Panduan setibanya di Sydney Airport

Author: Herman & Naza // Category:
Untuk pengetahuan anda semua, pemeriksaan kastam di Sydney Airport (Australia secara umumnya) adalah sangat ketat. Seperti biasa, sebelum kita melepasi imegresen, borang deklarasi (declaration form) perlu diisi. Perlu diingatkan, declare segala barang yang tercatat dalam borang tersebut, khususnya barang makanan. Adalah menjadi suatu kesalahan, kalau dia dapat kesan barang tersebut tapi tak ada declare dalam borang tesebut.

Antara barang2 yang dilarang dibawa ialah makanan berunsurkan tenusu (spt milo 3 in 1, nescafee 3in 1, dsbg), daging, susu tepung kanak-kanak, makanan diperbuat dari telur, makanan kering yang tidak berlabel (spt bawa cili kering yg dibungkus sendiri, bilis etc), makanan berunsur sayuran dll. Jangan sekali2 membawa makanan daripada flight spt sandwich, burger, hotdog, kerana anjing2 kastam akan terus menerkam kerana dia mengesan adanya bahan makanan. Kami sudah terkena, nasib baik masuk di beg plastik lain. Kalau dalam beg, dah tentu nak kena samak beg tu. Barang2 seperti ini juga termasuk dalam bahan larangan. Mereka akan rekod sebagai kesalahan, dan akan kena denda (tak ingat berapa dolar, tapi agak mahal), nasib baik kami di maafkan sebab 1st time ke Australia.

Ada 2 peringkat pemeriksaan kastam. Sejurus selepas anda melepasi kaunter imegresen (cop passport), anda akan memasuki kawasan tuntutan bagasi. Di sinilah akan ada banyak polis2 kastam bersama anjing2nya berkeliaran mencari mangsanya. Kalau ada tertangkap di sini, kesalahan anda akan direkodkan dan besedia untuk membayar samannya... Selepas itu, ada akan beratur memasuki green/red line clearance. Kalau anda ada declare apa2 barang yang tersenarai dalam form, terus masuk ke line merah. Dia akan scan semua beg sekali lagi. Walaupun masuk ke green line, dia akan scan beg anda juga. Kalau dia jumpa sesuatu yang mencurigakan, mereka akan suruh buka beg dan keluarkan. Antara barang kami yang sangkut di sini ialah susu tepung baby dan milo 3 in 1, tapi kami tak declare pun dalam form. Nasib selepas negotiate dia lepaskan tapi mereka ambil barang tersebut.

Itulah peringatan dari kami kepada sesiapa yang ingin mendarat di Australia. Berwaspadalah. Untuk keterangan lebih tepat sila lawati website Australian Customs di http://www.customs.gov.au/site/page.cfm?u=4725

Patung Barbie Amna yg comel

Author: Herman & Naza // Category: ,

Ni la patung Barbie Amna yang baru. Gambar ni pun Amna sendiri yang ambil. Dia yang suruh mama dia masukkan dalam blog. Walaupun patung ni tak berapa nak besar tp terasa dia hargai sangat apa yang mama dia belikan. Memang dah banyak kali juga dia mintak nak patung barbie. So, jumpalah patung ni dekat Tek's dengan harga yang agak murah. Hehe... AUD 4.90 jek.

Bolehla Amna, pasni dah tak payah mintak lagi. Tapi rupanya hari ni dia mintak plak patung Princess. Menurut Amna patung barbie dengan patung pricess tak sama. Patung princess boleh fly. Ish tak faham betulla manalah plak dia dapat pengaruh patung2 ni ek. Kalau ikutkan dia banyak tengok Mickey Mouse, Barney, Tigger n Pooh, Bob the builder n Bear in The Big Blue House je. Pasal princes2 ni, ehmm.... ish tak paham tak paham.... Inilah anak perempuan kami yang memang ada aje permintaannya. Setiap kali pergi K-Mart or shopping complex mesti ada je barang mainan yang diordernya. Kebetulan kat sini memang banyak katalog2 yang datang singgah.

