Picnic di Royal Botanic Garden

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Ahad lepas kami berpicnic di Royal Botanic Garden dekat dengan Opera House. Kami ke sini dengan menaiki train sahaja memandangkan tempat parking agak sukar dicari. Untuk pengetahuan semua, harga tiket naik train di hujung mggu ni sgt murah iaitu hanya Aud 2.50 seorang. Ia juga dikenali sbg Family Sunday Funday ticket. Kerajaan Australia sgt menggalakkan penggunaan public transport pada hari minggu. Bertolak dari rumah selepas Zohor dengan membawa bekal spaghetti ayam, kentang goreng bersama ikan dan roti. Simple je bekalan kami kan...hihi, asalkan anak2 makan bila kat sana nanti oklah.

Sampai je last station, kami perlu berjalan kaki hingga ke Opera house dan kami beli tiket utk naik satu lagi train kecik. Masa naik train tu, kami dibawa ke bahagian tengah taman yang keadaanya seperti hutan kecil di Malaysia. Menarik juga kawasan ni untuk penduduk bandar Sydney sebenarnya... sejuk mata memandang.

Turun sahaja dari train kami cari tempat sesuai utk picnic. Actually hampir semua kawasan di sini cantik cuma kami cari tempat yg berlatar belakangkan opera house dan kawasan yg tak berapa ramai org utk anak2 merasai keselesaan berpicnic dan bermain.

Selesai makan, bergambar dan layan anak2 main, kami ambil keputusan utk pulang. Masa balik kami hanya berjalan kaki ke Opera house dan ke train station. Agak jauh sebenarnya dari tempat kami picnic ke train station, lebih dari satu kilometer. Penat juga berjalan, tapi yg penting adalah melihat anak2 gembira mengisi masa terluang cuti sekolah.

Ok, jom layan gambar...

Ni masa jln kaki ke Botanic Garden, lalu jln atas...

Time ni tgh tggu ayh beli tiket naik train merah...so, ank2 posing dulu...

Dah naik...hihi..


Nilah train yg kami naik tu...


Pilih tempat yg sesuai...


Kakak Amna senyum simpul...:)

Aisya dgn bolanya

Ayah, kakak Amna dan abg Hafiz

Mama dia pun nak juga...hihi...

Peace..:)

Bersama salah satu memorial kat sini...

Balik dah...tp ni lalu jalan lain..huh...jauh...

Akhirnya...

Author: Nazariah // Category:


Saya tak pernah cerita pasal diet di blog ni, so hari ni nak cerita sikit. Sebenarnya, 10 mggu yg lalu saya ada join satu contest di KMMK group di FB. Sebelum join contest ni berat saya adalah 59.1kg dan contest ini tamat semalam dengan penurunan berat sebanyak 4.9kg menjadikan berat saya 54.2 kg. Ini adalah berat yg paling rendah yg saya capai selepas melahirkan Amna. Sebelum ni pun berat paling rendah adalah 57kg....selepas tu berat sy naik hgga 60+ sebelum mengandungkan Aisya.

Ada kawan yg terkejut tgk sy dan ckp sy kurus sbb penat jaga anak ke? Ohh...tidak...hihi, badan saya tidak boleh kurus semudah itu. Yg pastinya, sy terpaksa mengawal pemakanan dan melakukan cara hidup sihat...eceh...

Alhamdulillah, sy sangat happy dengan perubahan ini dan syukur sgt2, InsyaAllah sy akan teruskan higga mendapat berat idaman (48-50kg)...Terima kasih buat suami tercinta yg memberi dorongan dan tak lupa rakan2 diet di KMMK. Love u all.

Ini adalah gambar berat sebelum dan selepas.

Peringatan buat kwn2 yang tak tahu, sila timbang berat anda guna digital scale sbb perbezaan berat dgn analog scale adala 3kg, analog scale sgt tak tepat kerana sy dah timbang guna 3 analog scale yg berbeza dan berat sy ringan 3 kg dari berat sebenar (digital). Jd, jgn terkejut bila berat anda naik 3kg bila timbang di pasaraya atau di klinik...hihi..Sekarang kalau sy timbang guna penimbang analog berat sy cuna 51kg shj...wow, ringannya saya...:p






Oh kalaulah...

Author: Nazariah // Category:


Ini cerita pasal semalam sebenarnya, tapi hari ni baru berkesempatan nak update blog. Setiap hari Sabtu, biasanya kami akan belanja barang2 dapur dan akan mkn2 sama ada di McD, KFC, kebab &Pizza atau mkn di restoram Indonesia utk mkn nasi campur.

Semalam sepatutnya masa utk makan di KFC tapi mama request utk mkn kat McD sebab sekrg tgh ada promosi Aud 2 utk burger, kentang grg, air dan aiskrim hanya Aud0.30 shj.
Smlm kami order 2 double cheese burger, 2 Mc Chicken, 3 kentang grg, 2 air dan 2 aiskrim. Total harga hanya Aud 14 termasuk tax. Murah kan? sgt2 tau..memandangkan kami kerap ke McD di sini, dah tentu sama bila kami di Malaysia nnt. Kalaulah harga di McD Malaysia pun macam ni, cuma RM14 shj ...alangkah bertuahnya. Time tu nnt, mesti teringat semua harga brg2 yg murah kat sini.


Ni Aisya masa kat Marrickville Metro, tgh tggu ayh gi kedai Asia...suka benor dia...hihi...


Ayah n Hafiz masa kat McD


Mama n kakak Amna, sian Aisya xmkn sbb tido...

Meriah kan...suka...:)


Resit...kalaulah tiap2 kali mkn McD hrga mcm ni...mmg bahagianya...hihi


Ni satu lg yg xboleh lupa kalau balik Msia, kat sini kalau anggur sekilo baru 1.99...uhuu, puas mkn dgn rasa yg rangup, manis, sedap sgt2...cuba tgk tangkai dia, hijau lg kan...sgt2 segar..

Oh Laksa Johor.....

Author: Herman & Naza // Category:

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni adalah Daylight saving time, so masa di sini dicepatkan 1 jam... jadi beza masa dengan Malaysia sekarang hanya 2 jam sahaja. Siap2 sembahyang Subuh pagi tadi tak boleh lelapkan mata pulak sebab selalunya macam ni dah pukul 7 , ni baru pukul 6....dari dok golek2 kat katil baik gi dapur buat sarapan.... sarapan hari ni adalah Laksa Johor.

Dah banyak kali juga buat sebenarnya...ni dah masuk 5 kali gaknya. Tapi, laksa Johor ni memang sedaplah, sesuai dengan citerasa kami....bukan sebab kami orang Johor, tapi sebab ia memang sedap...hihi.. Rasanya tak masam sangat, takde rasa hanyir ikan dan tak cair sangat sebab ada menggunakan santan.

Untuk sesiapa yang nak cuba, dipersilakan. Saya buat guna tuna dalam tin je...hikhik, tapi kalau ikut betul2 resipi ni...InsyaAllah masih sedap lagi. Terima kasih buat tuan punya resipi di Myresipi - Freeda 3210

Kalau ikut resipi ni utk makan sehingga 12 orang, so kalau keluarga kecil bolehla dikurangkan sukatannya. Macam saya buat sarapan pagi ni hanya guna satu tin tuna sahaja. Itu pun masih ada lebih.

Ok, jom tengok resipi...

Bahan hiasan, tauge je takde...huh...bolehla...


Laksa Johor...yum2...:)

Bahan-bahan

1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis
** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan
SELAMAT MENCUBA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...