Ai la bubur kacang

Author: Nazariah // Category:



Saya tak ingatla pulak kenapa saya pergi carik pakcik google hari ni....tapi tiba2 saya terbukak blog Mat Gebu, resipi bubur kacang durian. Dalam dok berfikir2 nak pergi beli durian hujung minggu nanti, saya terus ke dapur dan merebus kacang hijau yang ada.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, sesungguhnya saya tak boleh singgah ke blog resipi...habis semua resipi saya nak cuba. Tak cukup dgn tu, nak buat sekarang juga...erk...apakah???

Maka, inilah hasilnya....

Ekceli, bubur ni tak tgk resipi pun...huhu, tp tertarik dgn gmbr bubur durian mat gebu tu...

Huhu, xde durian bubur kacang tanpa durian pun jadik...semalam roti telur, hari ni bubur kacang...ai, esok, lusa, tulat apalah pulak...



Author: Herman & Naza // Category:


Order code: #CIC02

Aisyaku sayang

Author: Nazariah // Category:

As-salam,

Lama sgt tak update pasal si kecik aisya...erm, sekarang aisya dah berusia 6 bulan 2 mggu.

1) Dah boleh meniarap, mengundur, berpusing
2) Dah makan roti, biskut, nasi blender bersama ayam dan sup atau msk2 bening sayur
3) Pandai duduk(tp kena dudukkanlah) dah tahan sgt lama mmg dah jarang jatuh, kalau pandai duduk sendiri kena pandai merangkak dulu rasanya. Tapi, baru tadi dah cuba dok sendiri n berjaya...yeahh...gelak2 dia suka...
4) Dah angkat bontot dan bengkokkan kaki...tp belum gerak ke depan..hihi..
5) Kalau kita bye2...dia dah pandai angkat tgn smbil gerakkan jari..
6) Suka ketawa kalau abg n kakak main dgn dia.
7) Dah beberapa kali jatuh dari katil.. adus, bahaya ni...huhu... nasib baiklah rumah ni carpet sepenuhnya....kena berjaga2 lepas ni...
8) Dah pandai tgk tv, suka tgk kartun warna- warni agaknya... khusyuk sgt kalau tgk tv
9) Kalau dpt laptop mmg dia dah pukul2 guna tgn, sgt bahaya laptopku itu...dah la nak pakai lama...hihi..
10) Baru semalam dah pandai minum guna straw...hihi...terror kan...:p

Setakat ni dulu kot.. nnt kalau ingat, aku tambah lagi lah...

Jom layan gambar Aisya

Lihat pipinya, berkilat sungguh...hihi

Nak senyum tapi malu2 miow...ngeh3

Tetiba gelak sungguh2 pulak...:p

Entah ape x kena, after gelak boleh plak cemekkan muka...lawaklah aisya ni...



Author: Herman & Naza // Category:

Chocolate Indulgence


Order code: #CIC01

Author: Herman & Naza // Category:

Pavlova

Order code: #PLC01

Author: Herman & Naza // Category:

Tiramisu Cake


Order code: #TMC01

Author: Herman & Naza // Category:

Sponge cake with strawberry filling


Order code: #SFC01


Author: Herman & Naza // Category:

Chocolate Moist

Order code: #CMC01

Author: Herman & Naza // Category:

No-baked/ Chill Cheese Cake

Order code: #CCC01


Order code: #CCC02

Author: Herman & Naza // Category:

Red Velvet Cake

Order code: #RVC01


Order code: #RVC02


Order code: #RVC03

Roti manis inti kaya

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Semalam pergi kedai Indon, en.suami belilah roti manis inti coklat 2 biji khas utk Aisya. Balik rumah, roti tersebut menjadi rebutan oleh kakak dan abg pulak. Pastu baru perasan haga sebiji roti adalah Aud 1.60...wow, mahal tu.... kalau kat Msia bukan sebiji Rm0.50 ke? ke dah naik harga, aku pun tak tahu...

Jadi, hari ni untuk tak menghampakan anak2 yg tak cukup mkn roti mlm td, mama buat roti manis inti kaya... ni pun kaya homemade tau...hikhik...Jem coklat pulak dah habis, so idea kaya ni dtg dari en. suami. Rasa roti ni, lembut mcm kat kedai juga...ehek...perasan..so, aku tempek resipi roti dan resipi kaya kat sini utk senang nak buat siaran ulangan lepas ni...



Bahan-bahannya

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, aku bentukan bulat2 je macam buat pau.Setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


Resipi kaya

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • santan pekat (500gm)
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.

Jadual elaun staf universiti cuti belajar 2012

Author: Herman & Naza // Category:
Berikut adalah Jadual Bayaran Elaun Keluarga bagi staf cuti belajar di Australia/ UK yang dibayar oleh universiti masing-masing bagi Tahun 2012/ 2013. Semoga anda dapat mengurus elaun tersebut sebaik mungkin.


Jadual elaun SLAB/SLAI KPT 2012

Author: Herman & Naza // Category:
Berikut adalah Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup Luar Negara di bawah Program Biasiswa KPT bagi Tahun 2012. Semoga anda dapat mengurus elaun tersebut sebaik mungkin.


  • Anda boleh menyemak butiran pembayaran bagi elaun KPT di website ini:

  • Sebarang pertanyaan kepada KPT, boleh rujuk direktori berikut (Bahagian SLAB/SLAI)
  • Anda juga boleh menyemak jadual elaun bantuan keluarga (daripada universiti masing-masing) sebagai contoh di bawah:

Resipi unbaked cheese cake

Author: Nazariah // Category:

Atas permintaan Nadeeya dan Dillaila, aku share resipi cheese cake mudah ni...sila2 lah cuba..kos dalam 6 dlr je...hik3..kat M'sia tak tahulah berapa ye..sure murah buat sendiri banding nak beli...:)


Bahan Base:

14 keping biskut marie yang dikisar halus (nak guna oreo pun boleh tp buang krim dia dulu)
100 gram marjerin (dicairkan guna microwave)
2 sudu besar caster sugar (sekiranya guna biskut kurang manis)


Bahan cream:

500 gram cream cheese (beli WW brand je..hihi 250g, baru 2 dlr)
300 g sour cream (nak guna whipped cream pun bole)
1 camt esen vanilla
150 gram caster sugar
(tak perlu guna gelatin halal sbb tu guna 500gram cream cheese, susah nak cari kat sini)

Untuk perasa blueberry tadi pula, masukkan 3 sudu teh gula, (agak2 sendiri manisnya) dan masak bersama buah blueberry guna microwave...kemudian tapis dan tggu sejuk untuk kelihatan likat...(yg ni, nak guna jem pun boleh tapi sgtla manis)...ikut suka masing2...


Cara-cara

1)untuk base, kisar biskut marie hgga hancur, kemudian masukkan didalam bekas...kacau bersama mentega dan caster sugar td...
2)Ratakan dalam loyang yang di alas alumunium foil...tekan2 sehingga padat
3) masukkan di dalam frige 10 hgga 15 minit
4)Untuk cream pula, putar kesemua bahan hgga betul2 gebu, bila sebati dan gebu curah ke atas biskut marie tadi..kemudian ratakan
5) Curahkan blueberry yg telah sejuk tadi ke atas kek
6)Masukkan kek dalam fridge selama 4 jam dan sedia utk dimakan

Nilah hasilnya...ni baru 2 jam dlm fridge si anak dah tak sabar nak mkn...tu yg nmpk belum betul2 cantik....kalau dibiar semalaman, mmg cantik je bila dipotong..hihi..:)

~ Selamat mencuba ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...