Setiap kali ada katalog baru mesti dia akan cakap "nanti tunggu mama gaji, belikan Amna basikal ae" sambil tunjuk gambar basikal kat katalog. Kalau dulu, dok kat Senai bolehla main basikal kat luar rumah. Sekarang dah dok sini nak main kat mana yek. Dalam umah ke??? Adus anak kami sorang ni....Poning kepala dibuatnya...

Lagi satu yang peliknya, dia tak perasanla plak agaknya mama dia sekarang
mana gaji lagi. Sah2la dok kat umah hari2. Tapi al-maklumlah nama pun budak, kita terangkan pun sekejap je dia paham.

Kediaman kami di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:




Inilah keadaan rumah kami kat Sydney. Ehmmm.... simple je tapi alhamdulillah agak selesa. Kat sini tak sama macam kat Malaysia. Kalau kat sini banyak kedai2 2nd hand yang menjual perabot yang masih elok dengan harga yang agak berbaloi. Kalau kat Malaysia, perabot biasanya kena beli baru dan belum jumpa lagi kedai barangan 2nd hand.

Kami pilih untuk beli barangan 2nd sbb memandangkan kos nak beli perabot baru sangatlah mahal dan agak membazir memandangkan kami hanya menetap di Sydney 3 tahun sahaja.

Mengimbas kembali masa mula masuk rumah ni dulu. Memang kosong dan kebetulan kami masuk rumah ni pada hari Sabtu. Jadi, kebanyakan kedai untuk membeli tilam dah tutup kerana mereka hanya buka kedai separuh hari sahaja. Masa tu, kami tidur beralaskan selimut dan baju panas sahaja. Nasib baiklah keseluruhan rumah ni berlantaikan carpet. Agak sejuk juga tapi masih ok kalau nak dibandingkan dengan mozek. Sedih betul kalau dikenang. Kalau semua nak tahu kat sini, oleh kerana pukul 5.00pm matahari dah terbenam jadi kebanyakan kedai akan tutup bermula pukul 5.00 petang. Kalau di Malaysia, kebiasaannya kami pergi shopping pada waktu malam berbeza di sini waktu untuk shopping hanya di siang hari sahaja.


Keadaan rumah kami yang masih kosong tanpa sebarang perabot.


Ini pula, keadaan dapur kami masa mula2 masuk rumah dulu. Nasib baiklah cabinet tu dah ada. Fuhh... kalo tak payah juga nak letak barang seperti pinggan-mangkuk, cawan, periuk dan barang dapur yang lain. Dapur ni dilengkapi dengan dapur elektrik, oven dan grill.

Yeahh.... dapat ambik gambar Hafiz

Author: Herman & Naza // Category: ,

Dapat jugak ambik gambar Hafiz ni betul2. Walaupun baju tak berapa nak ok tapi bolehla. Kalo tak payahnya alahai nak ambik gambar dia. Al-maklumlah, Hafiz ni kan lelaki jadi tak pandai berposing macam kakak dia. Rasanya kalau masa Amna, memang dari kecik dah pandai posing.Kalau orang nak ambik gambar dia je, macam2la aksi dia yang keluar secara tak sengaja...Hehe... Kalau Hafiz ni kita nak ambik gambar dia je dia beria nak pegang camera. Hah kat bawah ni ada lagi satu gambar Hafiz.


Hafiz tgh main aper tu??? nampak gigi Hafiz yang dua batang tu bila senyum.

Kali pertama raya di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:

Ini adalah gambar kami sekeluarga pada Hari Raya Pertama. Citer pasal raya ni, gembira pun ada, sedih pun ada bila kenangkan beraya di perantauan ni memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan kat Malaysia. Kat sini, kita sambut cuma pada hari raya pertama je. Kalau kat Malaysia, sebulan masih beraya lagi. Syokknya....

Selepas ambil gambar, kami sekeluarga pergi ke Malaysia Hall. Dekat sana barula nampak kemeriahan tu.


Nila gambar masa kat Malaysia Hall. Memang sesak juga kat sana sebab memang ramai sangat student yang pergi beraya kat sana. Kat sini macam2 juga juadah disediakan. Kami pun ada jugala bawa sikit kuih untuk menambahkan hidangan. Kami bawa popiah sardin. Contoh juadah lain macam laksa, nasi himpit dengan kuah kacang, bihun soto, roti jala, roti canai dan ada lagila yg mungkin kami tak perasan.

