Karipap pusing

Author: Nazariah // Category:
Isnin lepas aku try buat karipap pusing. Kalau ikutkan, aku ni buat kulit karipap biasa pun failed tapi aku cuba juga buat walaupun husband aku ckp "tryla karipap biasa dulu".

Memandangkan proses buat karipap ni ada disertakan gambar untuk setiap step, tu yang aku yakin untuk cuba. Kalau tidak, aku pun tak tahulah jadi ke tidak karipap aku ni.

Untuk orang yang dah biasa buat karipap, mungkin diorang cakap aku buat lama sangat. Aku ambik masa dari pukul 11.00 pagi untuk proses membuat inti diikuti dengan menguli tepung dan pukul 4.00 petang baru siap. Haha...tapi ni ada gaklah aku rehat sekejap sambil makan, tidokan anak aku, mandi, sembahyang semua. Kira oklah tu sebab aku buat sorang, anak aku ada tolong juga tapi tolong sepahkan tepung je. Hihi....

Rasanya tak perlulah aku nak tulis kat sini cara buat sebab sangatlah panjang step dia. Lagipun, aku tak ambik gambar untuk setiap step yang aku buat. Pada aku, kalau takde gambar susah sikit nak faham.

So, untuk berkongsi resipi ni dan bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ke link di bawah

http://www.myresipi.com/top/detail/167

Dan, inilah hasil karipap pusing aku.


Ini rupa karipapku sebelum digoreng.



Ini pula hasil setelah digoreng. Jadi tak? Bolehlah kan....1st try...

Ok, selamat mencuba yer.


Nasi ayam untuk menu tengahari

Author: Nazariah // Category:
Nasi ayamku, nampak menyelerakan tak? Erm....


Seperti yang dijanjikan, semalam kami makan nasi ayam untuk menu tengahari. Sejak berpindah ke rumah baru, ini merupakan kali ke-2 masak nasi ayam.


Sebelum ni pun, dah ada entry resipi nasi ayam cuma masa tu gambar agak blur sebab kami ambik gambar tu sebelum berbuka puasa. Al-maklumlah rumah kami lampu warna kuning, ambik gambar pun xberapa clear.

So, untuk sesiapa yang ingin mencuba nasi ayam ni bolehlah ke link ini ya. Rasanya memang sedap, cubalah kalau tak percaya. Hihi...(perasan sungguh).

Selamat mencuba.

Sarapan pagi nasi lemak

Author: Herman & Naza // Category:
Ni dia nasi lemak kami. Ehm, sodapnya...nyam3


Hari ni kami sekeluarga sarapan pagi nasi lemak sambal sotong. Sama macam yang adik ipar aku (Ila) buat sebelum ni. Kalau ikutkan aku nak buat semalam sebenarnya, sekali tengok nasi banyak pulak. So, semalam kami sarapan nasi goreng jek. Tak mahu membazir lah katakan...


Actually, kitorang agak kerap juga sarapan nasi lemak ni. Hampir setiap minggu tapi biasa aku masak sambal udang. Tapi bila tengok Ila punya nasi lemak dengan sambal sotong, teringinlah pulak mengubah selera.


Bezanya, nasi lemak kami mesti ada telur. Walaupun selalu makan takde terpikir plak nak masukkan dalam blog. Tapi kali ni, husband aku ni plak yang excited ambik gambar. Pastu bila makan, rasa macam kat kedai pulak bila hias cantik2 camni. Ahaks, perasanlah plak...


Untuk makan tengahari ni plak aku nak masak nasi ayam. Sunday adalah hari memasak sedunia. Hihi...


Tunggu entry berikutnya ya...




Author: Herman & Naza // Category:

Makan petang kuih donut

Author: Nazariah // Category:
Salam semua,

Alhamdulillah percubaan pertamaku membuat kuih donut akhirnya menjadi. Lembut dan gebu gitu. Actually, aku kalau pasal buat kuih ni memang kureng sikit. Lagipun minatku lebih tertumpu kepada memasak lauk pauk sebab cuba sekali dah jadi. Lagipun aku rasa tangan aku ni kalau buat kuih kena cuba banyak kali baru menjadi. Tapi takpela, kalau tak cuba bila nak pandai yer tak???

