Holiday to Wollongong

Author: Nazariah // Category:
As-salam semua...

Lama rasanya tak berblog...kadang2 ada juga cerita yang mahu dikongsikan tapi kesihatan diri membataskan untuk berblog. Tapi alhamdulillah sekarang dah semakin pulih....diharap penyakit ini tidak berulang.

Entry kali ni nak cerita tentang percutian kami ke Wollongong. Pada hari Sabtu lepas, kami bersama tiga keluarga lain bertolak ke Kiama, Wollongong untuk melihat sendiri "Blow Hole". Kami bertolak seawal 7.30 pagi dah perjalanan mengambil masa selama 2 jam. "Blow Hole" terjadi biasanya ketika air pasang... biasanya bila air pasang, pukulan ombak yg kuat akan menyebabkan air masuk ke dalam lubang di celah batu di situ dan terhasillah air pancut.

Sejurus sampai di Kiama..pemandangan indah kawasan sekitar....
Bergambar di hadapan satu-satunya menara di situ
Ayah bersama kakak Amna dan abang Hafiz
Kawasan batu tempat terjadinya "Blow Hole"
Mama dan anak2...

Sejurus sampai di sana, kebetulan air tgh pasang...jadi kami sempatlah juga merakamkan video blow hole ni cuma pancutan air utk video ni kurang tinggi la pulak... tapi siap je sessi merakamni, timbul pula air pancut yang tinggi...tapi time tu tak standby kamera...erm..melepas...Actually kalau rajin boleh je tunggu lagi tapi biasalah bila dengan anak2 diorang cepat bosan...jadi kami meneruskan aktiviti mengambil gambar di kawasan sekitar pula...

Lagi gambar berlatar belakang kan laut yang indah...

Sukanya anak2 ku ni bila jumpa kawasan lapang macam ni...puas berlari2...

Aktiviti seterusnya adalah lunch time... hihi...masa ni perut pun dah berkeroncong minta sesuatu al-maklumlah sarapan pagi seawal pukul 6.30 pagi.. jadi, pukul 11 lebih perut dah lapar... Alhamdulillah kami dapat satu meja untuk menghidang makanan yg kami bawa.... kami bawa nasi himpit, kuah lodeh dan rendang daging, kak Mas pula bawa nasi lemak, Su pula bawa nasi putih dengan ayam masak percik bersama sayur kacang panjang. Manakala Azie pula bawa kari ayam. Kak Mas sempat juga meraikan hari jadi anak lelakinya Naufal yang ke 7... Happy birthday buat Naufal.

Lunch time sambil meraikan Hari Jadi Naufal...

Selesai makan, kami merupakan orang pertama yang mengundur diri sebab kami bermalam di hotel di situ manakala keluarga yang lain bertolak pulang untuk meneruskan agenda lain. Kami check in hotel pada pukul 1 ptg. Tiada aktiviti pun petang tersebut sebab masing2 dah kepenatan, so kami cuma merehatkan diri hinggan malam. Waktu malam pula, masa kami diisi dengan menonton movie. Bila tidur di hotel, anak2 lah yang paling happy...amna cakap apa tau, "mama kenapa kita tido hotel satu malam je?" ehm....tak puaslah tu...

Hotel tempat kami menginap

Suasana dalam bilik hotel...

Keesokkan harinya, kami check out hotel pada pukul 10 pagi dan terus bertolak ke Jamberoo Theme Park... Walaupun cuaca agak panas, tapi air di situ masih terasa sejuk. Tapi yang pelik, ramai orang yang masih mandi berendam lama2 kat situ...kami yang masuk sekejap sambil melayan anak pun terasa sejuk.... Selesai main air, bergambar dan makan kami bertolak pulang.

1st activity, naik train dulu...pusing2 sekitar Jamberoo Theme Park
Ramai je orang yang mandi walaupun air sejuk....
Dari tempat rehat kami
Kakak bergambar dengan frog
Dua beradik yang sibuk main...
Bergambar dlm kapal kecil...
Bergambar lagi sebelum pulang...

Sangat berpuas hati dengan percutian kali ni...pasni nak jalan2 mana pulak ek?




***kena tunggu cuti sekolah bulan Septemberla nampaknya nak jln2 lagi...***







Ragam anak-anak

Author: Nazariah // Category: ,



Ini saje nak upload gambar anak dara aku yang sorang ni... berangan mcm2 dah sekarang... siap ambik bunga mama dia nak letak kat telinga lah...pastu bergaya n suruh mama ambik gambar dia...

Ni lagi satu gambar kakak dgn adiknya... Si kakak suka pakai skirt tp dia tahu pakai skirt pendek cuma kat rumah je... adik plak tak sudah2 dengan baju Ben10 nya... ragam anak ni memang macam2.. geli hati dibuatnya..

Semalam balik dari ALDI, kami berbual dalam kereta pasal signal kereta depan yang lupa nak matikan...

Ayah : Apalah, kete depan ni..ingat betullah nak belok kanan, rupanya tak matikan signal...

Hafiz : Apa ayah? ayah cakap apa?


Mama : Hafiz faham ke kalau ayah citer pun...


Hafiz : Faham...Hafiz faham...


Mama : Ni ayah citer pasal signal kete depan lupa nak padam...Hafiz tahu ke signal tu apa?


Hafiz : Tahu...



Sama2 gelak...Hafiz2 kelakarlah...sume org ckp dia nak tahu..pastu pandai lak jawab tu... hai Hafiz2...ada je perkara yang mencuit hati kami.....












Makan2 McD di malam hari

Author: Nazariah // Category:
As-salam...

Malam semalam kami sekeluarga ke McD Puncbowl... nak dijadikan cerita tanpa diduga penyakit yg tidak diundang datang lagi...uwaa...sangat2 sakit...jadi oleh kerana tak berupaya dan tak bertenaga nak masak terpaksala aku request kat En. Herman nak makan kat luar malam tu...Bukan mengada yer...mmg tak boleh nak masak, nak duduk, nak berdiri semua sakit...

Kebetulan McD ada buat promosi untuk dinner sekarang ni. Harga untuk "Family Dinner Box" hanya beharga Aud 19.95 sahaja...kalau tak sakit memang kami tak pernah keluar makan waktu malam....1st time ni makan malam kat luar...hihi...kalau dengar mesti macam tak percaya kan...tp memang betul...yerlah...banding kat Malaysia, tak payah tunggu sakit, kalau malas nak masak je terus pegi kedai makan...restoran2 makan yang sedap2 pun banyak kat Malaysia...

Ni dia "Family Dinner Box" tu...

Dalam "Family Dinner Box" ni ada dua "Big Mac", dua "Cheese Burger", 4 kentang goreng, 1 set "Chicken Mc nugget" dan 4 cawan coke...murah kan...kalau kat Malaysia belum pernah ada lagi promosi sehebat ni...hihi...Sebelum ni McD buat promosi untuk lunch, masa tu siap dapat 2 sundae lagi...tp promosi tu dah ditamatkan baru2 ni...so, now promosi untuk dinner pulak...

Isi kat dalam...byk kan...

Wokey, jom layan 2 keping gambar yang sempat disnap malam itu...

Ayah n abang Hafiz...say "peace"...

Mama n kakak Amna..:)




***seronok juga sekali-sekala mkn kat luar...suasana kat McD pun sgt meriah...anak2 pun happy sesangat...***





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...