Tapi kami takla makan sumer pun sebab kami pun masak juga kat rumah. Macam kat Malaysia, sini pun ada bahan nak buat rendang, ketupat segera, ayam masak merah dan kuah lodeh.
Banyak jugaklah masak tapi tak sangka juga bole habis. Makanan tu kami bawak ke rumah kawan suami kat Marrickville. Kebetulan mak dan ayah mereka beraya kat sini, so kami dijemput untuk datang ke kediaman mereka sama2 menikmati juadah hari raya.
Mereka pun ada masak rendang, ketupat, ayam masak merah dan nasi lemak juga. Kiranya kat sini memang tak kempunan la nak rasa masakan Malaysia sebab kat sini sume ada. Jangan tak caya serai, lengkuas pun ada jual kat sini.


Ini plak gambar kami di masjid Lakemba. Kat sini memang komuniti masyarakat Islam ramai. Masjid ni dibina sejak tahun 1970 lagi. Ini adalah gambar sehari sebelum hari raya.

Amna dan tigernya

Author: Herman & Naza // Category: ,

Hah tengokla tiger ni pun dipakaikan tudung. Saper lagi kalo bukan Amna yang pakaikan.Kalau nak tahu kami belikan Amna tiger ni di K-Mart dengan harga AUD 0.75 je.Kami pun hampir tak percaya dengan harganya kalo ikutkan kat label AUD 12. Memang masa tu ada sale pun kat K-Mart.

Selain tu kami belikan Hafiz bear.
Tak tahu nak belikan Hafiz ape, kebetulan harga bear tu hanya AUD 8. So, bolela belikan Hafiz. Patutnya Bear untuk Amna n Tiger utk Hafiz. Ni dah terbalik ni. Tapi nak buat camne dah Amna suka tiger tu. Bole jela......


Hah nila koleksi patung2 Amna n Hafiz kat sini. Setakat ni baru empat je sbb baru 2 bulan kami kat sini. InsyaAllah akan bertambah kalau ada sale kat mana2 nanti. Minnie mouse tu makngah diorang yang bagi sempena besday Amna setahun. Thanks Ila. Barney tu pulak Hafiz yang suka peluk. walaupun Barney tu kecik je saiznya tapi bolela untuk ada2. So, dua ni bawak dari Malaysia. Nak bawak2 banyak2 memang tak muat beg.


Ni plak aksi Amna bergambar dengan tigernya. Amna ni kalau disuruh posing memang suka.


"Hafiz, Amna pinjam bear Hafiz jap tau mama nak ambik gambar Amna ni".

Jalan-jalan ke Ikea

Author: Herman & Naza // Category: ,

Gambar Ikea dari sudut tepi.

Alhamdulillah diam tak diam dah seminggu kita beraya. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat yang mengenali. Walaupun kemeriahan Hari Raya di Sydney tak sama macam kat Malaysia tapi kami tetap sambut dengan gembira.

Semalam kami sekeluarga buat pertama kalinya pergi ke Ikea. Kalau sebelum ni, tak pernah pergi pun Ikea yang ada kat Malaysia tapi kat sini kami pergi setelah meneliti barangan Ikea di internet dan katalog yang datang ke peti surat rumah kami.

Tak sangka, rupanya Ikea menjual barangan dengan harga berpatutan. So, semalam kami pergi untuk membeli beberapa barangan kelengkapan rumah seprti carpet, meja sudut, dan pasu bunga. Dah 2 bulan di Sydney, rasanya time raya nilah nak decorate rumah. (Hehe... dah seminggu raya baru sibuk nak beli). Kalau nak masuk kedai perabot lain memang seram melihat harganya yang mahal2.

Tapi kat Ikea ni pelik sikitla, sebab kalau kita nak beli barang, kita kena cari kat dalam diorang nya warehouse. Dahla warehouse tu besar. Aduh penatnya berjalan. Nak mencari lagi. Nasib baiklah kitorang memang dah servey dari rumah barang ape yg nak dibeli. Kalo tak jenuh... mesti amna dengan Hafiz boring jek. Itu pun kitorang dah tersalah masuk ke diorang punya showroom. Patutla, hanya barang2 kecil je yang orang ambil rupanya kalau nak ambik barang lain dekat warehouse. Hehe.... entah ape2 je. Tapi okla, pengalaman macam ni best sebenarnya untuk mengajar kita dok kat negara orang ni.