So, hari ni aku pun mencubalah buat kuih donut untuk makan petang kami sekeluarga. First time aku buat kuih donut sebab kalau kat Malaysia, biasanya aku beli jek. Tapi bila dah dok kat sini, kalau aku tak cuba buat alamat tunggu balik Malaysialah baru dapat makan kuih2 tradisional ni.

Untuk sesiapa yang ingin mencuba, jom tengok resipi donut ni.


Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum (aku guna cawan yg gemuk)
  • 3 sudu kecil gula (kalau suka manis, bolehla tambah lagi)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 280 ml susu segar
  • 3 sudu besar butter/ marjerin
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara-cara penyediaan

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata.

2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3. Masukkan pula butter / margerin (aku guna margerin jek). Kacau sehingga sekata sampai dah jadi sebuku gitu. Kalau agak2 terlembik tambahla tepung sikit2 yer.

4. Kemudian keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.

5. Uli sehingga tak melekat ditangan dan buatkan bentuk bulat.

6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap dan biar naik 2 kali ganda

7 .Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.

8. Canaikan dan tekap guna bentuk bulat dan buat lubang di tengah. Dah...jadilah donut.

9. Bila dah jadi bentuk donut, tunggu dulu beberapa minit sebab tepung akan naik lagi.

10. Bolehlah sediakan minyak untuk menggoreng dan goreng hingga kekuningan.

11. Proses terakhir bolehlah salut dengan sugar powder.


Dan... Inilah hasilnya. Donut-donutku....

Ada juga yang aku buat bentuk pintal macam kat tepi tu, saja cuba2.

Ok, Selamat mencuba yer...

Proses perpindahan ke rumah baru

Author: Nazariah // Category:
Gambar ruang tamu


Alhamdulillah, proses perpindahan ke rumah baru telah berjalan dengan lancar pada 8 dan 9hb Januari yang lalu. Sebenarnya kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru pada hari Jumaat, 8hb Januari dan kami sempat membawa satu beg besar baju dan keseluruhan barang2 dapur. Barang2 dapur ni kami terpaksa bawa awal kerana persediaan untuk jamuan pada keesokannya. (Kalau tak bawak awal nak masak guna apa plak ye tak?)

Jutaan terima kasih kepada yang terlibat membantu kami dalam proses pemindahan barang (Sdr Yazid, Norizan, Hakimi, Zulkarnain, Shah). Jasa anda semua sangat dihargai. Pada pagi Sabtu, dapatlah kami menjamu mereka dengan sedikit kuih (Kuih keria je, keria lagi...Hihi) manakala untuk menu tengah hari pula, kami menghidangkan nasi ayam. Untuk sesiapa yang terlepas jamuan , InsyaAllah kami akan jemput sekali lagi ke rumah baru kami.

Sehingga ke hari ini, terasa gembira bila selamat menduduki rumah baru. Jika dibandingkan dengan rumah lama kami, sudah tentulah kami lebih selesa duduk di rumah baru memandangkan rumah kami berada di ground floor sedangkan rumah sebelum ni di second floor. Selain itu, rumah baru ini juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang sudah tentunya dapur yang menggunakan gas dan bukan dapur elektrik. Untuk pengetahuan, kebanyakkan rumah yang dapurnya menggunakan gas, water heater di sinki dan toilet juga akan menggunakan gas. Jadi, memang besar harapan kami agar bil elektrik kami lebih rendah berbanding sebelum ini.

Selain itu, tuan rumah juga menyediakan washing machine untuk kami walaupun sebenarnya kami sendiri telah mempunyai washing machine sendiri. Tetapi, washing machine yang disediakan oleh tuan rumah ditempatkan di laundry beserta dengan dryer untuk mengeringkan baju. Wow.. inilah benda yang paling buat kami gembira kerana baju yang kami basuh sudah tidak perlu disidai lagi. (Benda free, guna je la..Haha, malas nak sidai sebenarnya...) Dan yang paling penting bila tiba musim sejuk, tentu baju susah nak kering seandainya tiada dryer. Kelebihan lain jika kami basuh baju di laundry, dapatlah menjimatkan bil elektrik dan air tidak seperti di rumah lama walaupun kami basuh di laundry tetapi penyambungan elektrik masih disambungkan ke setiap rumah.

