah mesyuarat perlantikan Pengerusi , Setiausaha dan AJk. Semasa aktiviti ini dijalankan, beberapa acara seperti bbq, potluck dan acara berebut coklat dikalangan anak2 juga turut diadakan. Kali ni, kami memilih membawa bihun goreng dan kuih donut sambal. Tapi untuk program kali ni ramai pulak yang membawa menu yang sama dengan kami. Rasanya ada 4 atau 5 versi bihun goreng. Ehm... nampaknya lepas ni kami kena pilih menu yang lebih menarik lagi. Hihi...barulah variasi nak makan betul tak? Takpelah, lagipun masa pergi kami memang tak sempat pun nak bincang bekal yang bakal dibawa.


Antara potluck2 yang dibawa. Hah...cuba kira ada berapa bihun goreng.

Acara perlantikan dan bbq ni kami adakan sekali lagi di Tempe (Boleh nama tempat ni sama dengan nama makanan Jawa...haha...). Acara bermula pada pukul 2.30 petang dengan acara BBQ sebagai permulaan sehinggalah selesai makan barulah proses perlantikan pula bermula.


Itu dia ayam bbq. Ayam kami masih dalam mangkuk biru tu lagi ye nampaknya.


Pemandangan sekitar pondok tempat kami berteduh. Cantik kannn....


Di bawah ni merupakan senarai nama AJK M-D Club yang telah dilantik:

Tuan Pengerusi : Saudara Hakimi
Setiausaha : Puan Zulina

AJK rekreasi : Saudara Norizan

AJK IT : Saudara Azizi

AJK keagamaan : Saudara Herman


Selesai proses perlantikan dan pemilihan AJK, satu lagi acara permainan untuk anak2 pula bermula. Mereka dikehendaki beratur di garisan permulaan dan berlari untuk merebut habuan iaitu coklat, gula2, mamee dan rota. Permainan ni kami bahagi kepada 2 group untuk kanak2 yang berumur sekitar 3 thn ke bawah dan 4 thn ke atas. Tapi yang kelakar anakku Hafiz boleh join kedua2 group. Hihi...suka hati dia je, mentang2 mama dia yang tabur "jajan" bolehlah dia kutip bebanyak. Amna pulak tak join sebab kaki dia pulak sakit. Ehmm....balik rumah mulalah berebut jajan yang Hafiz dapat.


Tengoklah Hafiz tuh, orang belum mula lagi tapi dia kutip coklat dulu


Hafiz join kutip coklat untuk 2nd round

Selesai semua acara, kebanyakkan ibubapa menemani anak2 mereka bermain di taman permainan berdekatan. Sakit kaki Amna pun hilang bila dapat main gelungsor semua. Kalau tak sepanjang aktiviti lain asyik cakap "Mama, Amna nak main kat sana, takpe Amna boleh pergi dengan Hafiz." Sesuka hati dia jek nak main tanpa mama dengan ayah. Huhu... anak aku yang sorang ni masam je muka dia sepanjang aktiviti lain sampaila dia dapat main kat park tu barulah nampak dia senyum.


Selepas penat bermain, kami pun balik ke rumah dalam pukul 6.00 petang. Pasni bolehlah tunggu aktiviti seterusnya pulak ye. Tungguuuu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...