Setelah penat berjalan, kami pun singgah makan di McD halal di Puncbowl. Masa ni GPS buat hal plak. Dia bawak kami jauh berjalan, pastu salah jalan plak. Amna pun dah boring je dok dalam kereta. Nasib baik Hafiz tdo, kalo tak mesti dia pun dah meragam.

Selepas perut dah kenyang, kami singgah pula di BigW untuk membelikan Amna dan Hafiz car booster. kat sini, budak kecil macam diorang ni pun kena pakai seatbelt jugak. Kita tak boleh pangku masa dalam kereta. Kalau polis nampak, memang kena saman. So, kena jugalah belikan.

Tengok Amna duduk di car booster nya yang baru tu.

Gambar di Marrickville Park

Author: Herman & Naza // Category:

Aksi Amna nak panjat tangga gelongsor.


Sukanya Amna bila main gelongsor ni.

Gambar di Canterburry Park

Author: Herman & Naza // Category:

Ni masa baru sampai. Wahh bersemangatnya Hafiz. Tak sabar agaknya nak main gelongsor dengan buai.

Tengok ape tu Hafiz... sampai da tak perasan mama ambik gambar dia.


Amboi Amna ngan Hafiz ni sukanya bila sekali sekala dibawa ke taman permainan ni. Nasib baik buai camni pun ada safety belt. So, takla bahaya untuk si Hafiz ni. Almaklumla, umur baru setahun tapi sume benda dia nak cuba.


Hafiz dah keletihan setelah penat bermain buai dan gelongsor. Ala....cian dia.
Jap lagi kita balik ae.

Nasi Ayam

Author: Herman & Naza // Category:

Bahan-bahan

Untuk nasi

3 cawan beras

2 sudu butter (marjerin pun boleh)
satu inci halia dikisar,
3 ulas bawang putih dikisar

air rebusan ayam
Garam


Untuk rebusan ayam
1 inci halia dikisar,
3 ulas bawang putih dikisar,

Bahan untuk perap ayam sebelum digoreng atau dibakar
3 sudu sos tiram,
3 sudu kicap,
2 sudu besar madu
2 inci halia dikisar,
3 biji bawang putih dikisar.


Untuk sup

1 biji bawang besar,

sedikit rempah sup,

air rebusan ayam,

Garam

Serbuk perasa


Bahan Untuk Sos
4 biji lada merah,

2 ulas bawang putih,

1/2 inci halia,

2 sudu sos cili,

Garam,

Gula


Bahan Hiasan
Daun sup
Bawang goreng


Bahan-bahan lain
Salad
Timun
Tomato

Cara- cara memasak nasi
Tumis bawang putih dan halia menggunakan marjerin @ butter.
(Tumis dalam periuk nasi).
Bila naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan.
Kemudian masukkan air rebusan ayam (menigikut sukatan seperti masak nasi biasa) Garam secukup rasa. kemudian masak seperti biasa.

Cara- cara memasak ayam
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih hingga ayam separuh masak.
Angkat ayam dan perap bersama bahan perapan paling kurang 10 ~ 15 minit. (Lagi lama lagi sedap). Kemudian goreng atau bakar ayam hingga masak.

Cara membuat sup
Tumis bawang yang telah dikisar bersama rempah sup.
Masukkan air rebusan ayam tadi. Garam dan serbuk perasa. Masak sup seperti biasa. Hias bersama daun sup dan bawang goreng untuk rasa lebih enak dan bau yg lebih wangi.

Cara membuat
sos
Manakala untuk sos pula, blend cili merah bersama halia dan bawang putih. Masak bahan tadi , kemudian masukkan sos cili, garam dan gula.


Will be updated soon

Author: Herman & Naza // Category:

Gambar-gambar di Malaysia Hall

Author: Herman & Naza // Category:

Anak lelaki kami sedang mengetuk2 cermin pintu almari siapan dinding.


Kelihatan 2 daripada 3 meja study. Dua tilam bujang terpaksa kami turunkan ke lantai kerana anak-anak kami tidur sangat ganas...