Kelebihan2 lain pula ialah ruang tamu, dapur dan bilik yang lebih besar. Oleh kerana dapur kami agak luas, jadi kami dapat meletakkan meja makan di dapur. Sekiranya dapur kecil, sudah tentulah meja makan perlu diletakkan di ruang tamu seperti rumah lama kami dan kebanyakkan rumah lain di Sydney. Kabinet dapur juga berbentuk U, lebih banyak kabinet untuk menyimpan, pinggan mangkuk dan periuk belanga berbanding kabinet bentuk L di rumah lama.
(Masa ni, atas kabinet pun dah jadi tempat letak barang).


Terselit pulak gambar Amna tengah main game. Hihi....


Keluasan bilik tidur utama juga amat memuaskan hati kami, selain mempunyai mirrow wardrobe, wardrobe yang disediakan juga lebih besar dan ruang yang ada boleh digunakan sepenuhnya. Besar harapan kami agar dapat menduduki rumah ini lebih dari 6 bulan. Sesungguhnya proses perpindahan amatlah meletihkan selain pengorbanan tanaga, masa dan wang ringgit terpaksa dikorbankan berikutan proses pembersihan rumah lama, kos sewa rumah yang bertambah disamping kos2 perpindahan yang lain dan suamiku yang terpaksa bercuti sepanjang proses perpindahan ini.

Last sekali dan yang paling penting, semoga kami menerima semula keseluruhan bond untuk rumah lama kami. Amin...Doa2 kan lah yer...


Author: Herman & Naza // Category:













Mencari rumah sewa baru..

Author: Herman & Naza // Category:
Sepanjang 2, 3 minggu kebelakangan ni kami sibuk mencari rumah baru. Ini rupa2nya merupakan situasi biasa bila tinggal di Australia, especially Sydney. Kami terpaksa mencari rumah sewa lain kerana kontrak kami hampir expired dan kontrak yang biasanya dibenarkan biasanya 6 bulan atau 12 bulan. Tujuannya mungkin kalau kita nak renew kontrak nanti tuan rumah boleh decide untuk naikkan sewa dsb. Sebenarnya pada hari Sabtu lbh kurang 3 minggu lepas kami pergi ke pejabat agen rumah untuk renew kontrak rumah yang kami duduk sekarang ni. Tapi malang sungguh apabila kami dimaklumkan yang anak tuan rumah ni nak duduk rumah sewa kami skrg ni. Berita ni agak mengejutkan juga sebab memang kami tak sangka dan tak bersedia pun untuk berpindah ke rumah yang lain.

Kemudian, sibuklah kami mencari rumah yang bersesuaian kerana pada kebiasaanya sewa rumah yang dicari mestilah kurang daripada AUD350 seminggu, jika tidak alamat tak cukup lah duit elaun biasiswa yang diterima. Memang hampir kebanyakkan rumah sewa untuk 2 bilik harga adalah AUD300 seminggu. Paling murah kami ada jumpa di Marrickville AUD285 tapi bila buat inspection memang agak mengecewakan sebab kabinet dapur memang dah uzur dan keadaan dapur pula yang dah berkarat.

Actually kami lebih prefer untuk rumah sewa yang mempuyai dapur gas berbanding dapur elektrik memandangkan bil elektrik kami untuk 3 bulan pertama sangat tinggi iaitu AUD 1100 untuk 3 bulan (kebetulan masa winter banyak menggunakan heater). Terasa sangat membazir sebab duit sebanyak itu habis utuk bayar bil elektrik. Perasaan sedih, terkejut semua ada bila dapat bil dengan nilai yang begitu tinggi.