Gambar kami di hadapan Malaysia Hall Sydney.

Kediaman sementara di Malaysia Hall

Author: Herman & Naza // Category:
Sebelum anda sampai ke Sydney, anda perlulah merancang terlebih dahulu di mana anda akan menetap sementara sebelum mendapat kediaman tetap. Pada kebiasaanya, pelajar Malaysia yang akan belajar di sekitar Sydney (UNSW, UniSyd, UTS), akan menetap sementara di Malaysia Hall Sydney (Dewan Malaysia Sydney). Lokasi MHS adalah di 2A, Alison Road, Randwick, NSW 2031. Bilik (studio room) biasanya dilengkapi dengan 2 katil bujang, 3 meja study, built-in wardrobe, toilet dan shower.

Sesiapa yang ingin belajar di sekitar Sydney bernasib baik kerana adanya MHS ini kerana sewanya agak berpatutan sekali. Sewa untuk pelajar adalah AUD6/sehari manakala untuk pasangan AUD12/sehari. Tiada sewa dikenakan untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun. Selain itu, makanan di sini disediakan oleh pihak Malaysia Hall (tidak dibenarkan masak di bilik). Pihak yang mengelolakan makanan adalah 'Abang Sham' dan tukang masaknya. Jadi perlulah bayar yuran untuk makan!! Kalau tak silap saya, yuran adalah AUD8/sehari untuk pelajar dan AUD12/sehari untuk pasanagan. Tiada yuran untuk kanak-kanak (rasanya bawah 3 tahun), untuk kanak-kanak ni kena confirm lagi dengan abang Sham samada perlu bayar ke tak? Yuran makan biasaya dibayar advance terus kepada abang Sham (bayar per week pun OK). Makanan di sediakan 2 kali sehari, sarapan pagi (7~10pagi) dan makan malam (6~8malam).

Jadi untuk tidak melepaskan peluang tinggal sementara di MHS, anda perlulah mohon awal sekurang-kurangnya sebulan sebulan tiba di Sydney kerana bilik sentiasa penuh. Kalau tidak anda mungkin perlu tinggal di hotel2 murah yang sewanya lebih kurang AUD50~100/sehari. Untuk yang masih bujang, anda berpeluang mohon tinggal untuk jangkamasa panjang (mungkin sepanjang anda berada di sini). Untuk pasangan, tempoh dihadkan kepada 2 minggu sahaja (paling lama 3 minggu atas belas ikhsan perngurus MHS). Dalam masa tersebut perlulah berusaha untuk mencari rumah seberapa segera kerana suasana di dalam bilik MHS tidaklah sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai anak2. Untuk mendapat borang permohonan, anda boleh dapatkan di website ini:
http://www.msda.org.au

Borang yang telah lengkap bolehlah di scan dan dihantar by email kepada Puan Norhani Yunus (kami panggil Kak Nani) iaitu wardens MHS di alamat myhallsydney@msda.org. Boleh juga fax kan ke +61(02)9398 5535. Dalam masa 2~3 hari, Kak Nani akan balas samada berjaya atau tidak. (Tips: kalau tak berjaya, email lagi lebih kurang macam rayuan. InsyaAllah Kak Nani akan ikhtiarkan, ini berlaku pada saya).

Note: Bagi yang tinggal di Melbourne, ada satu lagi Dewan Malaysia di Melbourne.

OK. Selamat mencuba sesiapa yang nak belajar di sini. Sila lihat di bahagian Galeri (Blog Menu) untuk melihat gambar2 keadaan di MHS.

TV MALAYSIA: 8TV

Author: Herman & Naza // Category:
Click on the logo for your favourite channel. 
 

Selamat datang ke blog kami

Author: Herman & Naza // Category:
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke Blog Herman & Naza. Blog ini sedikit sebanyak mengisahkan perjalanan hidup kami di negara orang (Australia) demi untuk mencapai cita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Semoga pengalaman, kisah-kisah hidup, pandangan, maklumat, informasi dsb yang dikongsi di sini dapat menjadi panduan dan pedoman kepada anda semua.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami ini.
Herman, Naza, Amna, Hafiz

TV MALAYSIA: AL-HIJARAH

Author: Herman & Naza // Category:
Click on the logo for your favourite channel. 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...