Setelah membuat beberapa inspection, at last kami terjumpa rumah sewa 2 bilik dengan harga AUD330 seminggu tidak jauh dari rumah yang kami duduk sekarang ni. Hanya lebik kurang 500 meter sahaja. Alhamdulillah masa buat inspection tu, susun atur rumah memang agak menarik dan kemas. Bilik utama pun ada wardrobe sebab kalau takde, mana nak letak beg2 kami yang besar2 tu. Mesti penuh pulak lantai bilik, takpun kena beli almari baru. Huh...duit lagi. Kebetulan dapur pula dapur gas dan alhamdulillah harga pada hari buat inspection telah diupdate menjadi AUD320 seminggu.

Namun agen rumah baru mengarahkan kami masuk pada 8hb jan sedangkan kontrak rumah lama tamat pada 24 hb Jan dan kami telah bayar sewa rumah hingga ke tarikh tersebut. Kalau kami masuk rumah baru 8hb Jan maksudnya kami akan rugi sewa untuk 2 minggu. Namun, kami sudah cuba mohon untuk dapatkan refund duit sewa tersebut. Mudah-mudahan diterima.

Tambahan pula kami terpaksa membayar bond rumah baru (4 x sewa mingguan), sedangkan bond rumah lama belum dapat claim lagi. Nilai claim bond pula tak semestinya penuh kerana biasanya agen akan potong sebahagian jika mereka tak berpuas hati dengan keadaan rumah (seperti karpet kotor, dinding pecah, dapur kotor dsb). Ada lagi kos2 tersembunyi seperti kos pindah talian internet, kos penyambungan elektrik dan gas, kos menyewa lori untuk angkat barang dsb. Jadi, nak disimpulkan memang banyak wang dan masa terpaksa dibazirkan untuk berpindah ke rumah sewa baru. Tumpuan aku kepada pelajaran juga terpaksa di alihkan sebentar.

Lepas ni kami busy pula untuk proses packing barang, proses pindah barang dan proses membersihkan rumah lama....

Jamuan petang : Kuih Keria

Author: Nazariah // Category:
Salam semua,

Lamanya tak update blog. Bukan kerana tak berkesempatan, tapi sebab tiada yang menarik untuk dikongsikan. Hari2 yang berlalu di sini hanya seperti hari2 biasa. Kami pun tiada berjalan ke tempat menarik disebabkan kami terpaksa berpindah ke rumah baru dalam waktu terdekat. jadi, sibuk sikitlah dengan proses pencarian rumah baru dan proses membuat inspection rumah. InsyaAllah kami akan berpindah pada 8hb Januari akan datang. Semoga proses perpindahan itu nanti akan berjalan dengan lancar. Amin....


Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal rumah tapi nak cerita pasal percubaan pertama membuat kuih keria. Ini adalah resipi dari adik iparku yang dia juga dapat resipi ni dari mak mertuaku. Jadi, bila tengok gambar kuih keria dalam blognya, teringin pula rasanya untuk mencuba sendiri.

Ok, inilah hasil tanganku. Hihi....dah macam kuih donutlah plak sebab aku pakai keledek warna oren. Tapi dari segi rasa, ok jugala cuma ada liat sikit sebab mungkin terlebih tepung. So, petang tu dapatlah kami sekeluarga makan kuih keria yang memang dah lama kitorang tak makan. Nasib baik juga aku cuba, kalau tak sampai bila2 la aku tak pandai buat. Nak tunggu balik Malaysia, lambat lagi la gamaknya.


Tengoklah kuih keria ni dah sebiji macam donut, tapi rasa masih kuih keria lagila....cuma terlebih tepung sikit je.


Semalam merupakan percubaan kedua membuat kuih keria ni sebab Amna n Hafiz pun suka makan. Lebih2 lagi keledek pun ada lagi dua biji cuma kali ni hasilnya tidak berapa banyak sebab memandangkan jumlah keledek yang terhad. Haha...so aku pun buatlah kecil2 sikit berbanding percubaan pertama. Tapi kali ni dah ada improvement dari segi rasa sebab aku dah kurangkan tepung. Cuma, masa buat tu memang melekit2 sikitlah. Tapi kali kedua ni rasanya pun lebih sedap dan dah tak liat lagi.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba resipi ini bolehla melawat ke blog adik iparku yang ada dalam blog list kami ye, atau klik link di bawah:
       http://dillaila.blogspot.com/2009/12/hari-yang-busy.html

Ok, selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...